TERKINI :

Wednesday, May 13, 2015

Kit Siang bertanya namun Ustaz PAS terus menghukum 'menolak hukum Allah'..!!

Ada segelintir USTAZ PAS yang menyerang Lim Kit Siang kononnya berceramah menolak hukum Allah di Kelantan.. Apa yang di dengar sebaliknya dimana Kit Siang tinggalkan 2 persoalan yang tak di jawab oleh USTAZ-USTAZ PAS yang lagi suka menghukum dari menjelaskan apa yang tak fahamnya...

Apa yang beliau timbulkan persoalan adalah hasil dari dia merantau ke negara arab bagi mengkaji hudud.. dan beliau timbulkan beberapa persoalan yang tak di jawab dengan jawapan tapi yang keluar hanya menghukum orang yang bertanya.... mereka pula tidak mampu berhujah balas..

Antara Persoalan beliau dalam ucapan tersebut :

1) Masalah sebenarnya bukanlah hudud. Masalah ialah sama parti- parti di Pakatan Rakyat boleh jujur dan ikhlas untuk mengotakan apa yang kita sudah janji. Apabila kita tubuh Pakatan Rakyat 2008, bahawa kita bersetujui mengenai dasar bersama. Dasar bersama mengenai masa depan menyelamatkan Malaysia. Supaya kita mengembalikan demokrasi, kebebasan, keadilan dan supaya negara boleh menjadi satu negara yang adil dan makmur untuk semua rakyat. Itulah masalah.

Oleh kerana kalau ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat tak boleh pegang apa yang kita sudah janji, bagaimana kita boleh dapat sokongan dan harapan keyakinan orang ramai. Dan dalam pertukaran kita sama ada di Jordan atau di Kaherah, masalah-masalah yang timbul ialah mengenai hudud.

Saya bukan orang Islam tetapi dalam Jordan dalam Mesir, Jordan 92% penduduk-penduduk orang Islam. Di Mesir 95% penduduk-penduduk orang Islam. Dan pun di Jordan dan di Mesir tidak ada hudud.

2) Antara HAK & KEWAJIPAN - Dan ada pun pandangan, ada pertikaian, ada debate sama ada patutkah untuk utamakan hudud atau tidak.

Dan saya bacalah dalam apabila saya melawat pergi Jordan, melawat selain daripada Amman pergi Mafraq pergi Karak, Irbid dan baca bahawa adalah sarjana- sarjana dan ustaz-ustaz ulama'-ulama' Islam ada berpendapat bahawa hudud sebahagian kecil daripada undang-undang syariah dan adalah syarat2 sebelum ia dilaksanakan.

Syeikh Qaradawi Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia pun ada berpendapat bahawa kalau undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan, masa tak sampai untuk melaksanakan hudud.

Dan pun ada prioriti keutamaan, saya baca bahawa kalau mahu melaksanakan hudud perlulah ada syarat- syarat di mana basic needs, keperluan pokok semacam pekerjaaan, semacam perumahan semacam kesihatan dan transport lain-lain semua dibekalkan keselamatan. Semua diberikan sebelum kewajipan hak-hak diberikan sebelum kewajipan dituntutkan. Itu bukan saya kata. Apa saya baca di Jordan dan di Mesir.

Al-Hujurat : 11 - يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسٰىٓ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَآءٌ مِّن نِّسَآءٍ عَسٰىٓ أَن

يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوٓا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقٰبِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمٰنِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الظّٰلِمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Ini firman Allah.

Jelas, terang, detailed. Ittaqillah!

Al Fadhil Ustaz Adam Al-Pekani, 

SUMBER :KLIK SINI

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...