TERKINI :

Monday, April 6, 2015

Pakat dok buat cerita spekulasi pulak bab heli jatuh..!!!

Hentikan spekulasi liar tentang helikopter terhempas, kata Zahid 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap individu perlu menghormati mereka yang meninggal dunia di dalam kemalangan itu dan tidak melukakan perasaan keluarga mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 April, 2015.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa semua pihak, terutamanya pengamal media dalam talian supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tragedi helikopter terhempas semalam.

Beliau berkata, setiap individu perlu menghormati mereka yang meninggal dunia di dalam kemalangan itu dan tidak melukakan perasaan keluarga mereka.

"Saya beritahu mereka, ini soal kematian. Jangan spekulasi atau bawa berita di luar. Harus ada, tidak kira golongan parti, organisasi atau individu...(mereka) harus hormati keluarga jenazah," beliau berkata demikian di sini hari ini ketika ditemui wartawan di luar kediaman Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, seorang daripada enam mangsa kemalangan itu.

Zahid ditanya mengenai spekulasi yang dimulakan oleh sebuah media dalam talian yang mendakwa terdapat kemungkinan helikopter itu disabotaj.

Petang semalam, sebuah helikopter terhempas di Semenyih Selangor, yang mana Jamaluddin, yang juga Pengerusi Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), telah dikenal pasti sebagai salah seorang mangsa.

Lima lagi mangsa terdiri daripada Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, juruterbang Kapt Clifford Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin Razakan Seran dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang.

Kesemua mayat ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam yang kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan pengesahan identiti mayat.

Sementara itu, Zahid berkata kawasan helikopter itu terhempas telah dikawal sepenuhnya oleh polis untuk memastikan proses mengumpul bahan bukti berjalan lancar. – Bernama, 5 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hentikan-spekulasi-liar-tentang-helikopter-terhempas-kata-zahid#sthash.sn5jeI37.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...