TERKINI :

Thursday, February 12, 2015

Al Fatihah - Mursyidul am PAS, Nik Aziz meninggal dunia


Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia malam ini.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Bekas MB Kelantan itu meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu jam 9.45 malam.

Beliau dibawa pulang ke kediamannya dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian jam 8.40 malam ini.

Nik Abduh dalam tulisan di Facebook petang ini berkata, tahap kesihatan bapanya itu merosot selepas rawatan ulser semalam.

Bekas menteri besar itu, yang turut mengidap kanser prostat dimasukkan ke HUSM pada 19 Januari lalu.

Tahap kesihatannya merosot ketika bah besar melanda negeri itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...