TERKINI :

Friday, March 13, 2015

Dr Mahathir: Siasat, bukan hanya audit 1MDB

 
Meningkatkan tekanannya kepada kerajaan berhubung kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Dr Mahathir Mohamad berkata syarikat pelaburan nasional bukan saja perlu diaudit tetapi perlu disiasat polis.

"Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dibuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB," katanya di blognya hari ini.

"Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.

"Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu," tambah mantan perdana menteri.

"Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mel, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!

"Sehingga kini kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang.

"Tetapi hanya untuk bayar faedah RM2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah."

Jumaat lalu, timbalan perdana menteri juga menggesa "audit forensik" dijalankan terhadap syarikat yang dilanda kontroversi itu. "Audit forensik hendaklah dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...