TERKINI :

Thursday, April 9, 2015

Jamil Khir kata Najib komitmen nak buat Hudud, tapi mintak bentang RUU tak kata apa pulak..

K'jaan nyatakan komitmen untuk hudud

 
Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan undang-undang jenayah syariah dilaksanakan di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Perkara itu, katanya, termasuk memperluas bidang kuasa mahkamah syariah, menaik taraf sistem kehakiman syariah dan menyemak semula kedudukan hakim mahkamah syariah.

Beliau juga berkata, penubuhan jawatankuasa teknikal undang-undang jenayah syariah di peringkat persekutuan bertujuan memastikan pelaksananya dapat dilaksana dengan teratur dan selaras dengan perlembagaan.

"Dalam masa yang sama, negeri perlu beri perhatian terhadap undang-undang syariah yang komprehensif agar dapat memenuhi prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam penghukuman," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis Parlimen terhadap soalan Datuk Nik Mazlan Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh).

Nik Mazlan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan komitmen untuk menjayakan Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan.

Sementara itu, dalam jawapan itu juga, Jamil berkata kerajaan sedia maklum hasrat Kelantan melaksanakan hudud di negeri itu.

Bagaimanapun, katanya, peruntukan undang-undang perlu teliti peruntukan untuk pastikan selaras dengan perlembagaan persekutuan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa .

“Kerajaan negeri perlu memberi perhatian terhadap undang-undang syariah yang komprehensif agar dapat memenuhi prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam penghukuman,” katanya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...