TERKINI :

Friday, March 13, 2015

Amerika sudah masuk campur urusan negara, Rumah Putih nyatakan kekecewaan pemenjaraan Anwar

Selepas petisyen, Rumah Putih nyatakan kekecewaan pemenjaraan Anwar

Rumah Putih akan terus menggesa Malaysia memohon melaksanakan kedaulatan undang-undang secara adil, telus dan tiada penglibatan politik yang juga merujuk kepada sabitan kesalahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar fail Reuters, 13 Mac, 2015.
Rumah Putih akan terus menggesa Malaysia memohon melaksanakan kedaulatan undang-undang secara adil, telus dan tiada penglibatan politik yang juga merujuk kepada sabitan kesalahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar fail Reuters, 13 Mac, 2015.

Rumah Putih hari ini melahirkan rasa kecewa ke atas sabitan bersalah Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya, dan menggesa Putrajaya mempertahankan kedaulatan undang-undang bagi meningkatkan keyakinan sebagai negara berdemokrasi, badan kehakiman dan ekonomi.

Dalam satu kenyataan berikutan penutupan petisyen dilancarkan bekas duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia John Malott mendesak untuk Anwar dibebaskan, pentadbiran Obama berkata kebimbangan itu ditambah dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk mengembangkan undang-undang hasutan terhadap pengkritik, walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah berjanji untuk memansuhkannya.

Menurut kenyataan itu, AS melahirkan kebimbangan yang jelas terhadap sabitan Anwar melalui kenyataan dan interaksi dengan Putrajaya dan akan terus berbuat demikian.

"Keputusan awal mendakwa Anwar, keputusan merayu keputusan tidak bersalah, dan terbaliknya keputusan yang menimbulkan beberapa kebimbangan serius tentang kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia," kata kenyataan Rumah Putih itu.

Ia menambah kedua-dua negara komited bekerjasama dalam menghadapi cabaran ekonomi dan keselamatan tetapi berkata Washington akan terus menggesa Malaysia memohon melaksanakan kedaulatan undang-undang secara adil, telus dan tiada penglibatan politik.

"Sejarah membuktikan negara-negara yang menegakkan hak asasi manusia bagi semua rakyat mereka, tanpa mengira fahaman politik, etnik, bangsa, agama, atau orientasi seksual mereka, akhirnya lebih makmur dan stabil,” kata Rumah Putih.

Petisyen untuk pembebasan Anwar mencapai 113,122 tandatangan, lebih daripada 100,000 yang diperlukan untuk layak mendapat tindak balas daripada pentadbiran Obama.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari mengekalkan sabitan liwat Anwar dan hukuman lima tahun penjara beliau.

Sementara itu, Kedutaan AS semalam berkata lebih daripada 60,000 tandatangan telah dikeluarkan daripada petisyen Anwar ke Rumah Putih kerana ia datang daripada perkhidmatan pelupusan e-mel yang ada.

Daripada lebih 70,000 tandatangan awalnya, petisyen yang mengetengahkan isu pendirian Washington apabila sabitan Anwar dikekalkan dengan sekitar 12,000 tandatangan.

"Rumah Putih membuang 60,789 tandatangan yang disifatkan sebagai penipuan kerana majoriti besar yang menandatanganinya daripada slipry.net.

"Lain-lain tandatangan palsu berasal daripada trashmail, sharklasers, dan mallinator – semuanya perkhidmatan e-mel pakai buang Mereka menipu tandatangan berlaku terhadap petisyen itu," kata kedutaan itu.

Petisyen balas dimulakan hampir sebulan lalu selepas petisyen bagi menyokong kebebasan Anwar dilancarkan.

Ia berkata rakyat Malaysia "marah" dengan kenyataan Rumah Putih yang menyatakan kekecewaan dengan penahanan Anwar, dan memberitahu AS "berhenti campur tangan dalam badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia".

Petisyen Malott ini, "Bebaska Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim dari penjara menjadi keutamaan bagi polisi AS terhadap Malaysia", juga dibuang sementara selepas pemeriksaan penipuan standard oleh Rumah Putih tersilap dikenal pasti sebagai petisyen dengan tandatangan palsu.

Kedutaan itu menjelaskan pada hari Rabu ia bukan petisyen “Bebaskan Anwar” petisyen balas yang mempunyai tandatangan palsu.

Petisyen balas, bertajuk "Menghormati Kedaulatan Negara Malaysia", mencapai 12,612 tandatangan pada pagi ini. – 13 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-petisyen-rumah-putih-nyatakan-kekecewaan-pemenjaraan-anwar#sthash.mlReA3T5.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...