TERKINI :

Thursday, April 23, 2015

Nik Abduh lawan Suhaizan bagi jawatan ketua Pemuda PAS

Anak Nik Aziz lawan Suhaizan bagi jawatan ketua Pemuda PAS

Jawatan ketua Pemuda PAS Pusat yang disandang Suhaizan Kaiat dijangka dicabar Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Mat dalam muktamar parti Islam itu Jun depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 April, 2015.
Jawatan ketua Pemuda PAS Pusat yang disandang Suhaizan Kaiat dijangka dicabar Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Mat dalam muktamar parti Islam itu Jun depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 April, 2015.

Kumpulan pro ulama dalam PAS dipercayai akan menyokong Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohd Abduh Nik Aziz, sebagai calon ketua Pemuda PAS Pusat apabila Pemuda PAS Marang mencalonkan beliau menentang penyandang jawatan itu, Suhaizan Kaiat.

Turut mencalonkan Nik Abduh ialah Pemuda PAS Batu yang dipimpin Nurul Islam Mohamed Yusof, penyokong kuat kumpulan ulama yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, berlaku kekeliruan di kalangan penyokong ulama siapakah calon ketua mereka selepas Kamaruzaman Mohamad yang mereka calonkan dalam sesi lepas tewas di tangan Suhaizan.

Ekoran kekeliruan itu, beberapa Pemuda kawasan mencalonkan Kamaruzaman sekali lagi, sambil yang lain turut mencalonkan penyandang timbalan ketua Pemuda, Mohamad Khalil Abdul Hadi, anak presiden, di samping nama lain.

Khalil sendiri bagaimanapun dikatakan keberatan menerima pencalonan itu kerana kedudukan ayahnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Awal bulan lepas, Suhaizan dilaporkan bakal dicabar Khalil kerana beliau dikatakan tidak disenangi kerana pendekatan “politik budiman” yang dilihat lebih tunduk kepada Pakatan Rakyat (PR) selain kurang mempertahankan presiden PAS apabila menerima serangan.

Namun, pencalonan Pemuda PAS Marang pimpinan Khalil memberikan indikator kumpulan pro ulama akan memilih Nik Abduh, kata seorang ketua Pemuda PAS kawasan.

"Saya rasa Nik Abduh (calonnya), sebab Marang calonkan beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.

Menurutnya yang enggan dikenali, kumpulan pro ulama menghadapi krisis memilih calon yang sesuai bagi jawatan itu dalam muktamar kali ini.

"Mula-mula Kamaruzaman, lepas itu Fadhli Shaari (ketua Pemuda PAS Kelantan) dan terkini, macam sudah mencapai kata sepakat, Nik Abduh," katanya kepada The Malaysian Insider.

Nik Abduh, anak kepada bekas murysidul am PAS yang paling dihormati, allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bertanding pada sesi lepas (2013) selepas satu penggal memegang jawatan sebagai timbalan ketua Pemuda pada muktamar 2011.

Beliau menang jawatan itu selepas berlaku pertandingan tiga penjuru antara beliau, Suhaizan dan Mohd Firdaus Jaafar.

Pemuda PAS juga dikatakan dalam dilema hendak mencalonkan Fadhli Shaari, ketua Pemuda PAS Pasir Mas, ekoran tuduhan yang beliau memenangi jawatannya secara tidak sah kerana mesyuarat yang diadakan didakwa tidak cukup korum.

PAS akan mengadakan muktamarnya pada Jun ini berserta dengan pemilihan kepimpinan parti bagi sesi 2015-2017. – 23 April, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anak-nik-aziz-lawan-suhaizan-bagi-jawatan-ketua-pemuda-pas#sthash.A3dDc8DC.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...