TERKINI :

Sunday, February 8, 2015

Anwar : Mesyuarat khas antara pimpinan PR akan diadakan untuk bincang bab HUDUD & P/Raya PBT

 
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menimbulkan seribu persoalan apabila beliau pulang lebih awal sebelum Majlis Pimpinan PR mengadakan sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Sidang media itu bagaimanapun berlangsung tanpa kehadiran pemimpin tertinggi Pas itu dan tempatnya diambil alih oleh Timbalannya, Mohamad Sabu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang mengetuai sidang media itu dan disusuli kenyataan bersama oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Abdul Hadi datang dari awal sampai akhir (mesyuarat Pimpinan PR) dan beliau memohon maaf kerana pulang sebelum sidang media.

"Hadi sampaikan salam, dan sebenarnya dia tangguhkan program dia, dia sepatutnya meninggalkan majlis lebih awal tetapi dia sampai akhir mesyuarat," katanya pada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Anwar berkata, lagi mesyuarat Majlis Pimpinan PR membincangkan beberapa perkara termasuk Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

"Mesyuarat hari ini bersetuju bahawa semua keputusan yang dibuat oleh pimpinan PR dibuat berdasarkan kepada prinsip muafakat bersama.

"PR juga akan terus meraikan perbezaan pendapat di antara parti-parti PR," ujarnya.

Ditanya mengenai perbalahan Guan Eng dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkenaan isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), beliau bagaimana pun berkata perkara tersebut telah dicapai di meja rundingan dalam mesyuarat itu.

"Semua perkara (debat dan isu PBT) sudah diselesaikan dalam mesyuarat tadi," katanya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...