TERKINI :

Tuesday, March 17, 2015

KPN tipu mengenai penahanan Nurul Izzah, patut letak jawatan, kata peguam


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bersama peguamnya R Sivarasa (kanan) bercakap kepada media sebelum ditahan polis, petang semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Mac, 2015.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bersama peguamnya R Sivarasa (kanan) bercakap kepada media sebelum ditahan polis, petang semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Mac, 2015.

Peguam kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menuduh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menipu berhubung penahanan reman ahli Parlimen Lembah Pantai itu dan mendesaknya meletakkan jawatan.

R Sivarasa yang juga ahli Parlimen Subang berkata, kenyataan Khalid malam tadi, yang cuba memberi penjelasan berhubung penahanan Nurul Izzah dan terpaksa bermalam di lokap di balai polis Jinjang, semalam adalah berniat jahat dan tidak sah.

“KPN cuba untuk menjustifikasikan penahanan reman Nurul Izzah di lokap Jinjang dengan menyatakan beliau akan dibebaskan sebagai saja keterangan direkodkan.

“Beliau cuba untuk beri tanggapan polis tidak dapat merekodkan keterangannya semalam, maka perlunya reman itu dilakukan.

“Tanggapan yang beliau cuba beri itu palsu dan tindakan itu tidak wajar bagi seorang ketua pasukan polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – 17 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kpn-tipu-mengenai-penahanan-nurul-izzah-patut-letak-jawatan-kata-peguam#sthash.zK3ouQ5s.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...