TERKINI :

Tuesday, March 31, 2015

Sempena GST esok.. Mukhriz bayangkan naikkan gaji Adun

Kedah bayangkan naikkan gaji Adun

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah tidak menolak kemungkinan akan mengikuti jejak beberapa negeri lain yang menaikkan gaji asas Adun mereka baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, isu mengenai semakan semula gaji asas Adun Kedah dibincangkan dalam mesyuarat exco sebelum ini dan akan dibahaskan juga dalam persidangan Dun bulan depan.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk disemak semula (kadar gaji asas) anggota dewan di Kedah. Kita akui bahawa kadar gaji asas Adun Kedah adalah antara terendah. Kita mungkin tidak boleh mengelaknya," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Kedah, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menutup secara rasmi persidangan tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah di sini, yang turut dihadiri Yang Dipertua Mubarak Negeri Kedah, Datuk Abdul Rahman Ibrahim dan Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Mukhriz bagaimanapun berkata, jika semakan semula gaji asas Adun Kedah itu dipersetujui, ia akan mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri dan tidak menyamai kadar kenaikan sebagaimana di negeri-negeri yang lebih berkemampuan.

“Ia tidak akan menyamai kadar gaji asas yang dinikmati oleh Adun di negeri-negeri seperti Johor, Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.

Mukhriz berkata, kenaikan kadar gaji asas Adun Kedah itu adalah perlu berikutan bebanan kerja dan tanggungjawab yang dipikul mereka pada ketika ini amat berat.

Selain itu, katanya kenaikan gaji asas itu juga mampu mengelak Adun tersebut daripada terjebak dengan usaha menambah pendapatan menggunakan unsur yang tidak beretika dan menyalahi undang-undang.

Terdahulu Abdul Aziz dalam ucapannya meminta Mukhriz menimbangkan cadangan Mubarak Kedah supaya gaji Adun negeri itu dinaikkan kerana ia turut akan memberi kesan terhadap kadar pencen yang diterima oleh anggotanya.

Abdul Rahman, yang ditemui pemberita selepas itu berkata, pada ketika ini kadar pencen penuh yang diterima oleh bekas Adun Kedah yang berkhidmat lebih 72 bulan adalah RM2,000 sebulan.

“Kadar pencen penuh itu berdasarkan kepada gaji bulanan yang diterima mereka ketika menjawat jawatan sebagai Adun iaitu sebanyak RM4,000 sebulan dan RM6,000 sebulan untuk Adun yang turut menjadi anggota Exco negeri,” katanya.

Mubarak Kedah katanya, mencadangkan supaya gaji asas Adun Kedah dinaikkan kepada RM8,000 sebulan, bagi membolehkan bekas wakil rakyat di negeri itu menerima pencen bulanan sebanyak RM4,000. - Bernama

Harga bahan api kekal untuk April

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 kekal pada harga bulan Mac, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.

Sehubungan itu, harga RON95 tidak berubah pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter, dan diesel pada RM1.95 seliter.

Ia akan berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 April, kata jurucakap kementerian itu ketika dihubungi Bernama.

Namun begitu, menurut jurucakap itu, RON97 tidak dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6.0 peratus.

GST akan dilaksanakan mulai esok.

Apabila SINAR HARIAN buat tajuk mengelirukan kata PAS BENTANG HUDUD

TAJUK MUKA DEPAN SINAR HARIAN AMAT MENGELIRUKAN MASYARAKAT DAN BOLEH MENIMBULKAN KEGELISAHAN.

Muka Depan Sinar Harian hari ini 31/03/2015 menyiarkan tajuk "PERLAKSANAAN HUDUD - BENTANG SEBELUM 9 APRIL" manakala kenyataan kecil bertulis "Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jelaskan beliau akan bentangkan draf perlaksanaan hukum hudud di Parlimen".

Tajuk dan kenyataan tersebut amatlah tidak tepat malah mengelirukan masyarakat. Untuk makluman semua, Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Private Member's Bill) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 bukan draf pelaksanaan hukum hudud.

Perlu difahami bahawa yang hendak dibawa dan dibahaskan di Parlimen bukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2015 Kelantan tetapi usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965. Sekarang Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 hanya memberikan kuasa menghukum kepada Mahkamah Syariah seluruh Malaysia untuk menghukum tidak lebih 3 tahun penjara, tidak lebih RM5,000 denda dan tidak lebih 6 kali sebatang.

Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS membawa usul untuk meminda peruntukkan tersebut dengan memberikan kuasa menghukum kepada Mahkamah Syariah bukan sahaja di Kelantan, malah di seluruh negara dengan hukuman mengikut syariat Islam.

Jika usul tersebut diterima dan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 dipinda seperti yang dicadangkan oleh Presiden PAS, maka seluruh Mahkamah Syariah di Malaysia mempunyai kuasa menghukum yang sama mengikut syarak.

Dengan pindaan perluasan kuasa Mahkamah Syariah tersebut, Mahkamah Syariah seluruh Malaysia boleh mengamalkan undang-undang jenayah Islam secara menyeluruh tetapi tertakluk kepada peruntukkan enakmen-enakmen negeri-negeri masing-masing.

Dalam pada itu masih ada sekatan atau halangan lain yang perlu diselesaikan secara berhemah. Tajuk muka depan Sinar Harian tidak membantu mententeramkan hati masyarakat, malah boleh menimbulkan lebih banyak polemik dan persepsi negatif.

ZULHAZMI SHARIFF
31/03/2015
Batu Caves.

GST: Ada kemungkinan PR ambil alih kerajaan selepas PRU14 - Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan mengambil alih pentadbiran negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-14 sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal mengawal risiko kenaikan harga barang susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 1 April nanti.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata cabaran paling besar buat BN adalah untuk mengawal orang tengah seperti pemborong dan pengilang yang mungkin mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang selepas GST.

“Kita tahu cabaran kerajaan adalah sama ada mampu atau tidak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani kesempatan orang tengah ini.

“Kalau kita lihat semasa kenaikan harga minyak, tidak mudah untuk KPDNKK mengawal kenaikan harga barang ketika itu. Sebab kakitangan KPDNKK ini bukan ramai pun,” ujar beliau dalam satu sidang media semalam di Pejabat Perkasa, di sini.

Selain itu Ibrahim turut berkata polemik cukai GST ketika ini menjadikan masyarakat semakin keliru sama ada ia memberi kebaikan atau tidak apabila ia dilaksanakan nanti.

“Masyarakat akan membuat perbandingan yang mana lebih baik, sama ada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) atau GST. Namun, apa-pun yang terjadi selepas perlaksanaan GST ini, rakyat harus mendapat hasilnya.”

Beliau berkata jika rakyat tidak gembira selepas pelaksanaan GST nanti, ia merupakan risiko yang dihadapi kerajaan BN pada PRU ke-14 nanti.

Lantaran itu, Ibrahim berkata kerajaan harus membuat pertimbangan dengan kadar segera untuk meningkatkan gaji pekerja melalui skim gaji minima bagi mengatasi risiko kos sara hidup tinggi rakyat.

Beliau berkata pihak kerajaan dan masyarakat sebenarnya terlepas pandang terhadap tahap pendapatan gaji di Malaysia yang terlalu rendah.

"Daripada data Jabatan Perangkaan Malaysia, bahagian gaji dari ekonomi di Malaysia hanya satu per tiga atau lebih kurang 30 peratus. 70 peratus yang lain adalah keuntungan atau pendapatan modal.

"Di negara-negara maju pembahagian antara gaji dan keuntungan adalah terbalik iaitu 70 peratus gaji dan 30 peratus keuntungan peniagaan.

"Jelas daripada data ini menunjukkan bahawa ada ketidakadilan dan keseimbangan berlaku dalam negara kita.

Beliau juga berkata Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hanya mampu menampung perbelanjaan kira-kira RM50 sebulan dan dasar jumlah pendapatan rakyat perlu seiring dengan kos sara hidup yang sedia ada.

"Untuk mengatasi gejala kos sara hidup yang tinggi dengan gaji rendah, PERKASA mendesak kerajaan dengan segera mengkaji semula dan melaksanakan sepenuhnya dasar gaji minima supaya dinaikkan serta-merta pada tahun ini kepada RM1,200 dari tahap sedia ada RM900 sebulan dan seterusnya kepada paras anggaran RM1,700-RM1,800 pada tahun 2020.

"Hanya melalui cara ini apa yang dijanjikan kerajaan dalam Bajet 2015 untuk menaikan tahap nisbah gaji dan GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) pada 40% dapat dicapai. Kalau tidak, ianya hanya sekadar retorik,.

Ibrahim berkata lagi dasar ini bukan menguntungkan masyarakat bumiputra malah semua rakyat dan pekerja di negara ini.

Penjelasan Presiden PAS berkenaan "Private Bill" Akta 355 yang di bawa ke parlimen


Private bill

Usaha membawa private bill ke parlimen hanya satu usaha kecil kita. Ia belum lagi ke tahap pelaksanaan hudud secara menyeluruh. Ia hanya satu usaha untuk memperbetulkan kepincangan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Agama-agama lain bebas diamalkan, sedangkan Islam tidak bebas dilaksanakan dengan sekatan seperti yang terkandung di dalam Akta 355 berkait dengan kuasa Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa menjatuhkan hukuman tidak lebih dari 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan sedangkan undang-undang Islam menetapkan 40 ke 80 sebatan bagi kes minum arak, 80 sebatan bagi kes qazaf dan 100 rotan bagi kesalahan zina.

Maka akta ini perlu dipinda bagi memberi laluan kepada sebahagian kecil undang-undang Islam untuk dilaksanakan. Bukan semua undang-undang Islam. Ia perjuangan yang masih panjang kerana untuk melaksanakan undang-undang Islam secara keseluruhannya memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan perkara 76. Ia memerlukan sokongan 2/3 di Dewan Rakyat sedangkan untuk meminda Akta 355 ini hanya memerlukan simple majoriti.

Kita tahu perangai Umno macam mana. Tapi kita tetap mengambil risiko membentangkan private bill ini dengan anggapan parlimen kita masih didominasi oleh ahli-ahli parlimen beragama Islam. Dan kita mengharapkan sokongan dari semua ahli parlimen beragama Islam sama ada dari PAS, Umno dan PKR.

Jika Umno sokong, tak perlulah kita tanya mereka ikhlas atau tak ikhlas. Ikhlas ini kerja Allah, bukan kerja kita. Dan jika mereka menipu dan cuba memperdayakan kita, kita tidak harus gentar kerana kita ada Allah, dan Allah menjanjikan kepada kita: "Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman." (Al-Anfal: 62)

Mesyuarat agung kali ini adalah mesyuarat memilih pimpinan yang baru. Kepimpinan adalah amanah. Mereka adalah nakhoda yang  perlu meneruskan perjuangan ini berpandukan Al-Quran. Justeru pilihlah nakhoda yang pandai baca peta. Jangan pilih nakhoda yang tak tahu baca peta. Dan peta kita adalah Al-Quran

Petikan ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kuala Krau di Darul Hikmah pada 29 Mac 2015 yang dicatat oleh Aris Azlan.

'Tangguh dulu GST, ini masa dahulukan rakyat PM'


GST
MELIHAT rakyat marhaen berpusu-pusu memasuki pasaraya membeli pelbagai barangan keperluan dengan kuantiti yang banyak pada hujung minggu yang lalu menggambarkan kerisauan yang mendalam di kalangan rakyat terhadap GST.
 
Situasi tersebut adalah sama seperti yang disaksikan di stesen minyak pada malam terakhir sebelum harga minyak diumumkan naik pada hari keesokkannya.
 
Fenomena ini menunjukkan rata-rata pembeli merasakan harga barangan akan meningkat selepas 1 April ini.
 
Majoriti negara di dunia ini melaksanakan GST sebagai sumber pendapatan.
 
GST tidak pernah diperlukan selama ini di negara kita kerana negara Malaysia sebenarnya kaya dengan sumber asli.
 
Sejak zaman Pak Lah sehinggalah sekarang, kita mula kedengaran hutang negara menjadi semakin meningkat menghampiri 55 peratus GDP.
 
Kita mula mendengar penyelewengan dan salahguna dana awam yang semakin meruncing setiap tahun di dalam laporan audit tahunan. Read More>>

Monday, March 30, 2015

Shahidan, rakyat Malaysia mahukan jawapan munasabah

Oleh V Shuman


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sering terlibat di dalam memberi kenyataan tak masuk akal dan telah melakukannya sekali lagi.Kali ini beliau memberi justifikasi bagi pembelian jet kerajaan bernilai setengah bilion ringgit dengan menyatakan “Perdana Menteri berhak berbuat demikian”.

Ini kerana, katanya, wang bagi membeli dan menyelenggara pesawat tersebut datangnya daripada kantung kerajaan.

Err, dari mana datangnya wang dalam kantung kerajaan itu, Shahidan?

Astro Awani melaporkan Shahidan berkata bahawa jet eksekutif ACJ320 yang dibeli kerajaan itu bukan bagi kegunaan peribadi Najib.

“Dakwaan pembangkang bahawa jet itu bagi kegunaan peribadi Najib hanya bertujuan memburukkan imej kerajaan. Apa yang dibelanjakan itu bukannya bagi PM, TPM ataupun Yang Dipertuan Agong.

Pak Menteri temberang lagi tentang ekonomi dan GST

Oleh Dzulkefly Ahmad

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2014/09/Mustapa-Mohamed.jpg
Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan Bernama pada 28 Mac sebagai berkata: “Kerajaan perlu pelbagaikan sumber kewangan termasuk melaksanakan Cukai GST kerana sekarang sumber kewangan bergantung kepada minyak dan gas.... ini adalah antara lain untuk membayar gaji penjawat awam dan bayaran pencen yg semakin bertambah”.

1. Sama ada menteri kewangan, perdagangan dan industri antarabangsa atau gabenor Bank Negara, apabila mahu meyakinkan rakyat bahawa pimpinan negara bijak mengurus kewangan dan ekonomi kita sihat asas-asas atau fundamentalnya, pastinya akan menggunakan hujah sama tetapi dengan maksud sebaliknya.

2. Yakni, atas kebijksanaan perdana menteri selaku menteri kewangan, kita tidak lagi bergantung kepada sumber minyak dan gas. Ekonomi kita sudah mengalami perubahan struktural ekonomi dan tidak lagi bergantung sumber asli dan komoditi seperti minyak, gas dan kelapa sawit serta getah. Ekonomi kita, tegas mereka, sudah "diversified" atau "pelbagai" dan kini lebih "resilient" atau kebal daripada risiko kejutan ekonomi global kononnya.

3. Namun, apabila hendak jugak melaksanakan GST yang jelas akan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan rendah-sederhana, khasnya golongan tidak makan gaji atau berpencen yang boleh dinaikkan pendapatan mereka, senang-senang pak menteri behujah macam sebaliknya.

Pengerusi PAC kata Kerajaan Kelantan tak beri kerjasama bab pengurusan banjir

Pengurusan banjir lemah kerana Kelantan tidak bekerjasama, kata PAC
Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed berkata, Majlis Keselamatan Negeri (MKN) turut mengakui ada kelemahan dari pihak mereka dalam menguruskan banjir memandangkan musibah yang dihadapi kali ini adalah luar biasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Mac, 2015.
Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed berkata, Majlis Keselamatan Negeri (MKN) turut mengakui ada kelemahan dari pihak mereka dalam menguruskan banjir memandangkan musibah yang dihadapi kali ini adalah luar biasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Mac, 2015.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengatakan pengurusan banjir lemah di Kelantan kerana kerajaan negeri tidak memberikan kerjasama, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Pengerusi PAC itu berkata, kelemahan tersebut dimaklumkan kepadanya semasa pendengaran dibuat hari ini dan MKN mendakwa kurangnya kerjasama kerajaan negeri Kelantan menyebabkan kordinasi Putrajaya untuk membantu terputus.

Ahli Parlimen Pulai itu juga berkata, MKN turut mengakui ada kelemahan dari pihak mereka dalam menguruskan banjir memandangkan musibah yang dihadapi kali ini adalah luar biasa.

"Mereka mengakui ada ‎kelemahan dari perancangan pengurusan dan timbul kerjasama kerajaan negeri.

"Sebelum ini kerjasama MKN dengan kerajaan negeri bila berdepan dengan banjir tidak jadi masalah sehingga pada tahun lepas ia terputus menjejaskan kordinasi kerajaan pusat dan kerajaan negeri," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Tindakan Tegas Polis, Arahan Siapa Sebenarnya?

Shahbudin Husin,

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/03/khalid-kitalawan2.jpg
Sejak dua tiga hari lalu berita penahanan beberapa pemimpin pembangkang telah menjadi tajuk perbualan ramai di merata tempat. Ini berikutan kali ini mereka yang ditahan agak ramai berbanding sebelumnya, di samping cara penahanan dan layanan yang diterima turut menjadi perdebatan.

Selain Rafizi, Tian Chua, Hishammudin Rais dan Fariz Musa daripada PKR yang ditahan. Mohamad Sabu dan Khalid Samad daripada Pas juga turut ditangkap.

Mohamad Sabu ditahan di Pulau Pinang menjelang demonstasi Kita Lawan Sabtu lalu dan dilepaskan kira-kira 23 jam kemudian dan dilaporkan tiada soal siasat atau keterangan diambil daripadanya. Beliau barangkali cuma mahu "direhatkan" di balai polis daripada menyertai demontasi itu.

Khalid Samad ditahan setelah pihak polis berkunjung ke rumahnya pada jam 3.20 pagi selepas demonstrasi Kita Lawan berakhir. Tetapi perintah reman yang dipohon pihak polis terhadapnya telah ditolak oleh mahkamah.

Andai kata DAP yg buat live persemadian Kuan Yew nie, pakai 80hari 80malam laa kena jual di tv BN

Menteri pertahan liputan siaran langsung persemadian Kuan Yew

Lee Kuan Yew yang bertanggungjawab membangunkan Singapura moden diberi penghormatan terakhir oleh orang ramai dan pemimpin dunia semalam.  – Gambar Reuters, 30 Mac, 2015.
Lee Kuan Yew yang bertanggungjawab membangunkan Singapura moden diberi penghormatan terakhir oleh orang ramai dan pemimpin dunia semalam. – Gambar Reuters, 30 Mac, 2015.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini mempertahankan liputan secara langsung upacara persemadian bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew oleh Astro Awani, menyifatkan ia mempunyai nilai berita.

Menteri komunikasi dan multimedia itu berkata, masyarakat tidak perlu melihat upacara itu sebagai satu bentuk penghormatan, sebaliknya sesuatu yang mahu ditonton masyarakat umum.

“Sebagai satu saluran berita, apabila mereka buat sesuatu pemberitaan, liputan langsung dan sebagainya, ia bukan dilihat dari segi penghormatan tetapi dilihat mempunyai nilai berita.

“Saluran berita ialah saluran yang dapat memaparkan berita yang dikehendaki dan orang ingin tahu. Mereka terpaksa bertanding dengan media sosial. Kalau orang pergi kepada media sosial, mereka juga akan kehilangan penonton yang menghendakinya,” katanya.

Syukur'Alhamdulillah.... UMNO BN kutip #GST sampai kelubang 'taik'


Hukum hudud itu mesti dilaksanakan - Mufti

IPOH: Tiada siapa yang boleh mempertikai hukum hudud kerana ia hukum Allah yang wajib dilaksanakan, kata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Bagaimanapun, beliau berkata umat Islam boleh memberi kritikan untuk memperbaiki pelaksanaan hukum itu.

"Saya tidak tahu apa mereka pertikaikan, apakah caranya atau ia tidak sempurna?.. itu saya tidak tahu, tetapi kalau disebut hukum hudud, barang sesiapa yang menentang hukum Allah itu, dia akan menerima bencana daripada Allah SWT.

"Saya yakin bahawa apa yang dibentangkan adalah mengenai hukum hudud, tetapi cara pelaksanaannya itu saya tidak tengok...mungkin yang dikritik itu adalah caranya...hukum hudud itu mesti dilaksanakan, ia adalah wajib," katanya selepas melancarkan projek pembinaan Kompleks Tarbiah Baitul Ridzuan di Kampung Manjoi pada Sabtu.

Orang Langkawi juga mintak di kenakan GST, mohon Ahli Parlimen Langkawi bawa usul ke dewan rakyat


Hudud Hanya Alat Memecahkan Lawan?

Shahbudin Husin,


Sebetulnya masih tidak diketahui bilakah usul persendirian yang mahu dibawa oleh Presiden Pas, Haji Hadi Awang berkaitan pindaan Enakman Kanun Jenayah Syariah Kelantan atau dalam bahasa mudahnya undang-undang hudud, mahu dibentangkan di Parlimen.

Yang jelas, ia tidak mungkin sempat dibawa dalam sesi Parlimen yang sedang berlangsung sekarang walaupun Haji Hadi sudah menghantar notis mengenainya.

Tetapi berdasarkan kenyataan dua pemimpin kerajaan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz, usul itu juga belum pasti dapat dibentangkan dalam sesi yang berikutannya.

Ini kerana Parlimen, kata mereka, akan mengutamakan terlebih dahulu aturan urusan berkaitan kerajaan sebelum usul persendirian. Hanya setelah selesai bab kerajaan, barulah usul persendirian diberikan laluan.

Tetapi urusan pembentangan berkenaan kerajaan pula adalah banyak dan sentiasa bertambah. Tidak mustahil pada sesi Parlimen berikutnya pun usul persendirian Haji Hadi ini masih tiada ruang untuk mencelah.

Sudah 3 bulan berlalu banjir melanda masih ramai lagi yang terpaksa tinggal di khemah

Isnin 30 Mac 2015.

 

Sudah 3 bulan berlalu banjir melanda kawasan Kuala Krai.

Masih ramai lagi saudara kita yang terpaksa tinggal di khemah.

Semoga Allah mempermudahkan urusan hamba-hamba-Nya agar mendapat tempat tinggal yang baik menjelang Ramadhan. SUMBER

Rafizi, Fariz dan Hishamuddin bebas dengan ikat jamin

Rafizi Ramli (berbaju seragam lokap ungu) ketika dibawa polis semalam menggeledah pejabat PKR di Petaling Jaya. Ahli Parlimen Pandan itu dibebaskan hari ini bersama dua yang lain. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Mac, 2015.
Rafizi Ramli (berbaju seragam lokap ungu) ketika dibawa polis semalam menggeledah pejabat PKR di Petaling Jaya. Ahli Parlimen Pandan itu dibebaskan hari ini bersama dua yang lain. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Mac, 2015.

Pemimpin PKR dan aktivis yang ditahan polis berkaitan perhimpunan #KitaLawan pada Sabtu lalu dibebaskan dengan ikat jamin hari ini.

Mereka ialah Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Setiausaha Pengelola PKR, Fariz Musa, serta aktivis politik Hishamuddin Rais.

Mereka akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur terlebih dahulu, menurut PKR.

Rafizi ditahan petang Jumaat dan Hishamuddin pada malamnya, ketika satu ceramah perdana yang merupakan sebahagian agenda #KitaLawan diadakan di Dataran Merdeka.

Fariz, yang juga koordinator Jingga 13, merupakan yang pertama ditahan pada Sabtu, selepas perhimpunan itu selesai dijalankan secara aman. – 30 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-fariz-dan-hishamuddin-bebas-dengan-ikat-jamin#sthash.77Iw9k7A.dpuf

Peniaga KB MALL terpaksa tutup kedai disebabkan GST punya pasal..!!!

 
Sumber Info Terbaru KLIK BANNER
http://onlinenews2c.blogspot.com/

Janda Baik yang semakin panas

Janda Baik semakin panas

Oleh Amin Ridzuan Ishak

BENTONG: Cuaca sejuk sehingga menyebabkan air atau minyak masak menjadi beku sudah tidak lagi dapat dirasai di Kampung Janda Baik, di sini.

Malah, ada penduduk terpaksa memasang alat pendingin hawa untuk menghilangkan kepanasan terutama pada tengah hari atau petang di perkampungan itu yang sebelum ini terkenal dengan keindahan alam sekitarnya.

  Sungai yang menjadi antara aset atau tarikan utama pengunjung di kampung ini kerana kejernihan dan kedalamannya tidak lagi seperti dulu berikutan airnya juga yang semakin cetek.


KAWASAN ini dipanggil Kuala Gua oleh penduduk tempatan terletak di Sungai Benus Janda Baik yang airnya semakin kotor dan surut kesan pembalakan haram. - Foto Nazirul Roselan
Kenapa ia terjadi? Wartawan BH baru-baru ini meninjau ke kampung itu yang mula diteroka pada tahun 1932 untuk mencari jawapan, seterusnya mengajak semua pihak berkepentingan menyelamatkan Kampung Janda Baik.

Private Members Bill Akta 355 - Pindaan Kuasa Merotan 6 Rotan Kepada 100 Rotan

nazamron said...

 

Pindaan Kuasa Merotan 6 Rotan Kepada 100 Rotan

"Private Members Bill (PMB) belum diterima oleh parlimen untuk dibentang pada kali ini. Tidak sempat kerana ada banyak RUU dari kerajaan yang menanti untuk dibahaskan".

PMB itu adalah berkait dengan Perkara 355 iaitu berkait pindaan perluasan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah, katanya lagi.

Selama ini mahkamah syariah hanya berkuasa untuk menjatuhkan hukuman 3 tahun penjara, RM 5000 denda dan 6 kali sebatan (rotan). Ini termaktud sebagai hukuman yang selalu disebut dalam ceramah-ceramah PAS "356".

Presiden PAS nak bentangkan PMB yang berkaitan dengan pindaan 6 rotan kepada 100 rotan. Itu sahaja, tambah beliau.

Apabila diluluskan kepada 100 rotan, maka Kerajaan Negeri Kelantan boleh laksanakan hukuman sebat zina, qazaf dan minum arak. Ini memang sudah termaktud dalam undang-undang syariat yang telah ada.

Bekas Pengerusi DAP Kedah berpesan supaya PR elak selisih faham


Lee Guan Aik
ALOR SETAR - Bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik melahirkan kebimbangan terhadap senario politik dalaman PR yang dilihat kurang persefahaman, berikutan ia boleh menyebabkan sokongan undi kepada pakatan berkurangan sekiranya pimpinan tertinggi terus bertelagah.

Katanya, kedua-dua pihak sama ada DAP mahupun Pas perlu memikirkan kaedah paling sesuai dalam menangani perkara-perkara sensitif kerana perselisihan faham hanya akan memanfaatkan BN, selain membuatkan rakyat muak dengan gelagat pemimpinnya.

“Harapan rakyat terhadap PR amat besar sejak 2008 namun, memandangkan wujud perselisihan pandangan yang tidak mendatangkan faedah kepada PR, tidak mustahil sokongan pada PR akan beralih. Rakyat mahu pemimpin PR buat kerja, bukan asyik bergaduh,” katanya.

Menurutnya, diharap DAP-PKR-Pas mengukuhkan kerjasama sekiranya enggan melihat PR kecundang pada PRU akan datang.

“Jika keadaan berlarutan seperti ini, saya khuatir rakyat akan buat pilihan yang lain. DAP perlu tahu mengawal situasi, jangan asyik menyakiti rakan dalam pakatan terutama apabila melibatkan isu agama dan kaum,” katanya.

Polis hanya perlu telefon, saya akan datang, kata Khalid Samad

OLEH MELATI A. JALIL

http://4.bp.blogspot.com/-MJlLi52rMPI/VOSLafj8NjI/AAAAAAAAlR4/Hek3cN-lWDc/s1600/KS.jpg
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini berkata, polis boleh hanya menelefonnya daripada membazir tenaga menangkapnya di awal pagi Ahad.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, 10 anggota polis datang ke rumahnya pada jam 3.20 pagi untuk menangkapnya.

"Saya rasa ia tindakan kurang bijak, pembaziran tenaga kerja dan masa. Jika mereka menelefon dan saya tidak pergi maka mereka boleh menuntut justifikasi.

"Semua orang tahu nombor telefon saya, termasuk polis," katanya kepada The Malaysian Insider selepas dibebaskan.

Khalid berkata beliau sedang tidur apabila polis muncul secara tiba-tiba.

"Saya sedang tidur pada waktu itu ... anggota polis tidak beruniform dan beruniform datang ke rumah saya ... sekurang-kurangnya lebih daripada 10 anggota polis datang ke rumah saya."

Isu Hudud: Kenapa parti Cina jadi sasau?

Oleh Ku Seman Ku Hussain


Tidak lama dulu apabila kerajaan Pas Kelantan berura-ura membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di mana hudud salah satu daripadanya di Dewan Undangan Negeri (DUN), parti Cina tiba-tiba menjadi sasau. Tidak kira parti Cina dalam Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang.

Mereka menggelupur dan terloncat-loncat walaupun kerajaan Kelantan berulang kali menegaskan kanun jenayah syariah itu tidak melibatkan bukan Islam. Sama ada DAP, Gerakan atau MCA semuanya menjadi tidak keruan dan meroyan seolah-olah akan menerima bala.

Tetapi mereka menjadi lebih sasau apabila UMNO “seakan-akan” menyokong walaupun ada dua tiga kerat pemimpin UMNO menggelarkan orang yang membentangkan hudud sebagai “bodoh” dan ada yang berkata, “tidak akan masuk Kelantan.” Pedulikan. Puak ini kita tolak ke tepi, begitu juga dua tiga kerat dalam Pas yang menentang pembentangan kanun jenayah syariah itu.

Sehingga hari ini UMNO belum menyatakan sokongan secara rasmi. Saya fikir UMNO mengambil sikap berhati-hati. Tetapi ada beberapa isyarat yang menunjukkan UMNO menyokong usaha Pas itu. UMNO mungkin takut kehilangan "kekasihnya" MCA walaupun sudah curang dan biadab. Apa lagi MCA telah mengugut untuk berpisah dengan UMNO. Ini adalah kesan berpanjangan pasca tsunami politik 2008.

Kurangkan kemalangan tanggungjawab bersama

kemalangan  
Gambar hiasan - Foto Bernama

REMBAU - Mulai tahun ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil pendekatan baharu untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya, dengan menjadikan keselamatan jalan raya tanggungjawab sosial bersama-sama.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tanggungjawab itu bukan lagi semata-mata dipikul agensi penguat kuasa seperti JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkatan Awam Darat (SPAD), tetapi juga tanggungjawab masyarakat.

"Jadi, dalam hal ini kami menyusun, mengatur serta menyediakan satu platform kepada anggota masyarakat iaitu Skuad Muda 1JPJ ... untuk masyarakat menganggotainya dan bersama-sama mengambil tanggungjawab untuk menjaga keselamatan jalan raya.

"Di samping itu, kami juga membangunkan semangat sukarelawan, perpaduan dan juga partriotisme dalam kalangan anggota Skuad Muda 1JPJ. Objektif utama ialah untuk bersama-sama mengambil tanggungjawab untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan kematian," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Rembau oleh Yang Dipertua Dun Sembilan Datuk Dr. Awaludin Said di sini, hari ini.

Tiada catuan air di Kedah

Wartawan Sinar Harian


YAN – Kerajaan Kedah tidak bercadang melakukan catuan air buat masa ini berikutan paras air di empat empangan masih terkawal.

Exco Bekalan Air, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, bekalan air terbabit masih mampu menampung kegunaan domestik, komersial dan perindustrian.

“Saya difahamkan paras air di Empangan Muda, Pedu, Ahning dan Beris masing-masing antara 70 hingga 80 peratus pada musim kemarau ini.

“Ini menunjukkan bekalan air kita berada pada paras normal dan rakyat tidak perlu cemas,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis gotong-royong tangga kenari 1,000 tahun di Pusat Rekreasi Titi Hayun.

Menurutnya, ramalan Jabatan Meteorologi juga menunjukkan hujan mungkin berlaku pada April nanti.

Sunday, March 29, 2015

Rakyat harus bangkit sendiri

Oleh Suhaimi A.

Orang Melayu dahulu pernah menyebut “durian dengan mentimum, menggolek rosak, kena golek binasa”.

Pepatah tersebut membawa erti orang yang tidak berkuasa itu tidak harus melawan orang berkuasa kerana sama ada betul atau salah, akhirnya akan menanggung kerugian.


Ini adalah dakyah lapok supaya orang Melayu ketika itu tidak bangkit melawan penindasan aparat dan penguasa kepada rakyat biasa.

Itu hakikat sebenar. Fikiran orang Melayu sudah lama disebatikan dengan hal sebegini supaya terus lemah dan berharap.

Padan muka PAS ditipu hidup hidup oleh Umno!

Oleh Ng Kee Seng


PAS kurang cerdas kerana kali ini mahu bergabung dengan Umno melaksana hukum hudud.Parti Islam itu ditendang BN pada 1978 selepas Umno mengukuhkan sokongan di kalangan Melayu. PAS pernah bersama Umno selama 4 tahun sebelum dihina sebegitu.

Dan semasa memerintah Terengganu sambil mengekalkan kuasa di Kelantan, Umno tidak memberinya hak royalti minyak.


Tidakkah presiden PAS yang mesra Umno Datuk Seri Abdul Hadi Awang belajar daripada gabungan lampaunya bersama Umno?

Mujur juga bagi rakyat Malaysia, kerana PKR dan DAP tidak mudah termakan tipu helah yang dipasang Umno.

Dalam episod hudud ini, PAS telah sekali lagi ditikam belakang oleh Umno.

Adakah ia memeranjatkan? PAS seringkali terpedaya namun sering sahaja berhelah dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Komen emosi di laman sosial tidak bantu perjelas hudud

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Nasional PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kebanyakan pengguna laman media sosial tidak menitikberatkan soal etika ketika mengeluarkan sebarang kenyataan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mac, 2015.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Nasional PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kebanyakan pengguna laman media sosial tidak menitikberatkan soal etika ketika mengeluarkan sebarang kenyataan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mac, 2015. 

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Nasional PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyuarakan kebimbangan terhadap reaksi dan komen berkenaan pindaan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 terutamanya yang dimuat naik di laman media sosial.

Beliau berkata, kebanyakan pengguna laman media sosial tidak menitikberatkan soal etika ketika mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Mereka bukan pakar dan cara penulisan yang penuh dengan emosi," katanya, memetik ancaman terbaharu terhadap wartawan radio BFM Aisyah Tajuddin sebagai contoh.

Berikutan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan enakmen berkenaan lebih seminggu lalu, stesen radio itu memuat naik video klip BFM Projek Dialog BFMKupas, membangkitkan persoalan mengenai hudud dan membandingkannya dengan isu keperluan harian.

Polis serbu pejabat PKR, rampas komputer

Polis menyerbu ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, dipercayai bagi mengambil barangberkaitan perhimpunan Kita Lawan bagi menolak Perdana Meteri Datuk Seri Najib Razak di ibu negara semalam.

Menurut maklumat daripada biro komunikasi PKR, enam anggota polis terlibat dalam serbuan itu yang datang bersama setiausaha agung parti itu Rafizi Ramli.

Turut hadir peguam Rafizi, Manivanan Gowin.

Menurut biro itu lagi, polis memecah pintu pejabat Rafizi dan merampas empat buah komputer, satu surat pekeliling berkaitan perhimpunan itu dan satu kenyataan media.

Penerangan tak cukup sebab itu ramai tak faham apa PAS sedang buatkan sekarang nie

EKJS : Bukan Islam tak sokong kerana belum faham


IPOH: Cadangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) melalui Bill Persendirian yang akan dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di parlimen disifatkan sebagai sangat cantik.

Bagaimanapun kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, disebabkan masa tidak mengizinkan maka ia tidak dapat disampaikan untuk dikaji oleh semua pihak.

Beliau yakin, jika cadangan berkenaan EKJS itu berjaya disampaikan 100 peratus, semua pihak bukan sahaja Pakatan Rakyat malah tidak mustahil MCA dan Gerakan yang kuat menentang pun akan menerimanya.

Katanya, tugas PAS adalah mencari jalan agar agenda yang dibawa oleh Ustaz Hadi boleh difahami oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS nak bawa pindaan itu ke parlimen, kita memerlukan sokongan sekurang-kurangnya daripada ahli parlimen yang beragama Islam.

"Ahli Parlimen beragama Islam itu termasuklah daripada DAP dan PKR. Jadi, saya berpendapat jalan memberikan penerangan adalah lebih baik untuk kejayaan pindaan yang dicadangkan.
"Saya tak reti nak bergaduh macam orang lain, saya mempertahankan dengan cara saya, iaitu supaya agenda Presiden PAS itu berjaya, orang yang tidak faham dan tidak menyokong bukan kerana dia menentang tetapi kerana dia belum faham," katanya.

Ngapa Erdogan tidak dulukan hudud?

Subky Latif,  


SEBAGAIMANA saya tidak mahu mengatakan Islam PAS lebih baik daripada Islam Umno, maka saya mengelak daripada mengatakan bahawa Islam Malaysia ini lebih baik daripada Islam Turki.

Cuma saya boleh kata, kita terutama di Kelantan lebih lebai dan lebih ramai lebai daripada Turki. Justeru lebatnya lebai itu Kelantan beriya-iya mahu hudud dilaksana lambat laun. Tidaklah kurang inginnya orang Turki untuk kembali kepada pemerintahan Islam, tetapi suasana yang ada Presiden Recep Tayyip Erdogan tidak mendahulukan hudud dalam mengembalikan Islam kepada masyarakat dan pemerintahan.

Kekebalan Kemal Ataturk dan ajaran sekularisma dalam perlembagaannya jauh mengatasi kekebalan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Tiada siapa sedar akan ulang tahun kemangkatan sekalian duli, akan tetapi pada minit dan jam ulang tahun kematian Ataturk kena berdiri seminit, yang berjalan kaki berhenti seminit, yang memandu motokar membunyikan hon seminit. Cuma anak saya semasa belajar di Turki apabila datang waktu itu dia masuk ke bilik air. Berbunyi saja semboyan, dia pun kencing.

Di Malaysia sesiapa yang memperleceh Raja kena akta hasutan saja. Jika ada yang dikira menderhaka kepada ajaran kemalisma nescaya datang malaikat maut kepadanya.

Umno lebih sayang komponen daripada hudud?


Mahfuz Omar
Mahfuz Omar


SHAH ALAM - 'Adakah Umno lebih sayangkan rakan parti komponen BN yang menentang pelaksanaan hudud di Kelantan itu berbanding syariat Islam itu sendiri?' Demikian soalan yang dibangkitkan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.
 
Beliau turut mempertikaikan keberanian Umno untuk mempertahankan Islam susulan sehingga kini kerajaan masih berdolak-dalik mengenai pendirian terhadap hudud.
 
"Apabila melihatkan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN untuk menyatakan pendirian berkenaan hudud ini, maka jelaslah bahawa sokongan yang Umno berikan pada sidang Dun Kelantan baru-baru ini tidak lebih daripada sekadar sandiwara, hipokrasi dan lakonan demi meraih sokongan politik sahaja.
 
"Adakah Umno masih punya keberanian untuk mempertahankan Islam atau lebih risau akan kepentingan kuasa? Adakah Umno lebih sayangkan rakan parti komponen BN yang menentang pelaksanaan hudud di Kelantan itu berbanding hukum hudud itu sendiri?," katanya dalam satu kenyataan semalam. Read More>>

Khalid Samad bebas, polis gagal dapat perintah reman


Polis gagal mendapatkan perintah reman untuk terus menahan anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan dua lagi mahasiswa yang ditahan susulan perhimpunan Kita Lawan di Kuala Lumpur semalam.

Justeru, ketiga-tiga mereka akan dibebaskan, kata peguam Latheefa Koya.

Polis yang 'hasut' benci kerajaan - Naib Presiden PAS


Tindakan polis terus menerus menahan pemimpin pembangkang ibarat "menghasut" rakyat supaya lebih bencikan kerajaan, kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kecaman itu dibuat susulan penahanan pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa parti itu Khalid Samad, susulan perhimpunan Kita Lawan semalam.

"Bahkan ia sebenarnya satu tindakan yang 'menghasut' rakyat untuk lebih benci kepada kerajaan.

"PAS menggesa kerajaan menghentikan tangkapan dan membebaskan semua tahanan dengan segera," katanya.

Dalam kenyataan ringkasnya, Tuan Ibrahim menasihatkan supaya kerajaan mendengar bantahan disuarakan termasuk dalam isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Rabu depan.

"Kerajaan sepatutnya mendengar dan bukan melarang bantahan rakyat terhadap GST dan akta zalim kerana bebanan ekonomi yang rakyat tanggung akan membawa derita kepada kehidupan mereka," katanya.

Hudud: DAP bukan penghalang besar tapi UMNO/BN


Muhammad Khalil Abdul Hadi
Muhammad Khalil Abdul Hadi

KUANTAN - Pemuda Pas Pusat berkata, DAP bukan halangan untuk Pas melaksanakan hudud, sebaliknya halangan utama parti Islam itu adalah Umno dan BN.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, persoalannya adakah Umno selaku Kerajaan Persekutuan bersedia melaksanakan hukum itu apabila ia diluluskan kerajaan Kelantan.

"Kita bimbang halangan daripada Umno kerana tidak luluskan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (hukum hudud) walaupun ia diluluskan 20 tahun lalu.

"Ini yang kita takut sebenarnya, jika dibandingkan desakan DAP yang tidak mahu hudud dilaksanakan itu di Kelantan biarpun ia hanya melibatkan orang Islam," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda Pas Kuantan di Tanjung Lumpur, semalam.

"DAP dan PKR harus hormati apa yang diperjuangkan Pas kerana dasar ini telah lama dimulakan. Malah kita sedaya-upaya menjaga kepentingan Islam walaupun perkara ini (hudud) sepatutnya dimulakan lebih awal oleh Umno.

"Jika Umno memperjuangkan Islam, saya percaya hudud telah lama diwujudkan, namun sehingga sekarang Umno tidak melaksanakan tanggungjawab itu sejak mengambil alih negara ini," katanya.

Muhammad Khalil berkata, bagaimanapun beliau yakin Pas menggunakan saluran demokrasi yang betul dan berharap perkara ini dapat dilaksanakan segera di Kelantan.

Dalam pada itu, katanya, sekiranya hudud berjaya dilaksanakan di Kelantan, beliau tidak menolak kemungkinan negeri lain akan mencontohinya.

Kempen sifar GST produk wanita selepas ‘jenaka’ di Parlimen

OLEH ISTA KYRA SHARMUGAM

 Produk kebersihan wanita yang menjadi bahan jenaka di Parlimen baru-baru ini mencetuskan petisyen yang menggesa produk tersebut disenaraikan dalam barangan dikecualikan GST. – Gambar dari meninmenstruation.wordpress.com, 28 Mac, 2015.
Produk kebersihan wanita yang menjadi bahan jenaka di Parlimen baru-baru ini mencetuskan petisyen yang menggesa produk tersebut disenaraikan dalam barangan dikecualikan GST. – Gambar dari meninmenstruation.wordpress.com, 28 Mac, 2015.

Apabila Kamelia Shamsuddin, 29, membaca artikel tentang Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing yang menimbulkan gelak tawa di Parlimen apabila membangkitkan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas produk tuala wanita, ia menimbulkan kemarahan.

Ibu kepada seorang anak dari Kajang, Selangor itu berang dengan sikap kurang ajar ahli Parlimen itu dalam mengendalikan kebimbangan yang terkesan kepada separuh wanita.

Dia membuat keputusan terpulang kepada dirinya untuk lebih lantang tentang isu tersebut selepas berbincang dengan suaminya Huzaifah Aman, 32, dan kawan baiknya S Kasthuri, 29, dan memulakan petisyen atas talian melalui Change.org untuk menghalang kerajaan daripada mencukaikan wanita kerana datang bulan.

Petisyen itu mendapat lebih 5,000 penyokong dalam masa 5 hari.

Kamelia juga membuka halaman Facebook "No GST for being Women" (Tiada GST kerana menjadi wanita) yang mendapat lebih 3,000 "like" tidak berapa lama selepas dilancarkan.

Pas bincang status dalam PR Isnin


Dr Mujahid Yusof Rawa  
Dr Mujahid Yusof Rawa

GEORGETOWN -  DAP tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang memburukkan imej dan martabat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, DAP tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu dan isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat Isnin.

Beliau menyifatkan kenyataan DAP yang menempelak Abdul Hadi Awang sebagai satu tindakan yang menyedihkan kerana beliau diumpamakan bapa kepada semua ahli Pas.

"Kita akan bermesyuarat dan mengumumkan pendirian parti berhubung masa hadapan dalam pakatan pembangkang pada Isnin ini susulan tindakan DAP Sarawak  memutuskan hubungan dalam PR.

"Mesyuarat itu juga akan membincangkan sikap pimpinan DAP yang menentang Presiden Pas (Abdul Hadi)," katanya kepada media hari ini.

Penagih baharu meningkat sebanyak 40 peratus dalam negara


SUHAIMI ABDULLAH (dua dari kiri) melihat kawasan yang perlu dibersihkan
SUHAIMI ABDULLAH (dua dari kiri) melihat kawasan yang perlu dibersihkan selepas pelancaran Program Jernihkan Kuala Kedah di Kampung Ulu, Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 25 Mac - Bilangan penagih dadah baharu yang terdiri daripada mereka yang berusia bawah 30 tahun didapati meningkat sebanyak 40 peratus pada tahun lalu.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Suhaimi Abdullah berkata, trend penyalahgunaan dadah lebih melibatkan golongan muda dan pihak­nya mendapati perkara itu amat membimbangkan.

“Secara keseluruhannya pada tahun lalu terdapat sebanyak 21,200 penagih di seluruh negara dan 200 daripadanya adalah golo­ngan penagih baharu yang merupakan golongan muda.

“Perkara ini amat serius dan AADK serta agensi lain akan terus menjalankan pelbagai program seperti program pencegahan, pe­nguatkuasaan dan juga rawatan untuk memastikan gejala ini dapat dibendung,” katanya.

Seorang maut, 
MPV langgar kerbau terlepas masuk lebuhraya

Seorang maut, empat cedera kereta langgar kerbau


kemalangan

ALOR SETAR - Seorang maut manakala empat lagi cedera selepas kereta dinaiki lima sahabat itu melanggar seekor kerbau yang berada di atas jalan di Km22.3 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superitendan Abd Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian 3.30 pagi itu, Muhamad Amirul Abdul, 19, yang berasal dari Kuala Nerang mati di tempat kejadian selepas tercampak keluar daripada kereta itu.
Pemandu kereta itu dan seorang lagi penumpang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan manakala dua lagi penumpang cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama, katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

TERKINI : Khalid Samad ditangkap polis jam 3.20pagi tadi bawah akta hasutan

Dulu PAS ganti Umno, kini PAS jadi Umno

Terkini :



PAS ganti Umno adalah cogan kata yang paling banyak dijadikan banner menjelang pilihan raya umum 2013. Cogan kata itu berasal selepas kemenangan besar PAS pada pilihan raya 2008.

Banyak veteran PAS tidak bersetuju dengan maksud mendalam cogan kata itu. Mereka berkata ia seperti doa. Apa sahaja yang buruk dilakukan Umno akan diikuti PAS sebagai ‘penggantinya’.

Namun ulama PAS tidak menerima teguran itu dan ‘doa’ PAS ganti Umno terus berkumandang selama lima tahun. Pada 2014, doa itu mula dimakbulkan. PAS sedikit demi sedikit mengambil perangai buruk Umno.

Pada era Reformasi 1998, PAS sering memperkatakan mengenai kediktatoran Mahathir dalam Umno. Mahathir mahu berkuasa sehingga mati. Jawatan Presiden Umno tidak boleh diganti walau betapa lemahnya kepimpinan presiden atau betapa tidak terurusnya parti.

Saturday, March 28, 2015

Isu 1MDB Panaskan Bicara Masa Depan Ekonomi Malaysia antara Husam dan A Kadir Jasin

Shahbudin Husin,


Malam semalam telah berlangsung forum "Bicara Masa Depan Ekonomi Malaysia" anjuran sebuah NGO, Pertubuhan Anak Muda Prihatin Darul Ehsan di Dewan MBSA, Bukit Naga, Shah Alam.

Forum disertai oleh dua ahli panel iaitu Naib Presiden Pas, Husam Musa dan Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin. Moderatornya pula ialah bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof.

Menariknya ketiga-tiga mereka datang daripada parti yang berbeza iaitu Husam daripada Pas, A Kadir Jasin seorang ahli UMNO manakala Yusmadi daripada PKR.

Walaupun tajuk yang dipilih berkaitan ekonomi Malaysia, tetapi tumpuan perbincangan lebih mengkhusus kepada isu 1MDB yang sejak beberapa bulan lalu semakin menjadi perbualan ramai.

Husam dalam ucapannya menekankan bahawa 1MDB adalah isu penting yang harus diambil perhatian oleh seluruh anggota masyarakat kerana ia sudah menjadi beban yang memberi kesan kepada semua rakyat.

Katanya, beban 1MDB adalah hutang yang bukan saja ditanggung oleh generasi sekarang, tetapi juga bakal berlarutan sehingga generasi yang seterusnya.

Hudud: DAP Kedah sifatkan Guan Eng tidak amal demokrasi

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/Lim_Guan_Eng_PAKATAN_MEETING_PC_080215_TMIMUKHRIZ_03.jpg
DAP Kedah yang dipengerusikan Tan Yen Chai menyifatkan keputusan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud, sebagai tidak mengamalkan demokrasi.

Beliau berkata negara ini mengamalkan demokrasi dan dengan itu PAS mempunyai hak untuk mengemukakan usul Rang Undang-Undang Persendirian berhubung pelaksanaan hukum hudud di Dewan Rakyat.

"DAP kena kalau betul-betul nak tolak hudud, tolak dalam Parlimen (Dewan Rakyat) melalui undi barulah demokrasi," katanya dalam sidang media di Alor Star hari ini.

Setiausaha Organisasi DAP Kedah Law Theng Hooi pula berpendapat tindakan Lim itu sebagai terburu-buru.

Beliau bimbang keadaan itu akan menyebabkan timbul persepsi buruk dalam kalangan pengundi, selain menyebabkan kemelut PR bertambah buruk.

Mufti: Boleh kritik untuk baiki pelaksanaan hudud

Tiada siapa yang boleh mempertikai hukum hudud kerana ia hukum Allah yang wajib dilaksanakan, kata mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Bagaimanapun, beliau berkata umat Islam boleh memberi kritikan untuk memperbaiki pelaksanaan hukum itu.

"Saya tidak tahu apa mereka pertikaikan, apakah caranya atau ia tidak sempurna? Itu saya tidak tahu, tetapi kalau disebut hukum hudud, barang sesiapa yang menentang hukum Allah itu, dia akan menerima bencana daripada Allah SWT.

"Saya yakin bahawa apa yang dibentangkan adalah mengenai hukum hudud, tetapi cara pelaksanaannya itu saya tidak tengok... mungkin yang dikritik itu adalah caranya... hukum hudud itu mesti dilaksanakan, ia adalah wajib," katanya selepas melancarkan projek pembinaan Kompleks Tarbiah Baitul Ridzuan di Kampung Manjoi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan beberapa pihak yang mempertikai pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Harussani berkata umat Islam seharusnya bersatu dan menerima hukum tersebut dan bukan berpecah-belah.

"Mungkin mereka telah memikir panjang perkara tersebut tetapi masih tidak dipersetujui puak lain, jadi mereka cuba pertahankan.

"Konsep Islam, umumnya, tidak boleh mempertikai hukum hudud, sekiranya dia mempertikaikan hukum hudud bermakna dia mempertikai hukum Allah," katanya.

Kita Lawan 'edisi perkahwinan' sedia untuk bermula

Sehingga 5,000 penyokong Kita Lawan dijangka membanjiri pusat bandar Kuala Lumpur hari ini untuk 'meraikan' perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Mereka akan berhimpun di Dataran Merdeka, Masjid Jamek, dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, dan berkumpul di Sogo sebelum menuju ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 4 petang.

Ia adalah sebahagian daripada tuntutan pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga isu-isu lain yang berkaitan, seperti mendesak pengunduran Najib dan Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar serta penangguhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April.

IGP telah memberi amaran untuk menangkap peserta perhimpunan hari ini, dan polis telah pun menahan sekurang-kurangnya lima pemimpin pergerakan itu menjelang perhimpunan kali ini.

Ekoran itu, masih belum pasti sama ada perhimpunan ini akan berakhir dengan peserta menyanyikan "'Kami lawan sampai menang" atau laungan polis "Kita tahan sampai habis".





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...