TERKINI :

Thursday, March 12, 2015

Jahanam lagi RM950 juta duit rakyat disebabkan 1MDB punya pasal

K'jaan akui RM950 juta kredit buat 1MDB

Kerajaan mengakui mempunyai “kredit tunggu sedia” RM950 juta untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB), susulan laporan suntikan RM1 bilion untuk syarikat pelaburan negara itu.

Perkara itu didedahkan oleh Datuk Seri Menteri Kewangan II Husni Hanadzlah kepada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata hanya RM60 juta digunakan 1MDB untuk menguruskan aliran tunainya.

Sementara itu, Husni juga berkata kerajaan berpandangan penyenaraian 1MDB akan menyelesaikan sebahagian besar hutang badan pelaburan kerajaan itu.

"Batu penghalang 1MDB ini adalah aliran tunainya.

"Apabila IPO (penyenaraian) keluar, masalah ini akan selesai," kata Husni di Parlimen hari ini.

Jelasnya, penyenaraian itu yang dijangka akan berlaku pada pertengahan tahun ini, akan menyelesaikan hutang RM13 bilion 1MDB dalam sektor tenaga.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan berkenaan prestasi 1MDB di Parlimen, hari ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...