TERKINI :

Saturday, May 30, 2015

Jawi seru boikot program realiti TV

SHAH ALAM - Program hiburan berasaskan realiti TV perlu diboikot berikutan rancangan itu tidak mematuhi garis panduan syariat Islam.

Demikian kata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi khutbah Jumaat, semalam.

"Kita disajikan dengan pelbagai program atau rancangan televisyen dan radio yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

"Setiap masyarakat dapat memperoleh rangkaian penyiarannya walaupun berada jauh di kawasan pedalaman," katanya menerusi khutbah Jumaat itu.

Namun, berapa banyak program yang disajikan itu menepati kehendak dan aturan syariat Islam?

Katanya, jika diamati ada daripada rancangan-rancangan itu berbentuk fitnah sesama artis, mengumpat atau mengeji, melaga-lagakan sesama artis dan membuka aib artis.

Menurutnya, rancangan realiti itu membawa  kesan negatif seperti membuat lawak lucah, pendedahan aurat dan lelaki berpakaian wanita.

"Inilah salah satu bentuk gejala hedonisme yang diwujudkan semata-mata untuk merosakkan pemikiran umat Islam terutama  remaja.

"Sebagai umat Islam wajib bagi kita menangani gejala-gejala negatif ini," katanya.

Jawi menyeru ibu bapa, mengawal minat anak terhadap hiburan melalaikan dan asuhlah anak meminati hiburan berteraskan syariat Islam.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...