TERKINI :

Friday, March 6, 2015

TPM bagi lampu hijau suruh PAC siasat sendiri 1MDB

1MDB: PAC boleh mula siasatan sendiri, kata TPM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) boleh memulakan siasatan sendiri terhadap firma pelaburan negara 1MDB, tanpa perlu menunggu Laporan Ketua Audit Negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri meminta ketua audit negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB dan laporannya akan diserahkan kepada PAC untuk penelitian lanjut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Muhyiddin juga menggesa 1MDB memandang serius semua dakwaan yang dilemparkan kepada mereka khususnya yang dilaporkan di media sosial.

Sehubungan itu, beliau turut menyokong syarikat itu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit jika tuduhan tidak berasas dilemparkan terhadapnya.

"Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urusniaga 1MDB," katanya.

Muhyiddin berkata lembaga pengarah 1MDB perlu memberikan penjelasan tentang beberapa urusniaga yang dianggapnya "kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan".

"Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat.

"Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...