TERKINI :

Friday, April 10, 2015

Bekas pemain bola sepak Kedah dipenjara 2 tahun di Singapura

Bekas pemain bola sepak Malaysia dipenjara 2 tahun
9 April 2015 - 7:42PM

Thana (Kiri) Shokri (Kanan)

SINGAPURA: Bekas pemain bola sepak Malaysia, S Thanasegar dijatuhkan hukuman penjara dua tahun atas kesalahan rasuah dan imigresen oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Singapura, hari ini.

Thanasegar, 40, sebelum itu mengaku salah atas empat tuduhan yang dibacakan kepadanya di Mahkamah. Antara tuduhan terhadapnya ialah bersubahat bersama L Selvarajan Letchuman untuk memberi suapan sejumlah wang yang tidak melebihi RM15,000 kepada pengadil, Shokri Nor untuk menetapkan keputusan perlawanan Liga Super antara Lions XII dan Sarawak pada 22 Mei 2012. Lions XII menang perlawanan itu dengan keputusan 3-0.

Selain itu, Thanasegar yang pernah mewakili skuad Kedah pada era 90-an turut mengaku bersalah atas dua tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan Selvarajan dan Shokri untuk melakukan penipuan dalam perjudian di Singapura manakala tuduhan terakhir ialah gagal mengemukakan pasportnya apabila meninggalkan negara itu.
Kali pertama Thanasegar didakwa adalah pada 24 Mei 2012 atas tuduhan bersubahat dengan Shokri untuk menetapkan perlawanan Liga Super pada 22 Mei 2012 di mana Lions XII perlu menang dengan jaringan tiga gol. Sekalipun dilepaskan dengan ikat jamin ketika itu, Thanasegar gagal hadir untuk perbicaraan kesnya yang dijadual pada Ogos 2012 sebelum ditahan pada bulan sama dengan bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, menurut CPIB. - Channel NewsAsia.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...