TERKINI :

Thursday, April 23, 2015

Kerjasama Pakatan di Pmtg Pauh jadi persoalan

 
Soal kerjasama Pakatan Rakyat untuk kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh kini semakin menjadi tanda tanya ekoran pendirian tegas PAS untuk tidak menyokong calon yang menolak hudud.

Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah menyokong kenyataan pemimpin PAS tempatan yang berpendapat haram jika mengundi calon yang menolak hudud.

"Memanglah hudud, bagi orang Islam wajib," katanya kepada Sinar Online, ketika ditanya mengenai kenyataan pemimpin PAS tersebut.

Pemimpin ulama PAS kawasan Permatang Pauh itu sebelum ini dilaporkan berkata, haram dan berdosa jika mengundi calon seperti itu.

‎"Betullah tidak boleh, iya," katanya lagi kepada portal tersebut selepas satu program di bangunan Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam.
PAS sebelum ini sudah disebut-sebut tidak akan membantu kempen PKR pada pilihan raya kecil di Permatang Pauh jika PKR tidak menarik balik kenyataan terhadap Abdul Hadi berhubung isu hudud.

Kerusi Permatang Pauh, yang kosong ekoran pemenjaraan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan kawasan tradisi yang ditandingi ketua umum PKR itu.

Semasa Anwar dipenjarakan sebelum ini, kerusi tersebut ditandingi oleh isterinya, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PKR juga dijangka akan menurunkan calon dari parti mereka dalam pilihan raya kecil kali ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...