TERKINI :

Thursday, June 25, 2015

500,000 pekerja Bangladesh akan dibawa masuk

zahid,bangladesh

PETALING JAYA: Malaysia dijangka menerima 500,000 pekerja Bangladesh dalam tempoh enam bulan akan datang di bawah perjanjian pengambilan baharu yang diperakui oleh kedua-dua negara pada Rabu.

Pekerja Bangladesh itu akan ditawarkan kontrak selama tiga tahun dengan pilihan lanjutan setahun.

Menurut seorang pegawai ekspatriat Bangladesh, perjanjian Kerajaan kepada Kerajaan (G2G) yang dipersetujui pada November 2012 oleh Kementerian Kebajikan dan Pekerjaan Luar negara Bangladesh gagal menepati kehendak pekerja.

Ini kerana lebih 100,000 rakyat Bangladesh menjadi mangsa penipuan oleh agensi tenaga kerja dan terperangkap dengan penyeludupan manusia.

“Di bawah perjanjian baru, Business-to-Business (BB) mekanisme pengambilan dijalankan melalui agensi swasta kedua-dua negara,” kata Setiausaha Bersama Kementerian, Kazi Abul Kalam, dalam satu laporan The Star Daily.

Menteri Kebajikan Ekspatriat Bangladesh, Khandker Mosharraf Hossain dan Menteri Dalam Negeri, Malaysia Ahmad Zahid Hamidi menandatangani perjanjian itu di Putrajaya.

Zahid berkata, Malaysia mengalu-alukan pekerja yang sah dari Bangladesh dan semua permohonan pekerjaan diterima secara online dan akan dipantau oleh agensi-agensi kerajaan tempatan.

Menerusi perjanjian baharu itu, Khandker mahu memastikan pekerja negaranya tidak dieksploitasi atau dikenakan bayaran yang tidak munasabah selain majikan menanggung tanggungjawab sepenuhnya ke atas kebajikan dan keselamatan pekerja.

Sebelum ini, Bahagian Pekerja Warga Bangladesh dan Jabatan Latihan telah menubuhkan pangkalan data dalam talian yang kini merekod lebih 1.4 juta pendaftaran dan daripadanya hanya 7000 dihantar ke Malaysia sejak April 2013.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...