TERKINI :

Monday, March 2, 2015

Amankah Sg Petani, ada kejadian tembak sampai mati malam tadi..!!

Maut ditembak tiga das
Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Seorang pengusaha pusat cuci kereta berusia 34 tahun maut ditembak tiga das tembakan dari jarak dekat di Taman Sri Gedung, Jalan Lencongan Timur, di sini, tengah malam tadi.

Sumber berkata, kejadian berlaku 12.15 tengah malam ketika lelaki terbabit baru tiba di depan rumahnya sebelum muncul sebuah kereta Perodua Myvi putih yang berhenti di belakang kenderaannya.

Katanya, sebaik berhenti tiga lelaki keluar sebelum salah seorang daripadanya melepaskan tiga das tembakan ke arah kereta mangsa.

"Satu tembakan mengenai tepat di pipi manakala dua tembakan lagi terkena pada leher dan dada menyebabkan mangsa mati di tempat duduk pemandu," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Khalil Ariffin mengesahkan kejadian berkata, pihaknya kini sedang memburu semua suspek terbabit dan siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34023#sthash.Qs2SaJYi.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...