TERKINI :

Wednesday, February 25, 2015

Ulamsk Pas nasihat siap keluaq ayat babi, setan...hebat hebat...

Ulama Pas hanya beri nasihat bukan mencela
NIZAM ZAIN25 Februari 2015

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan ulama pernah mencela atau memaki mana-mana pihak dengan gelaran buruk sebaliknya ia berupa nasihat untuk memulihkan parti.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan bagaimanapun menegaskan teguran yang dibuat ulama itu kadang-kala perlu ketegasan, sesuai dengan keadaan dan keperluan.

"Kadang-kala nasihat itu kedengaran keras, sesuai dengan kesilapan yang dilakukan, bukan teguran dibuat dalam lembut sahaja.

"Kalau kita tengok kaedah al-Quran sendiri, ada kalanya ALLAH menegur dengan lembut, ada masnya ALLAH menegur dengan bahasa yang keras.

"Dalam Surah Al-Haq ALLAH sebut celakalah kedua belah tangan Abu Lahab dan dia sendiri celaka, jadi ALLAH sendiri menggunakan perkataan yang keras dalam keadaan tertentu sesuai dengan kesalahan yang dilakukan itu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Dzulkefly Ahmad semalam yang sudah hilang hormat terhadap ulama Pas yang didakwa memaki sesama jemaah Islam itu pada Multaqa Ulama ke-2 di Serdang, baru-baru ini.

Dalam Multaqa Ulama anjuran Dewan Ulama Pas baru-baru ini, pelbagai istilah digunakan untuk melabel pihak yang menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama.

Turut menjadi sasaran, segelintir pemimpin Pas Pusat yang didakwa bersekongkol dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...