TERKINI :

Saturday, April 4, 2015

Dr M: Muhyiddin boleh jadi PM, tapi saya tak pasti...

 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah yang paling layak untuk mengambil alih jawatan perdana menteri, tetapi beliau enggan mengesahkan sokongan kepadanya.

Dr Mahathir berkata beliau telah "hilang kepercayaan" selepas dua penggantinya tidak sepertimana yang diharapkannya.

"Anda tahu, saya telah hilang kepercayaan pada orang. Sebelum mereka dilantik, mereka adalah orang yang paling bersih di dunia," katanya sambil menambah bahawa apabila mendapatkan kuasa, mereka berkelakuan tidak baik.

"Jadi, saya tak tahu," keluh Dr Mahathir ketika ditanya pendapat beliau mengenai Muhyiddin menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Terdahulu, Mahathir menggesa Najib berundur dan berkata mengikut prosedur, calon seterusnya untuk jawatan tersebut adalah Muhyiddin.

"Itu terpulang kepada parti untuk putuskan. Ada orang yang agak layak tetapi jika anda ikut perlembagaan parti, orang yang paling layak adalah timbalan," katanya dalam sidang media di Cyberjaya hari ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...