TERKINI :

Friday, March 13, 2015

Bimbing masyarakat kenal Islam


Bimbing masyarakat kenal Islam
Peserta Seminar Dai' Kontemporari Fasa 1 2013.


PENUBUHAN UniSZA Mercy Club (UMC), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merupakan cetusan idea sekumpulan siswa UniSZA Diploma Pengajian Islam (Dakwah) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam.

Kumpulan siswa ini telah menjalankan kursus praktikal dakwah pada 2012 iaitu aktiviti sukarelawan (pemandu pelancong) di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Menerusi aktiviti ini, siswa dikehendaki memberi penerangan tentang seni bina masjid dan menjawab soalan-soalan daripada pelancong bukan Muslim tentang kepercayaan dan perkara asas dalam Islam.

Pengalaman tersebut telah memberi pendedahan tentang pengetahuan dan persepsi masyarakat bukan Muslim terhadap Islam yang sangat cetek dan tidak tepat.

Kebanyakan soalan-soalan yang dilontarkan oleh mereka berkaitan tentang salah faham terhadap Islam seperti isu keganasan dalam Islam, penindasan wanita, isu pernikahan Nabi Muhammad SAW, jihad dan sebagainya.

Melihat kepada pengalaman tersebut dan juga cabaran umat Islam masa kini, keperluan kepada sebuah kelab yang dapat menjadi penggerak dalam membimbing masyarakat untuk mendekati Islam harus diwujudkan bagi memberi informasi tepat kepada masyarakat bukan Muslim dan kepada Muslim secara umumnya. Read More >>

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...