TERKINI :

Friday, March 13, 2015

Macamana penjenayah ini boleh lepasi senjata dari sempadan sana..???


Dua lelaki ditahan, miliki pump gun dan peluru


Dua lelaki ditahan, miliki pump gun dan peluru
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof (dua,kiri) dan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Kedah (IPK) ACP Nashir Ya (kiri) melihat senjata api yang dirampas daripada dua lelaki pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kedah hari ini. - Foto Bernama


ALOR SETAR - Dua lelaki ditahan polis dalam serbuan berasingan kerana memiliki selaras senapang dan sejumlah peluru di sebuah stesen minyak dan rumah di Padang Terap awal pagi semalam.
 
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata tangkapan dua lelaki tempatan berusia 30-an itu dibuat selepas menerima laporan daripada seorang wanita yang juga peniaga kedai makanan di Padang Terap yang membuat laporan polis 1 pagi semalam.
 
Beliau berkata, wanita berusia 40-an itu membuat laporan polis selepas seorang daripada suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan kira-kira 9 malam pada 10 Mac lalu di kedai makanan tersebut.
 
"Suspek yang menggunakan sepucuk pistol melepaskan tembakan pada telefon bimbit milik wanita itu yang dipercayai teman wanita suspek yang dicampak ke tanah. Ia bermotifkan cemburu dan tembakan itu tidak mencederakan wanita tersebut.
 
"Suspek pertama yang melepaskan tembakan di kedai makanan, kita tahan di sebuah stesen minyak di Padang Terap pada 3.30 pagi semalam dan hasil pemeriksaan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda itu polis menemui sebutir peluru dan dua pasang gari," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini. Read More >>

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...