TERKINI :

Wednesday, May 13, 2015

Ahmad Awang putuskan esok sama ada cabar Hadi

Pemimpin veteran PAS Datuk Ahmad Awang akan memutuskan esok sama ada beliau akan bertanding bagi jawatan tertinggi dalam pemilihan kepimpinan parti itu bulan depan.

"Esok adalah hari terakhir, di mana saya perlu beri jawapan sama ada saya bertanding atau tidak.

"Oleh itu, kita tunggu esok di ibu pejabat PAS. Hanya selepas itu saya boleh beri jawapan saya, sama ada ya atau tidak," kata Ahmad kepada Malaysiakini.

Semalam, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahui jumlah pencalonan yang telah diterimanya setakat ini dari kawasan dan masih menunggu surat rasmi mengenai perkara itu dari jawatankuasa muktamar.

"Saya hubungi mereka dan mereka kata surat akan dihantar kepada saya petang ini," katanya semalam.

Mengenai peluangnya dalam pemilihan tersebut, Ahmad (kiri) berkata pendekatan beliau ialah dengan memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa.

"Sesiapa yang panggil, saya akan pergi. Beberapa hari lepas saya di Sabah.

"Kita turun padang untuk menjelaskan kenapa terjadi PAS sekarang ini dan macam mana kita bersama-sama selesaikan masalah ini.

"Di situlah, kalau tengok lah, dapat respons yang baik. Insya-Allah kita tengok lah," katanya.

Ahmad berkata dalam pemilihan ada dua keputusannya - yang menang dan yang kalah.

"Kalau saya menang, Alhamdulillah. Kalau kalah tak ada masalah," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...