TERKINI :

Wednesday, June 10, 2015

Lebih 1,000 jawatan dipegang ahli PAS di Pulau Pinang

Jika PAS benar-benar memutuskan hubungan dengan DAP, ia akan hilang lebih 1,000 jawatan berkaitan kerajaan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ini akan menyebabkan PAS kehilangan apa jua pengaruh yang ia ada sekarang ke atas kerajaan Pulau Pinang.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon (foto), Pulau Pinang telah

melantik kira-kira 1,100 ahli PAS dalam 290 jawatankuasa kampung di negeri itu.

Walaupun jawatankuasa kampung cenderung mempunyai campuran anggota dari DAP, PKR dan ahli PAS, tetapi terdapat 56 jawatankuasa yang hampir eksklusif dianggotai ahli PAS.

"Jika terdapat kira-kira 16 orang dalam setiap jawatankuasa, itu kira-kira 900 orang," katanya.

Setakat ini, 15 ahli jawatankuasa kampung tertentu telah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka, katanya.

"Saya telah menerima surat peletakan jawatan mereka dan setiausaha yang berkaitan mengendalikannya sebelum menyerahkannya kepada jawatankuasa saya untuk tindakan seterusnya.

"Peletakan jawatan belum muktamad. Ia akan dibincangkan oleh kabinet negeri," katanya.

Jawatankuasa masjid

Sementara itu, ahli exco yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam Abdul Malik Abul Kassim berkata beliau tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan dari ahli PAS yang menganggotai 200 jawatankuasa masjid di negeri itu.

Jawatankuasa masjid juga dilantik oleh kerajaan negeri.

Dalam muktamar PAS pada hujung minggu lalu, parti itu memutuskan untuk meminta jawatankuasa pusat dan majlis syura pusat memutuskan hubungan dengan DAP.

Walaupun beberapa pemimpin PAS mendakwa perkara itu belum muktamad, yang lain berpendapat bahawa ia adalah fait accompli, kerana majlis syura dikuasai oleh pemimpin-pemimpin dalam Dewan Ulama, yang meluluskan resolusi yang sama.

Setakat ini, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah berjanji untuk meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah di Perbadanan Air Pulau Pinang dan Hub Halal Pulau Pinang.

Berikutan itu, bekas ahli jawatankuasa pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa telah meletakkan jawatan sebagai pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan ahli lembaga Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB).

Senarai panjang

Ahli PAS juga memegang jawatan penting lain dalam kerajaan Pulau Pinang. Ini termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man, setiausaha Mohd Fadzil Kemi, ketua pilihan raya Rosidi Hussain, Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden, dan timbalan ketua muslimat Aida Yusof Rawa.

Mohd Salleh (gambar), yang juga ADUN Permatang Pasir dan wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri, mempunyai sekurang-kurangnya empat jawatan dalam kerajaan negeri.

Beliau mempengerusikan Majlis Agama Negeri Pulau Pinang (MAIPP) dan Zakat Pulau Pinang. Beliau juga menjadi ahli lembaga pengarah bagi Hub Halal Pulau Pinang dan Yayasan Islam Pulau Pinang.

Mohd Salleh tidak memberi respons terhadap pertanyaan yang dihantar oleh Malaysiakini. Beliau sedang mengerjakan Umrah. Mohd Fadzil merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang dan dilantik sebagai pegawai media di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun lepas, menggantikan Rosidi Hussain, seorang lagi ahli PAS.

Rosidi, seorang peguam, kini menjadi ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan menjadi ahli lembaga Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC).

Afnan adalah ahli MAIPP dan menganggotai lembaga KITAB.

Aida adalah ahli lembaga pengarah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang.

PAS mempunyai dua orang ahli yang menganggotai Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan dua lagi di Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Empat lagi ahli PAS adalah penyelaras bagi pembayaran dana kerajaan negeri dalam kawasan pilihan raya BN di Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua dan Bay an Lepas.

3 comments:

cikmatgelap said...

terlajak perahu boleh berpatah balik
terlajak kata pada ahli2 pas aku nak kata
baru padan ngan muka......

demi maruah melayu aku berharap semua ahli2 pas yg di lantik oleh kerajaan DAP p.pinang melepaskan jawatan,itu pun klu depa2 ni ada barua....kan ke cina dap yg be rkuasa di p.pinang....kamu cuma melukt di tepi gantang.....hai klu tak keje ngan lim guan eng takkan boleh mati kebuloq pulak hampa semua weiiiii......hampa baca ni dan ingat apa aku nak kata,hampa semua boleh pi bincang ngan bomoh air jampi yg bertaraf ulamak syumul tu,kata kat dia yg hampa semua nak jadi pen gedar ayaq jampi yg telah dijampikan ngan mujarab.....ayaq jampi ulamak syumul tu tentu boleh laku banyak dan hampa semua tentu boleh jadi millionaire nanti,bila dah kaya raya,fulus dah banyak,boleh le pakai range rover mcm nik amar,velfire mcm din tantawi n bla bla bla bla bla bla bla....ingat pesan aku...demi maruah melayu islam kamu semua kena letak jawatan....tak malu ke dah kena perambat pun masih taknak pi berambus

pok amid littor said...

Bodoh, bodoh dan bodoh sungguh puak yg meluluskan usul tanps bahas krn mereka tak fikir implikasi susulan

Ngapa sehingga kini mereka menyepi? Krn menyesal akan tindakan bangang mereka?
Oh tidak sama sekali, krn mereka adalah golongan bijak pandai dlm PAS!!!
Betul ke?

pok amid littor said...

Bodoh, bodoh dan bodoh sungguh puak yg meluluskan usul tanps bahas krn mereka tak fikir implikasi susulan

Ngapa sehingga kini mereka menyepi? Krn menyesal akan tindakan bangang mereka?
Oh tidak sama sekali, krn mereka adalah golongan bijak pandai dlm PAS!!!
Betul ke?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...