TERKINI :

Sunday, May 3, 2015

Siapa tak faham GST, angkat tangan...last kena "boooo.."..!!!

Oleh Mohsin Abdullah

http://3.bp.blogspot.com/-geHMB652GLk/VUOCfRfPk1I/AAAAAAABKqs/YFqlFy5bbWc/s1600/Najib%2Bkena%2Bbooo.png
Datuk Seri Najib Razak kena “boo” sebaik sahaja beliau sebut GST (cukai barangan dan perkhidmatan) bukan bertujuan membebankan rakyat – semasa berucap di majlis sambutan Hari Pekerja d Kuching.

Tidak memeranjatkan.Di ibu negara, ribuan rakyat turun ke jalanan membantah GST.

Pun tidak memeranjatkan.

Sebab GST nyata menghimpit rakyat jelata. “Cost of living” meloncat tinggi.

Sehari sebelum protes GST diadakan, saya baca satu rencana mengenai cukai berkenaan. Antara lain si penulis berkata jika beliau menyertai demonstrasi Bantah GST , ”Ahmad Maslan lah puncanya”.

“Ahmad Maslan” yang dimaksudkan tentu kita semua tahu, ialah Datuk Ahmad Maslan, timbalan menteri kewangan.

Kata si penulis yang mengelar dirinya “Osama”, wajah “sinis” Ahmad menjadikan “semangat saya naik mendadak untuk turun demo”. Dan “tak sabar turun (berdemo) bila mendengar dan membaca tentang kebaikan GST yang dilebun (Ahmad)”.

Bagi si penulis itu, Ahmad seperti menteri lain “tidak jawab soalan , tidak konsisten dan mengelirukan”.

Setuju atau tidak dengan pendapat itu, hakikatnya kalau tengok dan dengar apa yang kita tengok dan dengar sejak kebelakangan ini , Ahmad lah orang “paling arif “tentang GST.

Lantas bolehlah dikatakan timbalan menteri kewangan itu “pakar” dalam selok belok cukai barangan dan perkhidmatan. Lalu beliau “layak” meminta Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Profesor Madya Datuk Agus Yusof dan Tun Dr Mahathir Mohamad belajar GST kerana tidak faham.

Bukan calang-calang tokoh yang disuruh belajar. Seorang mufti ,seorang ahli akademik dan seorang lagi bekas perdana menteri yang memodenkan negara.

Tapi bak kata Dr Asri, “kalau Tun Mahathir pun tak faham GST apatah lagi rakyat biasa?“.

Sebenarnya ramai yang faham apa itu GST. Termasuk golongan rakyat biasa.

Tapi yang mengelirukan keadaan ialah kerajaan sendiri. Dalam perkataan lain, yang buat ramai keliru ialah pihak “gomen” termasuk para menteri dan timbalan.

Lihat sahaja kenyataan yang dibuat. Berputar putar dan bercanggah. Tak konsisten seperti yang dikatakan kawan kita Osama tadi.

Dan mereka termasuk Ahmad gemar juga memudahkan keadaan yang tidak mudah. “Over simplify things”.

Contoh. Sebeum terlaksananya GST 1 April lalu, kita rakyat biasa diberitahu usah bimbang kerana cukai perkhidmatan yang sebelum ini dikenakan sudah tiada.

Maknanya kata si pemerintah, setelah bayar GST si rakyat tidak perlu bayar apa-apa lagi untuk perkhidmatan.

Namun bukan itu jadinya. Khususnya apabila makan di restoran (sebagai contoh), setelah bayar GST, rakyat biasa dikenakan juga pembayaran untuk perkhidmatan.

Lantas si rakyat biasa diberitahu yang dimansuhkan ialah cukai perkhidmatan. Yang masih ada ialah caj perkhidmatan. Satu “service tax“, satu lagi “service charge”. Dua benda berbeza.

Caj perkhidmatan milik peniaga. Cukai perkhidmtan untuk kerajaan kata pak-pak menteri .

Berkata mereka lagi rakyat biasa usah bimbang. Tak perlu bayar caj perkhidmatan jika tidak mahu. Sebab sudah bayar GST.

Dan menurut mereka, oleh kerana “service charge”, umpamanya di restoran dirangka sebagai ganjaran untuk pekerja, kita rakyat biasa selaku pelanggan perlu tahu sama ada perkara itu termaktub dalam perjanjian bersama antara tuan punya kedai dengan pekerjanya.

Perjanjian itu kata menteri sepatunya dipamerkan di restoran. Jika tidak – pelanggan ( iaitu kita si rakyat biasa) boleh minta si tuan punya kedai untuk melihat perjanjian yang dimaksudkan itu.

Seriously. Bolehkah itu semua dilakukan? Boleh terlaksana?

Ambil contoh pengalaman saya sendiri. Makan roti jala dan kena teh tarik disebuah restoran di ibu negara tempoh hari.Masuk je kedai pelanggan akan nampak satu poster yang mengumumkan ada GST 6% dan caj perkhidmatan 10%.

Lepas makan saya bayar kedua-duanya. Tanpa complain. Bukan sebab kaya atau berlagak kaya. Cuma tak larat nak bertekak. Dan takut lebam biji mata.

Kemungkinan dibelasah pekedai agak tinggi kerana dah makan tak nak bayar “full charges”.

Walaupun kalau ikut nasihat menteri saya tak perlu bayar. Tapi cakap memang senang. Apa yang menteri kata dan apa yang berlaku “on the ground” dua perkara berlainan.

Satu lagi contoh yang mudah tapi memeritkan hati dan kocek.

Sebelum GST dilaksanakan, tidak dengar apa apa mengenai kad prabayar telefon.

Sebaik saja GST dikuatkuasakan harganya naik. Kad topup RM10 umpamanya dijual pada harga RM10.60.

Bila ramai buat bising kerajaan kata rakyat mesti sabar dan (sekali lagi) jangan bimbang. 1 Mei nanti kata menteri kad prabayar akan dijual pada harga asal – iaitu harga sebelum pelaksanaan GST.

Dua hari sebelum 1 Mei, Jabatan Kastam mengesahkan perkara itu .

Beberapa jam kemudian hari yang sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pula menyatakan kad prepaid akan terus dijual dengan dikenakan GST.

Apa yang sebenar berlaku ni? Dan siapa yang tak faham GST dan harus belajar?

Bagi Dr Mahathir, Putrajaya yang harus belajar kerana kerajaan sendiri tidak faham.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...