TERKINI :

Friday, May 22, 2015

Hukuman mati, Erdogan rancang selamatkan Morsi

KUALA LUMPUR: Presiden Recep Tayyip Erdogan sedang berusaha menyelamatkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi daripada menjalani hukuman mati, lapor Akhbar Turki, Takvim.

Erdogan yang dilihat sebagai sekutu dan rakan rapat Morsi dilaporkan mendapatkan bantuan Arab Saudi dan Qatar sebagai perunding bagi membawa keluar Morsi dari Mesir ke Turki.

Menurut laporan akhbar itu, Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi masih berdiam diri mengenai isu itu tetapi kekal untuk menyingkirkan Morsi dari bumi Mesir.

Akhbar itu melaporkan Al-Sisi telah bertemu Perdana Menteri, Ibrahim Mehlib dan Menteri Pertahanan, Sedqi Subhi untuk berbincang mengenai isu berkenaan.

Mehlib mencadangkan Morsi dibuang negeri kerana Mesir akan berdepan tunjuk perasaan jika bekas presiden yang digulingkan itu menjalani hukuman mati.

Minggu lalu, Mahkamah Jenayah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Morsi dan lebih 100 penyokongnya kerana sabit tuduhan melarikan diri dari penjara ketika rusuhan anti-Mubarak pada 2011.

Morsi sebelum ini sudah dikenakan penjara 20 tahun selepas didapati bersalah terhadap tuduhan menangkap dan mendera perusuh ketika memegang jawatan Presiden.

1 comment:

cikmatgelap said...

lebih baik morsi mati bermaruah seperti syed qutb dan omar mokhtar,mati di tali gantung daripada lari ke negara org,adat pejuang yg haq,di dunia di penjara,di seksa atau di bunuh,di akhirah kurnia dari ALLAH menanti,insyaALLAH





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...