TERKINI :

Tuesday, January 27, 2015

Ahli politik tidak boleh dipercayai

Adam Abu Bakar | January 27, 2015

PAS tetap ingin terus bersama Pakatan Rakyat, situasi masa kini akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat

nik nazmi
PETALING JAYA: ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad optimis bahawa ketiga-tiga parti komponen di dalam Pakatan Rakyat akan terus kekal walaupun situasi semasa memperlihatkan ‘ketegangan’ di antara DAP dan PAS dalam isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan.

“Kadang-kala politik tempatan juga akan kucar-kacir,” katanya sewaktu forum di Petaling Jaya.

Beliau yang percaya bahawa PAS tetap ingin terus bersama Pakatan Rakyat bagaimanapun tidak menafikan situasi masa kini akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.

“Saya percaya PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat,” ujarnya lagi dalam forum tersebut.

Berhubung isu model politik yang diguna pakai oleh Barisan Nasional (BN), Nik Nazmi merasakan bahawa ia sudah hampir ke penghujungnya.

“Ini kerana di dalam BN, UMNO sahaja merupakan parti tunggal yang mengetuai 12 parti komponen yang lain. Manakala, parti di dalam Pakatan Rakyat mempunyai kekuatan yang hampir sama,” ujarnya.

Tambah Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi Selangor itu, disebabkan itu perkara yang menjadi cabaran buat dirinya adalah membentuk dan memperoleh kepercayaan masyarakat.

“”Rakyat kini secara umumnya tidak mempercayai kerajaan atau ahli politik kini kerana ada beberapa isu seperti isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), National Feedlot Centre’s (NFC),” katanya.

Jelas Nik Nazmi lagi, rakyat kini sudah tidak ambil peduli bagaimana polisi kerajaan dilaksanakan , tetapi rakyat kini ingin tahu, siapakah yang akan menikmati dan untuk siapakah polisi itu dilaksanakan.

Beliau seterusnya berkata, ”Ahli politik kini sudah tidak boleh dipercayai walaupun dari kalangan parti.”

Jelas beliau lagi, dalam menempuhi pilihan raya umum akan datang, sama ada suka atau tidak, masyarakat Melayu merupakan penduduk di Malaysia.

“Disebabkan itu, kita (Pakatan Rakyat) membawa isu dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu.

“Seperti perbezaan taraf hidup antara golongan kaya dan miskin,jurang masyarakat bandar dan luar bandar,” ujar beliau lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...