TERKINI :

Friday, March 6, 2015

Mahfuz: Saya bayar sendiri misi 'kemanusiaan' Sirul

 
Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar, dalam mempertahankan ”misi kemanusiaan" untuk menemukan Sirul Azhar Umar dengan ibunya Piah Ahmad berkata, ia dibiayai oleh beliau sendiri.

Mahfuz telah membawa ibu Sirul Azhar bersama anak perempuannya, Noriatin Umar, dan empat yang lain bersamanya untuk mengunjungi Sirul di Pusat Imigresen Villawood di Sydney.

"Saya bayar sendiri," Mahfuz kepada Malaysiakini.

Misi itu telah mendapat banyak kritikan, dengan ramai yang mempersoalkan mengapa PAS menghabiskan begitu banyak wang untuk melihat Sirul yang dijatuhkan hukuman mati selepas disabitkan membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Ketika diminta mengulas perkara itu, Mahfuz mempertahankan tindakannya itu dan mengulangi bahawa misi kemanusiaan itu adalah demi seorang ibu yang sudah tua.

"Yang kedua (objektif) misi saya adalah untuk mencari di mana motif, yang tidak diberitahu oleh mahkamah...," katanya.

"Saya akan mencari (kebenaran) ini, bukan daripada Sirul, tetapi dari pelbagai pihak," katanya
Menurut Mahfuz lagi, Sirul sendiri tidak berbincang mengenai kes pembunuhan itu semasa pertemuan mereka.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menolak dakwaan sebuah blog pro-Umno bahawa pembangkang membiayai Sirul, dengan harapan bagi mendapatnya untuk kononnya menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung kes membunuh Altantuya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...