TERKINI :

Wednesday, May 13, 2015

Shabery Cheek pun 2x5 dengan Ahmad Maslan, belit sana belit sini hakikatnya prepaid telco ada GST

 
Walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak dikenakan ketika menambah nilai prabayar telefon, cukai itu akan tetap dikenakan berdasar penggunaan.

“Cukai GST untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan ataupun usage-based.

“Kerajaan berpandangan cara ini adalah lebih wajar kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Bagaimanapun, katanya, walaupun lebih kos dikenakan, faedahnya akan dikembalikan kepada rakyat melalui penambahbaikan kualiti perkhidmatan telekomunikasi.

“Kaedah ini saya anggap menang-menang kepada semua pihak,” katanya dalam sidang media di kementerian itu di Putrajaya.
“Pertama kerajaan masih dapat kutip GST untuk dikembalikan pada rakyat. Ini tanggungjawab syarikat telekomunikasi memastikan pembangunan infrastruktur (meningkatkan kualiti perkhidmatan telco), kerajaan boleh tambah perkhidmatan lain.”

'Tak guna murah kalau tiada 3G'

Tambahnya tidak ada guna sekiranya rakyat menginginkan perkhidmatan atau barangan yang murah tetapi tidak berkualiti.

“Apa guna murah tetapi panggilan putus tidak ada 3G tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp,” katanya.

Selepas kekusutan berkaitan harga selepas GST, kerajaan hari ini bersetuju dengan formula “beli RM10 dapat RM10” untuk harga tambah nilai prabayar telefon.

Menurut Jabatan Penerangan kabinet meminta syarikat telekomunikasi (telco) melaksanakan kaedah dan pendekatan itu sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.

Menteri bertanggungjawab sebelum ini mengakui wujud kekeliruan dan percanggahan kenyataan dalam isu itu dan memohon maaf.

Pihak kastam sebelum ini mengarahkan telco menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April.

Namun, arahan yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Mei ditangguh selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat kenyataan bahawa agak mustahil perkara itu dilaksanakan kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula sistem bagi menyelaraskan harga jualan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...