TERKINI :

Saturday, April 4, 2015

MP Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis disyaki terhempas helikopter, nasib belum di katahui

Bahagian helikopter yang terhempas di Semenyih petang tadi. Sekurang-kurangnya terdapat enam penumpang termasuk orang kenamaan (VIP) seperti Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias. – Gambar pembaca The Malaysian Insider, 4 April, 2015.
Bahagian helikopter yang terhempas di Semenyih petang tadi. Sekurang-kurangnya terdapat enam penumpang termasuk orang kenamaan (VIP) seperti Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias. – Gambar pembaca The Malaysian Insider, 4 April, 2015.

Sebuah helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang ini dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengatakan tiga mayat sudah dijumpai.

Portal Suara TV melaporkan, sekurang-kurangnya terdapat enam penumpang termasuk orang kenamaan (VIP) seperti Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias turut berada dalam helikopter tersebut.

Helikopter itu dikatakan terbang ke Subang dari Kuantan.

Bernama melaporkan jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.

"Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini," katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.

Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.

Bomba juga belum mengenal pasti jenis helikopter itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata tiga mayat nahas helikopter itu sudah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari 3 lagi penumpang lain.

Jurucakap pasukan penyelamat JPAM berkata, kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pastimangsa nahas itu," katanya kepada Bernama. – 4 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/helikopter-terhempas-di-semenyih#sthash.XA7oRmhJ.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...