TERKINI :

Tuesday, February 17, 2015

Siapakah yang akan mengisi kekosongan jawatan MURSYIDUL AM PAS..???

KEKOSONGAN.

https://ahmadfadhli.files.wordpress.com/2008/06/pas.jpg
13 Februari 2015, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS telah meninggalkan kita. Dengan pemergian Almarhum Tok Guru, telah menyebabkan kekosongan jawatan tertinggi di dalam PAS iaitu Mursyidul Am.

Jawatan Mursyidul Am merupakan jawatan tertinggi di dalam PAS. Jawatan Mursyidul Am ini bukan calang-calang jawatan. Mursyidul Am ialah ketua Majlis Syura Ulamak PAS iaitu sebuah institusi tertinggi di dalam PAS yang mempunyai kuasa muktamad.

Mursyidul Am adalah lantikan oleh ahli-ahli Majlis Syura Ulamak daripada kalangan ahli Majlis Syura Ulamak sendiri. Seluruh Ahli Majlis Syura Ulamak akan bermesyuarat memilih salah seorang di antara mereka sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am. Hal ini disebutkan di dalam Fasal 8 (6) Perlembagaan PAS.

Jawatan Mursyidul Am tidak sama seperti Presiden, apabila Mursyidul Am tiada, di dalam hal sekarang, Tok Guru Nik Abdul Aziz telah meninggal maka jawatan Mursyidul Am itu kosong dan tidak boleh dipangku oleh Timbalannya. Ini berbeza dengan jawatan Presiden, jika Presiden tiada samada berhenti atau diberhentikan maka dengan sendirinya Timbalan Presiden akan memangku tugas Presiden. Ini disebutkan di dalam Fasal 25 (8) Perlembagaan PAS.

Atas dasar itu, dalam hal keadaan sekarang Timbalan Mursyidul Am tidak boleh memangku jawatan Mursyidul Am. Timbalan Mursyidul Am hanya dibenarkan oleh Perlembagaan untuk menggantikan tugas Mursyidul Am untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura Ulamak tetapi bukan memangku tugas haraki Mursyidul Am iaitu Ketua Majlis Syura Ulamak.

Dalam hal Majlis Syura Ulamak tiada ketua maka selayaknya Majlis Syura Ulamak bermesyuarat melantik seorang Mursyidul Am yang baru dari kalangan ahli Majlis Syura Ulamak sendiri.

Sekarang Majlis Syura dianggotai oleh :

a)Dato’ Dr. Harun Din (Timbalan Mursyidul Am)
b)Dato’ Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh (Setiausaha)
c)Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang (Ahli)
d)Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (Ahli)
e)Dato’ Hj Abdul halim Abdul Rahman (Ahli)
f)Dato’ Hj Ahmad Yaakob (Ahli)
g)Dato’ Dr Hj Mahfodz Mohamed (Ahli)
h)Dato Hj Muhammed Daud Al-Iraqi (Ahli)
i) Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi (Ahli)
j) Ustaz Hj Hashim Jassin (Ahli)
k)Ustaz Zaharuddin Muhammad (Ahli)
l) Ustaz Idrid Ahmad (Ahli)
m)Dato’ Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri (Ahli)
n) Ustazah Wardah Tahir (Ahli)
o) Ustazah Nadzirah Mohamad (Ahli)

Daripada nama-nama di atas, amat diyakini bahawa yang paling layak ialah Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awangg yang juga Presiden PAS. Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi selaku Naib Ketua Ulamak SeDunia sudah pasti layak diangkat oleh ahli Majlis Syura sebagai Mursyidul Am yang baru.

Walau bagaimana pun, untuk mengelakkan pertindihan kuasa sekiranya Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul hadi diangkat sebagai Mursyidul Am, maka beliau sewajarnya melepaskan dan mengosongkan jawatan Presiden PAS.

Sekian.

ZULHAZMI SHARIFF
16022015

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...