TERKINI :

Thursday, April 9, 2015

JKKK buat kenduri kesyukuran sambut GST 6%

Rencana: Ibn Abdullah al Awab

GST dah mai

http://2.bp.blogspot.com/-xUrVrjy0828/T-48-MxmKzI/AAAAAAAAErA/_sKdCG-Gk1Q/s1600/P6281635.JPG
Sebagaiman janji dan ikrar, azam dan kesunggohan untuk membalas jasa dan budi baik rakyat jelata khususnya rakyat marhean di Felda, di kampong pendalaman, nelayan tradisional. Diatas sokongan dan dokongan mereka memangkah dan mengundi calun-calun umNO(baru)bN, makanya andalah telah bertanggongjwab dan wajib memikul tanggongjawab sepenuh kerana anda telah melanjut dan meneruskan umNO(baru)bN dan legasi mereka untuk terus memerentah.

Pemegang amanah rakyat yang anda nobatkan mereka terus menjadi penguasa di Putrajaya, sesunggohnya mereka pasti akan tidoq tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, berterbangan diangkasa raya dengan jet perdana tak akan selesa seadanya. Sekiranya penguasa Putrakaya PM1Malaysia YAB DS Najib TAR dan bini ke2nya YBMulia WPN DS Dr Hajjah Rosmah Mansor rambut gerbang sanggoi melentang, tidak pantas lakukan sesuatu untuk membalas jasa bakti rakyat marhean.

Hari ini, detik dinanti ditunggu, makanya dengan besar hati dengan besar perasaan dan besar sanggoi makanya transformasi bijaksana PM1Malaysia YABDS Najib TAR untuk melepas dan keluarkan rakyat jelata dari kepompong kepayahandan penderitaan susah hidup yang dialamai sejak merdeka. Jesteru itu, denga niat dan lafaz yang mulia hari ini RAKYAT NEGARA MENDAPAT LABA DAN NIKMAT PERDANA MEGA GST 6%. Bertujuan keluarkan taraf hidup dan kehidupan rakyat marhean dari miskin kepada taraf berpendapatan tinggi dan setinggi-tinginya keranamu GST 6 %.

Ini buka rencana april Pool, ini adalah hakikat kenapa dan mengapa GST 6 % dilaksakan dengan penuh keceriaan dan kebanggaan untuk keluarkan rakyat dari papa kedana kepada kaya meliana. Terima kasih YAB DS Najib TAR PM1Malaysia yang sekelian rakyat kasihi.

GST 6 % dirai dengan kenduri kesyukuran

Rupa-rupanya rakyat1Malaysia khususnya Ketua Bahagian umNO(baru) dan sampai pemimpin akar tunjang dan akar serabut, JKKKK, putri dan putra umNO(baru), sekelian juak-juak dan sebagainya yang sewaktu dengannya. Betapa mereka bersyukur dan amat berterima kasih kepada PM1Malaysia YAB DS Najib TAR selaku Menteri Kewangan utama negara kerana berani lagibijaklaksana bertekad dan telah tunaikan GST 6 % yang kami penyokong umNO(baru) tegar disemua posisi dan semua perengkat dok tunggu GST 6 % lahir kepersada kami.

Kami penyokong tegar dan penyokong kental umNO(baru) menaroh kepercayaan yang amat tinggi diatas kebijaksanaan Menteri Kewangan @ PM1Malaysia YAB DS Najib TAR merealisasi kehendak inspirasi penyokong umNO(baru) tegar menepati janji melaksanakan GST 6%. Syukur kami penyokong umNO(baru) tegar kepada Allah dan amat-amat terima kasih padamu PM1Malaysia yang dikasihi dimata kami yang kami doakan seadanya.

Kami penyokong umNO(baru) tegar dan cekal mempercayai GST 6 % berganding dengan BR1M, menjelang 2020, saha dengan yakin kami akan keluar dari kepompong susah dan menderita hidup. Keranamu GST 6% dan BR1M akan membela dan menjadi garis pemisah papa kami menjadi setaraf dengan kayanya kroni-kroni 5 bintang selama ini.

Kami yakin dan yakin lagi yakin diatas bijaklaksana PM1Malaysia kami, tempoh 5 tahun sahaja, kerana peranan dan sumbangan GST 6 % dan BR1M itu, semua anak-anak kami akan memiliki ijazah sekurang-kurangnya. Kami mampu membina rumah agamtersergam paling tidak 10 bilik, 5 bilik air dan kolam renang serba canggih lagi serba guna. Kami tidak lagi guna kapcai. Tetapi kami akan pakai guna pengangkutan heli dan kereta mewah setiap bini dan setiap anak.

Ini-ini semua bukan ingauan wahai puak-puak tiga suku penyokong Majoriti 52 %, ini akan menjadi realiti sengoti. tengok tuan-tuan dan puan sejak pukoi 12 menjelangnya 1 April 2015, betapa ajaib dalam acsaya dah terkumpol RM100,000.00. Baru berapa jam saja GST % berfungsi. Jadi yang lain tak sah dok cakap le Mamat Leha oooooiiiii!!!!!! Menjadi sunggoh dan mujarab rupanya GST ^ % dan BR1M sebagai senjata sakti kepada penyokong 48% Kerajaan1Malaysia YAB DS Najib TAR. Padan muka hampa penyokong PR.

Tak aci wahai PM1Mlaysia GST 6 % tidak menepati, please tingkatkan kepada GST 52 % baru fantastik kekayaan kami penyokongmu YAB DS Najib TAR PM1Malaysia yang kami kasihi.

Faedah dan padah

Dengan apa yang dikatakan itu, faedah besar yang dicapai dan dikapai oleh penyokong PM1Malaysia minoriti kerajaan 48%, dalam PRU14 nanti PR bungkus dan mampu mereka kambus. Mereka akan sifarkan PR PAS, PKR dan DAP nyah keluar dari Parlimen dan di Dun dalam negara.

Besar sunggoh sumbangan GST 6 % dan BR1M kepada umNO(baru) YAB DS Najib TAR PM1Malaysia @ Menteri Kewangan yang bijaklaxsana dinasehati oleh bini ke2nya YBMulia DS Dr Hajjah Rosmah Mansor rambut serbang sanggoi melentang. Apa khabar semua 48 % penyokong minoriti?

Rencana: Ibn Abdullah al Awab
Tarikh: 1 April 2015 - Rabu - 11 Jamadilakhir 1436

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...