TERKINI :

Wednesday, June 24, 2015

Pecat Segera Isa Samad Dan Ceo FGV!

Kenyataan Akhbar

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengulangi desakan kepada YAB Perdana Menteri agar memecat segera Tan Sri Isa Samad, Dr Emir Mavani, CEO FGV dan membuat rombakan besar besaran keatas pengurusan FGV. Mereka ini ibarat tikus membaiki labu, yang melingkupkan Felda dan FGV.

Meskipun FGV telah di gantung dari Bursa Malaysia pada tahap sahamnya RM1.86 dan ditarik balik(disenarai semula) sahamnya terus jatuh pada kadar RM1.68 dan kini berlegar sekitar RM1.75. Prestasinya amat mengecewakan.

Secara tiba tiba kita di maklumkan, ada rundingan antara FGV dengan syarikat perladangan Indonesia, iaitu Rajawali Group dan difahamkan bakal dimuktamadkan kepentingan kedua dua belah pihak ogos ini. ANAK sedang meneliti terma terma urusniaga yang menimbulkan banyak tandatanya.

Sebelum ini, isu pembelian hotel di Port Dickson dan ladang sawit di Samarahan menimbulkan kontroversi hingga SPRM membuat siasatan. Anak Isa Samad dan CEO FIC telah ditahan atas beberapa dakwaan penyelewengan.

Felda Investment Corporation(FIC), syarikat pelaburan Felda pula telah memberi hak dan melantik Synergy Promenade Sdn Bhd membangunkan menara setinggi 70 tingkat di atas tapak Wisma Felda di Jln Gurney seluas 1.957ekar. Adakah FIC telah selesai perbincangan dengan empunya tapak dan bangunan iaitu Felda?

Kawasan ini amat tinggi nilainya dan mengapa begitu mudah di serah kepada pemaju yang tiada kaitan samasekali dengan Felda?

Isa Samad dan kuncu kuncunya terus bermaharaja lela keatas harta Felda dan para peneroka. Ia skandal terbesar terhadap kepentingan strategik orang melayu. Di sinilah, 112,635 peneroka Felda tinggal di 54 kawasan parlimen seluruh negara. Inilah saki baki hak orang melayu yang ada. Amat pelik bila PM sentiasa respon terhadapa isu GST dan IMDB, tetapi diam dan menikus mengenai FGV. Walhal, Felda di gagaskan oleh ayahndanya, manakala FGV adalah lahir di zamannya. Apa masalahnya antara PM dengan Isa Samad ????

ANAK telah menyerahkan memo terhadap Bursa Malaysia. Dalam masa terdekat, akan buat laporan Polis dan SPRM. Akan melobi tokoh hebat seperti Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaeigh Hamzah agar buat sesuatu.

Meskipun terlalu pahit untuk diterima, hakikat yang tidak boleh dinafikan, keadaan di Felda dan FGV sudah jadi barah tahap 4. Semua pihak, tidak kira peneroka, anak peneroka, kakitangan Felda, orang politik, ngo dan masyarakat awam mesti bersatu selamatkannya.

Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, menang sorak kampung tergadai!

Mazlan Aliman
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...