TERKINI :

Monday, March 2, 2015

Ahli syorkan kedua pihak yang bertembung dalam PAS supaya duduk semeja..!!

GU/UG BACUL HADAPI REALITI POLITIK ALAF KINI.

Rupanya budaya wacana ni tidak digemari oleh GU. President GU( Norazli musa) menyebut "Kami hanya akan gunakan hiwar siyasi untuk dedahkan siapa liberal dalam Pas..". DEBAT-BAHAS-WACANA tak mahu.

Berhubung dengan pelawaan Dr Dzulkefly Ahmad berkenaan DEBAT-BAHAS-WACANA. Di antara maklum balas yang kami terima dari UG/GU adalah seperti di atas.

Mohon cadangan DEBAT-BAHAS-WACANA diterima terutamanya kepada Nik Abduh, Nasrudin Tantawi, Ridwan Md Noor, Khairuddin At Takiri, Zuhdi, Razman dan Dr Mahfuz Mohamed.

Tujuan kita ialah DEBAT-BAHAS-WACANA menyelesaikan/merongkai kekusutan dalaman hasil dari budaya TAKFIRI(Lebel-melebel) dan kenyataan tidak bertanggungjawab di Media sosial.

Jangan biarkan ahli bawahan di momokan dengan pelbagai karenah serta mehnah yang akan menyebabkan perpecahan hasil dari kenyataan dan program yang tidak bertanggungjawab semata-mata ingin mencari populariti menjelang Muktamar.

Pendokong Pas
Kepala Batas
Pulau Pinang

1 comment:

bat8 said...

Tuan

Kemelut yg berlaku sekarang tidak patut berlarutan sehingga memecahbelahkan parti. Ini selalu terjadi apabila kepimpinan lemah terutama Presiden parti, TGHH
Kes klasik dalam pengurusan organasasi.

Semasa kepimpinan Almarhum Ustaz Fadhil Nor dan Almarhum TGNA perbezaan pendapat terutama dari PAS Terengganu juga berlaku. Tetapi Kedua Almarhum dapat mengatasinya dengan dialong dan berhujah dengan golongan-golongan ini. Akhirnya kesemua aliran pemikiran ini dapat dijalin dengan satu jalinan kukuh dibawah kepimpinan keduanya.

Ini tidak dalam didalam krisis sekarang kerana kelemahan kepimpinan Presiden sendiri. Dari satu sudut kain kita nampak, bukan sahaja Presiden lemah, malah Presiden juga telah terpengaruh dengan sekumpulan pengacau didalam PAS.

Sebenarnya ancaman-acaman yang timbul sekarang bukanlah serius sangat. Malah lebih kepada kepentingan duniawi kelompoknya sahaja, tidak bertunjang kepada aliran pemikiran yang mantap pun. Sebenarnya ia amat mudah diatasi oleh kepimpinan peringkat JKKP dan MSU.je. Buang je kaki pengacau ni..yang berjawatan seperti Setiausaha mana-mana dewan, tukar mereka menjadi ahli biasa je.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...