TERKINI :

Saturday, January 31, 2015

Harga baru minyak petrol esok...


RON95, diesel kini RM1.70 seliter

Harga baru bermula Februari: RON95 RM1.70 seliter, RON97 RM2, Diesel RM1.70

Harga baru itu ekoran penurunan 21 sen daripada harga asal untuk RON95, 23 sen untuk diesel dan 11 sen untuk RON97.

Harga bahan api itu ditetapkan mengikut sistem pengapungan terkawal sejak Disember tahun lalu.

Sistem apungan itu diperkenal selepas kerajaan memansuhkan sistem subsidi bagi menghadapi trend kejatuhan harga minyak mentah.

Apa jadi bila selfie 'difatwakan' haram?

Seorang penulis, jurumotivasi dan personaliti Indonesia mencetuskan kontroversi apabila mengisytiharkan selfie sebagai haram.

Natijahnya, beliau diejek dengan kebanjiran selfie dari wanita-wanita berhijab Indonesia di Twitter dan Instagram susulan pengumuman itu menggunakan tanda pagar #Selfie4Siauw.

Felix Siauw, 30 tahun membuat perisytiharan itu dalam satu manifesto 17 perkara dan melabelkan mereka yang mengambil selfie sebagai tunduk kepada sikap "ujub, riak dan takbur".

"Apabila kita selfie lalu dimuat naik di media sosial, dan berharap dikomen, di-like, di-view atau lain-lain, kita sudah masuk perangkap riak," tulis beliau di akaunnya pada 19 Januari lalu.

Siauw mempunyai lebih 1.1 juta pengikut di akaun Twitter dan menyifatkan dirinya sebagai "pengembang dakwah, bersama mereka yang menegakkan syariah khalifah, dan hamba yang sangat berharap diampuni Allah di hari pembalasan."

Cheng Hoe gusar DENGAN bolos yang besar


Cheng Hoe
BERAKHIR 13 Perlawanan persahabatan yang diatur sejak dua bulan lalu memberi keyakinan kepada ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe bahawa pasukannya sudah bersedia untuk mencabar Liga Premier musim bagi merebut slot Liga Super 2016.

Bagaimanapun jumlah bolos yang besar (19 gol ) tetap jadi kerisauan pengendali itu walaupun Kedah berjaya menjaringkan 30 gol dan beliau akan menggunakan tempoh masa yang ada untuk memberi perhatian kepada kerapuhan benteng Lang Merah.

Boleh dikatakan setiap perlawanan pramusim Kedah bolos mencerminkan bahawa masalah ini bagaikan berulang saban musim dan sesuatu perlu dilakukan terutamanya membabitkan pemain di bahagian pertahanan dan penjaga gol.

Awas! Anak anda mungkin diculik 'pemandu bas sekolah'


Awas! Anak anda mungkin diculik 'pemandu bas sekolah'
Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil tahu rupa dan nombor pendaftaran bas, 
wajah pengusaha dan pemandu bas serta memiliki nombor telefon mereka. -Gambar hiasan 
 
kUALA LUMPUR: Dua hari lalu, tersebar cerita melalui rantaian saluran media sosial mengenai kes percubaan menculik seorang budak oleh pihak yang menyamar menggunakan van sekolah.

Menurut cerita tersebut, van yang dibawa pemandu dengan niat yang mencurigakan itu dilaporkan tiba pada waktu Subuh di depan rumah di sebuah kejiranan di Cheras jauh lebih awal daripada biasa.

Mujur, datuk kepada budak sekolah itu mengesyaki sesuatu apabila van itu kosong sedangkan sepatutnya, giliran menjemput cucunya adalah yang terakhir dan van itu seharusnya sudah dipenuhi murid lain.

Datuk kepada murid sekolah itu enggan membiarkan cucunya menaiki van tersebut, walaupun cuba dipujuk berkali-kali oleh pemandu van tersebut.

Pasma tidak akan keluar, kekal dalam Pas

Che Ibrahim Mohamed  
Che Ibrahim Mohamed

KOTA BHARU - "Kami (Pasma) tidak akan keluar dan kekal dalam parti, kecuali parti (Pas) yang mengambil tindakan terhadap kami," kata Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed.

Menurutnya, Pasma berdaftar sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang layak untuk menyertai mana-mana parti, maka tiada paksaan berlaku sehingga menimbulkan isu keluar parti dan sebagainya.

“Kami NGO, bebas untuk memilih mana-mana parti, tetapi jika parti itu sendiri yang tidak minat dengan keahlian, atau mahu memecat kita, maka tindakan itu harus dilakukan parti itu sendiri.

“Ingin saya tegaskan di sini, sehingga kini, tiada lagi pihak (ahli Pasma) yang bercadang untuk keluar parti, ini kerana kita memperjuangkan parti (Pas), maka isu keluar Pas ini tidak timbul,”katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

ALOR SETAR - MH370: Doa buat anak jadi penawar Wan Tom

MH370: Doa buat anak jadi penawar Wan Tom

Pagar hadapan kediaman keluarga Sofuan sentiasa bertutup menyukarkan untuk diwawancara.  
Pagar hadapan kediaman keluarga Sofuan sentiasa bertutup menyukarkan untuk diwawancara.
ALOR SETAR - "Naluri hati makcik kuat merasakan dia masih ada kerana tidak pernah bermimpi sejak kehilangannya,” luah Wan Tom Wan Chik, 74, dengan nada sebak.

Biarpun penulis hanya berkesempatan menemu ramah Wan Tom,  ibu kepada penumpang MH370, Mohamad Sofuan Ibrahim, 33, dari luar pagar, namun dapat berkongsi kesedihan Wan Tom walaupun wanita itu kelihatan tenang ketika menerima keputusan diumumkan kerajaan kelmarin.

Terkesan di mata redupan sayu si ibu menanti dengan penuh berharap khabar berita daripada anak tersayang.

Wan Tom berkata, hampir setiap hari dia tidak putus asa berdoa, melakukan solat sunat hajat meminta petunjuk daripada ALLAH SWT selain mengadakan bacaan Yasin bersama keluarga setiap minggu.

“Walaupun masih trauma dengan kejadian itu, namun demi dia (Sofuan) makcik empat beranak kuatkan semangat untuk naik kapal terbang mengerjakan umrah pada bulan lalu sewaktu cuti sekolah untuk berdoa di depan Kaabah supaya penantian kami segera berakhir,” katanya ketika  di Jalan Kota Tanah, di sini, semalam.

Friday, January 30, 2015

Pas dan Umno umpama ketam dalam bakul

Mohd Sayuti Omar, 

BICARA JUMAAT

http://4.bp.blogspot.com/-gflmS38D2Lo/UIqcsAVc7KI/AAAAAAAAAlE/j_xRWnDf7Og/s1600/pas+dan+umno+bersatu.jpg
Empat hari saya meninggalkan laman blog tanpa mengisinya dengan sebarang catatan kerana berada di luar negara, ada beberapa penjengok setia menghantar pesan bertanya kenapa dan apa jadi dengan saya. Ada yang bersinikal apakah saya juga sudah jadi persis Zainuddin Maidin?

Yang pertama ada dalam fikiran mereka, apakah saya sakit. Tidak, saya masih sihat dan sengaja tidak mahu mengisinya atau cuba mengisinya dari luar sana walaupun boleh berbuat demikian. Sesekali biarlah saya merihat dan menggamit idea yang lebih baik daripada menulis bahan-bahan seperti terisi sebelumnya.

Dalam beberapa pertanyaan yang ditimbulkan, banyaknya pastilah mengenai politik. Mengenai hubungan dan masa depan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, khasnya bagaimana kesudahan kahwin tanpa ijab antara Pas dengan DAP serta PKR. Pergaduhan mulut antara beberapa pemimpin Pas dengan DAP menjadikan ada orang bingung dan menjadi gila. Apakah selepas ini akan ada "cina buta" sekali lagi di antara keduanya?

Projek pembodohan parti pak lebai

 – Luqman Tarmizi

http://busanamuslimpria.com/wp-content/uploads/2013/06/peci.jpg
Al-Imam As-Syahid Hassan al-Banna dalam karya beliau, Usul ‘Isyrin ( Usul 20) yang menjadi rujukan utama gerakan Islam hampir di seluruh dunia menyebut:

Asas ke lima:
“ Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak dinaskan atau dinaskan tetapi nas tersebut boleh ditafsirkan dengan pengertian lain, demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat.”

Secara ringkas, kaedah di atas membawa maksud para anggota jamaah haruslah mematuhi dan mentaati keputusan yang dibuat ketua mereka melalui ijtihadnya, kerana ijtihadnya adalah sah di segi syariat. Ada pun yang berlawan dengan syariat, maka tiada perlu lagi akan taat padanya.

Senario politik tanah air dua tiga hari ini digegarkan dengan kenyataan terbuka presiden PAS yang menyatakan, cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang bakal mengundang ketegangan kaum dan memungkinkan berlakunya kembali tragedi 13 Mei 1969.

'Dakwaan Hadi gambar perkauman sempit' - Ketua PAS Kwsn Batu

 
Seorang pemimpin PAS kawasan menyanggah dakwaan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan akan menimbulkan kacau bilau.

Ketua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin berkata isu berkenaan juga menggambarkan sentimen perkauman sempit dan tidak menguntungkan mana-mana pihak.

“Kalau pilihan raya tempatan boleh timbul kacau-bilau, mengapakah pilihan raya Negeri dan Persekutuan tak ada kacau?” kata Ishak dalam satu sidang media pagi ini.

Katanya, beliau melihat bahawa sentimen yang cuba dibangkitkan oleh ulama besar PAS itu juga tidak lagi dapat dikesan pada masa ini.

“Mana mungkin pilihan raya tempatan boleh menimbulkan soal perkauman?

“Kalau kita pergi ke kampung-kampung dan kawasan orang ramai, saya rasa tak ada lagi rasa perkauman sempit itu,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ishak merupakan pengerusi gabungan NGO BERTINDAK, yang berkempen untuk mengembalikan semula pilihan raya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur.

"Harakah dalam bahaya", Mustafa Ali harus berundur segera

Wacana 'Harakah dalam bahaya, mendesak Mustafa Ali berundur' yang dianjur oleh NGO Seniman Paksi Rakyat dan PAS Kawasan Batu di Madrasah Tarbiyah Kampung Banda Dalam , Gombak, 28 Januari lalu agak  menarik dan mengupas secara lebih mendalam perancangan kumpulan Unity Government (UG) menjelang Muktamar pemilihan PAS, Jun depan.

Forum tersebut dihadiri oleh ahli panel yang mengetahui selok-belok Harakah dan perancangan puak UG untuk menguasai lidah rasmi PAS itu bagi melancarkan agenda mereka menguasai pimpinan bawahan.

Kehadiran bekas Editor Berita Harakah, Datuk Tarmizi Mohd Jam menguatkan hujah tentang wujudnya perancangan puak UG menguasai akhbar parti. Puak UG sebelum ini didakwa menamatkan kontrak Tarmizi, Editor Roslan Hamid dan kini sedang berusaha untuk menamatkan jawatan Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Othman.

Forum itu diberitahu, perancangan puak UG untuk menguasai Harakah dilakukan sama ada dengan pengetahuan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali atau pun secara mempergunakan kedudukan beliau. Oleh itu, ahli panel menuntut agar Mustafa berundur dari kerusi Lembaga Pengarah Harakah secepat mungkin.

Jangan mudah lupa 'jasa' dan 'binasa' dari Dr Mahathir

Kenyataan Syed Ali Alhabshee bahawa Che'GuBard melagakan Mahathir-Najib adalah seperti orang yang sudah nyanyuk. Tidak perlu Che'GuBard untuk melagakan kerana ia sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Mahathir-Daim sedang melancarkan serangan demi serangan untuk menjatuhkan Najib.

Lihat saja siri tulisan dan kenyataan oleh Mahathir, Daim, Kadir Jasin, Sanusi Junid dan Zainuddin Maidin. Tidak ketinggalan Anuar Mohd Nor, Zaharin Yassin dan ramai lagi pejuang siber UMNO.  Kesemua mereka ini berganti-ganti menyerang dan memburukkan Najib. Najib juga tidak ketinggalan menggunakan media arus perdana untuk menyerang Mahathir-Daim. Apakah ini tidak menunjukkan perang kuasa diantara Najib dan Mahathir-Daim?

Hujah 13 Mei, PAS kembali ke zaman Asri Muda?

https://aeshahadlina.files.wordpress.com/2013/02/haji-hadi-pas-quit-pr.jpg
Banyak pihak terkejut dengan hujah Presiden PAS Hadi Awang kononnya pilihan raya majlis tempatan akan membawa negara ke kancah huru-hara.

Berkata Hadi: "Pilihan raya majlis perbandaran seperti diperjuangkan DAP adalah kembali kepada kesilapan, kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar sahaja untuk menang pilihanraya dalam jangka yang sangat pendek.

"Apatah lagi apabila kita melihatnya dari aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar yang bermajoriti kaum Cina yang sangat besar.”

Hadi menegaskan pilihan raya itu hanya mengutamakan kaum Cina dan bukan ke semua kaum. Insiden tersebut, katanya, akan mencetuskan keganasan antara kaum.

"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar.

"Yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi 'api dalam sekam' untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," kata beliau.

Tiada sebab PAS keluar Pakatan

SALMIYAH HARUN | 28 Januari 2015.

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2013/february2013/pakatan-feb22.jpg
KUALA LUMPUR: Datuk Mustafa Ali menegaskan PAS akan terus bekerjasama dengan Pakatan Rakyat sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari depan menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

Malah menurut Setiausaha Agung PAS itu sekiranya mahkamah memutuskan Anwar dipenjarakan tidak ada sebab untuk PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

"Tidak. Makin kukuh ada sebab kita bertanggungjawab teruskan kerjasama ini," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Tegas Mustafa, kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat akan berjalan seperti biasa walaupun ketiadaan Anwar kerana Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin masih ada bagi melaksanakan tugas parti.

"Anwar tak ada, Kak Wan ada, Azmin ada. Kita kerjasama dengan parti bukan dengan orang. Tak ada tu pun tak ada masalah. Waktu kita tubuhkan Barisan Alternatif dulu pun Anwar di dalam," jelasnya.

Dapatkah ‘bro-mantika’ Guan Eng dan Mat Sabu selamatkan Pakatan dari perpecahan?

Oleh Alyaa Alhadjri

http://bm.theantdaily.com/Documents/Article/23832/Can-Mat-Sabus-bromance-with-Guan-Eng_BAHASA_1024x576.jpg
Bak sebuah bom jangka yang sedang berdetik, gabungan Pakatan Rakyat yang berusia enam tahun sedang terancam untuk memusnahkan dirinya dan harapan penyokong, melainkan jika ada seorang pemimpin yang boleh menawar diri untuk membantu menamatkan persengketaan yang semakin memuncak di antara PAS dan DAP.

Lagipun, Mohamad diketahui berkawan rapat dengan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dari masa mereka berkongsi sel penjara di pusat tahanan Kamunting, berikutan penangkapan mereka di bawah ISA dalam Ops Lalang.

Kisah ‘bro-mantika’ mereka mendapat liputan beberapa tahun lalu, sebagai salah satu punca persetujuan perikatan Pakatan.

Pemimpin dari kedua-dua parti itu berbalah secara terbuka dalam beberapa minggu kebelakangan ini, mengenai rancangan masing-masing untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan dan pilihan raya majlis perbandaran di Pulau Pinang.

Persengketaan awam itu bagaimanapun memuncak hari ini dengan setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali menggambarkan Lim sebagai seorang yang "mulut celupar”.

Tak sangka YB Shahidan Kassim nak jadi pendamai...!!!

TAK SANGKA YB SHAHIDAN NAK JADI PENDAMAI

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2014/03/Datuk-Seri-Shahidan-650x320.jpg
Memang aku tidak terfikir tentang adanya ‘perbalahan’ antara Tun Dr. Mahathir dengan DS Mohd Najib Tun Razak, sekiranya tidak diwar-warkan dalam Malaysiakini menjelaskan yang YB Shahidan akan ‘mendamaikan’ kedua-dua pemimpin itu. Dan aku pun berpandangan bahawa ramai lagi anggota masyarakat di luar sana yang beranggapan sepertimana yang aku rasakan- tidak menduga tentang adanya ‘perbalahan’ sedemikian.

Mungkin agaknya aku tidak berapa sensitif tentang perkembangan politik di Malaysia kini. Mungkin. Dan mungkin juga aku tidak dapat ‘membaca’ dengan mendalam tentang ‘sepak terajang’ politik tanah air kini. Dan mungkin juga aku sepatutnya sudah ‘pencen’ daripada menulis tentang hal politik kerana tidak sensitifnya aku tentang wujudnya ‘perbalahan’ antara Tun Mahathir dan DS Mohd Najib itu. Mungkin.

Aku ada terbaca tentang kritikan Tun Mahathir dalam berbagai perkara yang berkaitan dengan keadaan yang berlaku dalam negara kini. Akhir-akhir ini Tun Mahthir telah menyentuh tentang 1MDB. Pada pandangannya kelihatan ada yang tidak kena mengenai dana yang disediakan oleh kerajaan itu. YB Tony Pua pun beranggapan begitu. YB Rafizi Ramli pun memberikan komen mereka mengenai perjalanan 1MDB.

Umno menjadi-jadi nampaknya

Oleh Mohsin Abdullah

https://dinmerican.files.wordpress.com/2013/05/umno.jpg
Pada 16 Januari lalu, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), suatu perjumpaan diadakan membabitkan presiden Umno dan ketua bahagian seluruh negara.Namun, bukan semua ketua bahagian hadir. Sama ada tidak dijemput atau enggan datang, tidak dapat dipastikan. Timbalan presiden serta ketiga-tiga naib presiden juga tidak kelihatan. Yang ada, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Setiausaha Kerja, Datuk Rauf Yusoh.

Media tidak dimaklumkan akan perjumpanaan tertutup itu. Bagaimanpun, TV3 datang juga dan menurutnya, setelah bos mereka “deal” dengan pihak tertentu dalam Umno.

Tetapi kru stesen televisyen pro-Umno itu tetap tidak dibenarkan masuk dewan bagi membuat liputan. Sejurus kemudian, wartawan Bernama pula muncul – pun duduk luar dewan .

Selesai pejumpaan, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan PWTC melalui side entrance.

Ada ketua bahagian memberitahu, perjumpaan diadakan untuk membolehkan “presiden memberi motivasi bagi menghadapi PRU 14".

Bagi saya, itu agak pelik kerana PRU14 begitu jauh lagi, walaupun setuju persiapan awal amat penting untuk parti politik.

Mangsa tsunami Kedah 10 tahun lalu belum dapat rumah

29 Januari 2015.

http://1.bp.blogspot.com/-Gtp847zV8mQ/UPt5uVoKQ3I/AAAAAAAAAyg/aJmZ-8tlLPs/s640/replika-tsunami-kota-kuala-muda.jpg
KUALA MUDA: Selepas 10 tahun tragedi tsunami yang kesannya turut membadai negara ini, masih terdapat mangsa tragedi itu yang belum mendapat bantuan seperti dijanjikan.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) Kampung Tepi Sungai, Ismail Osman, 59 tahun memaklumkan, sehingga kini pemindahan bagi fasa kedua mangsa tsunami tidak dilakukan sebaliknya perumahan dibina kepada pihak yang dianggap tidak memerlukannya.

“Selepas tsunami, Menteri Besar, Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain dan Adun Pantai Merdeka, Dr Shuib Saidin maklum kerajaan telah gazetkan tanah 150 hektar untuk buat penempatan baru rakyat yang musnah dan yang berpotensi terkena semula tsunami. Dato’ Seri Abdullah Badawi yang mengisytiharkan untuk penempatan semula ketika itu.

"Pemindahan Fasa Satu sebanyak 100 keluarga yang rumahnya musnah teruk atau lenyap dipindahkan ke rumah sementara di Taman Permatang Katong. Manakala pihak kami Fasa Dua iaitu sebanyak 200 keluarga yang tinggal di persisiran pantai walaupun rumah tidak lenyap tetapi rosak teruk serta berpotensi kena tsunami semula.

Apa sebenar terjadi kepada MH370?


MH370

KUALA LUMPUR - Dalam tempoh kurang daripada dua bulan mulai sekarang, tragedi kehilangan MH370 akan genap setahun, namun kejadian itu terus menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.

Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk ditemui dan pelbagai persoalan terus diungkapkan.

Persoalan yang terus bermain diminda semua pihak; Apa sebenarnya yang terjadi? Di manakah sebenarnya pesawat itu? Bagaimanakah nasib anak kapal dan penumpang di dalam pesawat itu?

Adakah lokasi pencarian itu tepat? Adakah aset pencarian tidak canggih sehingga sukar mendapatkan sebarang petunjuk? Sampai bilakah operasi mencari perlu dilakukan?

Malah ada juga yang bertanya; Apa tindakan seterusnya jika pesawat diisytihar hilang? Adakah solat ghaib boleh dilakukan jika tiada sebarang kelibat ditemukan? Bagaimana dengan pampasan kepada waris keluarga dan siapa yang akan menanggung kos keseluruhan operasi?

Kenangan ikan hidup, ikan darat

MUHAMAD MAT YAKIM

http://2.bp.blogspot.com/-JPbV465y70g/Tpz5NNumHYI/AAAAAAAAHMo/biqnckJOLDU/s1600/4.JPG
SEMALAM saya ke pasar bersama isteri. Hajat hati mahu beli ikan bawal untuk digoreng kelar cicah sambal kicap buat lauk tengah hari. Tengok, tengok, ikan semua sudah mati. Tak ada satu pun yang hidup.

Bukan ikan bawal sahaja tetapi semua jenis ikan, sotong, udang, semuanya mati. Yang hidup hanya kerang dan siput sedut!

Nanti sekejap, jangan komen dahulu. Biar saya terangkan, catatan ini sekadar untuk mengimbau kenangan. Bukanlah saya tidak pernah ke pasar beli ikan hingga tidak tahu yang dijual hampir kesemuanya ikan mati.

Saya teringat untuk menulis begini apabila terkenang kisah zaman kanak-kanak. Waktu itu, emak selalu suruh saya ke kedai beli ikan. Pesannya, “belilah ikan ‘hidup’ dua tiga ekor untuk buat lauk tengah hari ini!”

Kali pertama terima arahan itu, saya balik ke rumah dengan tangan kosong, juga wajah yang kehampaan. Apabila emak bertanya, “mana ikan yang mak suruh beli tadi?” saya jawab, “tak beli!”

Emak tanya lagi, “pasai apa tak beli?”

Saya jawab, “sebab semua ikan sudah mati!”

Thursday, January 29, 2015

Terimalah hakikat bahawasanya Kerajaan PAS GAGAL sewaktu banjir besar baru-baru ini..!!

ini komen dari sahabat di fb : Klik Sini


Mmg tak dinafi MB sibuk tapi peranan kerajaan n ketua negeri terlibat bukan sekadar berkata banjir tidak seteruk 1967 atau bertegas utk sidang dun pembentangan hudud dikala banjir besar melanda.

Mana fiqh aulawiyyat?
Mana pelan kecemasan banjir.
Kakitangan jentera kerajaan negeri JKKK utk dikerahkan membantu secara sistematik, efisyen dan tersusun???

Mana hubungan permohonan bantuan segera oleh kerajaan negeri kepada pusat dan agensinya, kepada kerajaan negeri lain atas hubungan baik dan bencana?

Mana unit media dan penerangan kerajaan negeri bagi info maklumat penerangan serta program atau usaha yg dilakukan.

Mana pelan bantuan bersepadu kerajaan negeri dan persekutuan?
Mana arrangement bantuan2 makanan n keperluan yg disumbang kerajaan negeri?
Takkan takde pelan n bajet sebab setiap tahun pun banjir. Cuma kali ni lebih besar.

Najib ziarah Nik Aziz, minta rakyat doakan cepat pulih


Datuk Seri Najib Razak (gambar, kiri) yang menziarahi Datuk Nik Abdul Aziz di Hospital Universiti Sains 
Malaysia (HUSM), Kubang Kerian hari ini, meminta seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan kesihatan mursyidul am PAS itu.

Perdana menteri menerusi laman Twitter beliau hari ini berkata:

"Alhamdulillah..baru menziarahi Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz di HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) Kubang Kerian.

"Marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT semoga beliau cepat pulih," kata beliau.

Nik Aziz, 84, dimasukkan ke HUSM pada 19 Jan lepas se tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Nik Aziz, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013. – Bernama, 29 Januari, 2015.

#MH370....Telah pergi selama-lamanya...!!!

DCA isytihar kehilangan pesawat MH370 satu kemalangan

Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman
KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ni dengan rasminya mengisytiharkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 satu kemalangan dan kesemua 239 penumpangnya dianggap terkorban.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam satu pengumuman khas mengenai pesawat MH370 tersebut di stesen Radion dan Televisyen Malaysia (RTM).

"Oleh yang demikian, dengan rasa berat hati dan amat dukacita, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasminya mengisytiharkan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 telah terlibat dalam nahas berdasarkan Piawai Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Chicago, bahawa kesemua 239 penumpang dan anak kapal di atas pesawat MH370 telah dianggap terkorban," katanya.

'PAS, apa sebenarnya hala tuju kamu?'

Pemerhati politik berpendapat kepimpinan tertinggi PAS perlu menyatakan secara jelas mengenai hala tuju parti itu terutamanya kedudukan dalam Pakatan Rakyat supaya haluan mereka lebih difahami.

Mereka mempersoalkan mengenai perkara itu ekoran wujudnya perbalahan antara PAS dengan parti komponen dalam Pakatan dan pada masa yang sama parti Islam itu masih mahu berada dalam gabungan pembangkang itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

"PAS kena nyatakan dasarnya... hala tujunya ke mana. Sebab sekarang ini tidak jelas. Nampak macam ada perbalahan dengan rakan dalam Pakatan tapi dalam masa yang sama nampak bersama-sama dengan Pakatan untuk menyumbang dan sebagainya.

"Jadi sekarang ini apa sebenarnya hala tuju PAS selepas PRU-13 dan menuju ke PRU-14 nanti," kata Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dipetik.

Dalam laporan itu menyebut, Mohd Azizuddin berkata terdapat tiga pilihan untuk PAS ambil bagi menjelaskan pendirian mereka iaiatu sama ada bekerjasama dengan BN, supaya BN boleh dimantapkan atau bersama dengan Pakatan dan menegaskan menolak Umno.

"Ataupun PAS mahu ambil jalan ketiga iaitu tidak memilih kedua-duanya (dengan) menjadi parti yang bergerak sendiri tanpa dalam PR dan juga tanpa dalam BN," Azizuddin lagi.

Laporan itu juga memetik Penganalis Geopolitik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mohd Fuad Mat Jali bersetuju dengan Mohd Azizuddin dan menegaskan teka-teki PAS hanya boleh dijawab parti tersebut.

'Pakatan longgar'

"Saya rasa masalah PAS untuk kembali bersama Umno atau Umno bersama PAS ini adalah sesuatu yang hanya PAS sahaja boleh jawab. Kerana akhirnya, kalau kita lihat, Pakatan ini adalah satu pakatan yang bukan lemah tapi longgar. Mereka tidak ada ikatan yang kukuh.

"Sebab itu kita lihat mereka tidak boleh ada manifesto yang mantap. Saya kira, PKR dan DAP ini memerlukan undi PAS terutama di kawasan-kawasan Melayu.

"Masalahnya sekarang ini, prinsip dan ideologi PAS tidak selari dengan PKR dan DAP," Mohd Fuad dilaporkan sebagai berkata.

Dalam laporan itu juga, beliau berkata dalam PAS masih ada kelompok yang tidak mahu bekerjasama dengan Umno, namun sebahagiannya masih ada ruang untuk bersatu dengan Umno.

Mengulas mengenai kerjasama PAS dan Umno di Kelantan, beliau "tidak fikir kerjasama Umno-PAS itu boleh pergi lebih daripada itu sehingga kembali kepada Umno."

Hadi, ketahuilah, 13 Mei mustahil berulang

Oleh Haris Zuan

Peristiwa 13 Mei ialah isu eksklusif Umno-Barisan Nasional (BN) dan orang lain yang mahu menyebut, dan apatah lagi membincangkannya, boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.Hanya Umno bebas menggunakan isu 13 Mei (versi mereka sudah tentu) untuk membodoh dan menakut-nakutkan bangsa Malaysia, khasnya orang Melayu dan Cina.

Namun, kali ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengeluarkan ancaman yang biasanya hanya dilaungkan oleh Umno – 13 Mei akan berulang jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan semula – dan kali ini Umno tidak pula marah dengan kenyataan Hadi Awang ini.

Kisah ini awalnya mudah sahaja. PAS membangkitkan isu pilihan raya kerajaan tempatan kerana mahu menyanggah dakwaan bukan hudud sahaja yang tidak diputuskan secara bersama di peringkat Pakatan Rakyat, pilihan raya kerajaan tempatan juga – yang diperjuangkan oleh Pulau Pinang dan Selangor.

Pakatan harus berbincang tentang PAS

Oleh Lim Kit Siang

http://i1.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2014/12/Konvensyen-1.jpg?resize=960%2C638
Jika PAS tidak lagi yakin Pakatan Rakyat akan mencapai kejayaan besar sekiranya pilihan raya kerajaan tempatan dikembalikan ke seluruh negara, Pakatan mesti duduk berbincang semula kerana ini bukan petanda baik bagi kerangka besar Pakatan dalam menuju Putrajaya menjelang PRU14.Saya pun tidak tahulah mahu ketawa atau menangis.

Semalam, The Malay Mail Online melaporkan berita bertajuk “DAP seeking full ‘control’ of country through third vote, Isma claims” memetik Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya mendakwa usaha mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan sebahagian daripada strategi DAP untuk mengambil alih Malaysia kerana ia sudah pun mengawal hampir 60% kerusi Dewan Undangan Negeri dalam negara.

Beliau berkata wakil rakyat DAP membentuk 58% daripada jumlah DUN di Malaysia, dan angka tersebut boleh mencecah 60% dengan bantuan PKR di kawasan bandar.

Ini menyebabkan saya menulis di Twitter beliau seorang yang bebal dan tidak mempunyai standard matematik murid darjah lima.

Siapa punca masalah PAS?

Oleh Mohsin Abdullah


Tidak perlu jadi ahli sains politik untuk tahu PAS sedang menghadapi masalah dalaman. Ada puak.Gerak langkah kepimpinan tertinggi PAS semakin hari semakin tidak senada dengan rentak alunan Pakatan Rakyat.

Dan ada pihak dalam parti termasuk di kalangan saf kepimpinan yang tidak senang dengan semua itu. Khususnya terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden. Itu bukan cerita baru.Kalau masalah dibiar berlanjutan PAS akan dilanda bencana. Itu pun bukan pandangan baru.

Persoalan siapa punca masalah dalam PAS juga bukan persoalan baru. Cuma kali ini ada pihak yang berani tampil menjawab dan membuat “pendedahan”. Atau dalam lain perkataan “pertuduhan”.

Jari dituding ke arah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. Yang empunya jari ialah Ishak Surin, YDP PAS kawasan Batu.

Dikenali sebagai Cikgu Ishak, beliau orang lama yang diakui kawan dan lawan akan semangat juangnya yang kental. Lantas dihormati.

K-Pop dan Pop Yeh-Yeh

ABD JALIL ALI


REDA sekejap isu banjir, minggu lalu ‘1Malaysia’ heboh gara-gara aksi beberapa orang gadis bertudung litup naik ke pentas dan berpelukan – juga berciuman – dengan artis K-Pop B1A4, dalam satu konsert di Kuala Lumpur.

Video dua minit aksi yang dianggap melampau itu telah menjadi viral, dan semua pihak – daripada ulama besar hingga ulama sambilan di warung teh tarik – menghentam hebat gadis Islam yang dikatakan terlajak laku itu.

Hatta beberapa orang menteri pun tumpang sekaki memberi komen. Antaranya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang melalui Twitternya bernada sinis terhadap artis lelaki dari Korea Selatan itu.

Kata beliau: “Banyak dikatakan tentang K-Pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tinggi, gelap dan kacak. Bukan pucat, kurus dan ‘jambu’. Itu bukan lelaki sejati.”

Maka saya teringat zaman gila-gila remaja setengah abad lalu, ketika Pop Yeh-Yeh melanda ‘satu Malaya’. Saya baru di tingkatan empat, dan asyik sangat dengan ledakan apa yang dipanggil kumpulan gitar rancak @ kugiran.

Sirul mungkin ditahan selamanya di Sydney, lapor akhbar Australia‎

Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri semasa menghadiri perbicaraan atas tuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Mereka berdua dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Januari, 2015.
Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri semasa menghadiri perbicaraan atas tuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Mereka berdua dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Januari, 2015. 

Koperal Sirul Azhar Umar, yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, mungkin ditahan di pusat tahanan Sydney untuk selama-lamanya, lapor Sydney Morning Herald hari ini.

Anggota Unit Tindakan Khas berusia 43 tahun itu ditahan pihak berkuasa Australia di Brisbane minggu lalu selepas Interpol mengeluarkan notis merah.

Pada 13 Januari, Sirul tidak hadir di Mahkamah Persekutuan, yang membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman mati kepadanya dan Ketua Inspektor Azilah Hadri, menarik balik pembebasan mereka oleh Mahkamah Rayuan pada Ogos 2013.

Selesai masalah domestik jika tak mahu Putrajaya jatuh

Oleh Nur Azlan


https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQywqNQW7qWJThFiW_adi5uk8UdKoZ0NjSmTnfDJRDRqzuHMaFbbwSesungguhnya cabaran Malaysia untuk tahun mendatang begitu mencabar sama ada dalam politik, ekonomi mahu pun sosial, dan seharusnya kerajaan perlu bersedia memastikan rakyat benar-benar dapat mengharunginya.

Sebab itu, pembabitan kerajaan dalam forum serantau atau antarabangsa seperti Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berakhir Sabtu lalu amat penting bukan sahaja untuk mencari peluang ekonomi baru atau menjalinkan rangkaian, tetapi juga mencari pendekatan terbaru daripada pakar ekonomi dunia, kaedah paling sesuai bagi memastikan Malaysia sentiasa dapat mencari jalan keluar terhadap sebarang kegawatan atau kemelut ekonomi dunia.

Walaupun Putrajaya berterusan menafikan kejatuhan harga minyak dunia dan penyusutan nilai ringgit tidak menyebabkan ekonomi negara berada dalam keadaan gawat atau meleset, namun sekurang-kurangnya perancangan awal perlu dilakukan pada masa kini dengan mengambil iktibar apa yang berlaku dalam tempoh tidak sampai 3 bulan terakhir tahun 2014.

Kemelut dalam Pakatan boleh selesai

Oleh Abd Shukur Harun


Walaupun dilihat kemelut dalam Pakatan Rakyat (PR), terutamanya antara pemimpin PAS dan DAP berterusan, tetapi ada perkembangan baru yang melegakan hati yang memungkinkan keharmonian wujud kembali dalam PR.Dalam masa yang sama, sudah ada tanda PAS dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), tidak lagi dilihat dalam suasana permusuhan.

Pada peringkat bawahan, yakni akar umbi, antara pendukung PasMa dan PAS kelihatan tidak ada masalah, justeru mereka dari keluarga besar yang tidak mungkin dipisahkan hanya kerana perbezaan pendapat.

Sementara itu, ada perkembangan yang menarik di peringkat akar umbi PAS dan DAP yang tercetus ketika banjir merempuh Kelantan dan negeri lain baru-baru ini.

Pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng datang sendiri ke Kelantan memberikan bantuan kepada mangsa banjir, di mana Lim Kit Siang yang turut mengharungi banjir sudah 3 kali ke sana.

Sg. Petani - Aiskrim pasu jadi kegilaan


Pelbagai ramuan dan perasa disediakan dengan hanya RM5 sebekas.  
Pelbagai ramuan dan perasa disediakan dengan hanya RM5 sebekas.

Dari kanan Rozlyanna, Rozaimy dan Mohd Ridhaus menunjukkan aiskrim pasu yang kini menjadi kegilaan penduduk Sungai Petani.  
Dari kanan Rozlyanna, Rozaimy dan Mohd Ridhaus menunjukkan aiskrim pasu yang kini menjadi kegilaan penduduk Sungai Petani.

SUNGAI PETANI – Fenomena terbaharu mengubah suai pasu bunga sebagai bekas aiskrim terbukti berkesan apabila sambutan terhadap produk itu mendapat permintaan tinggi.

Pengusaha Butik Gerobok Tuan Tanah, Rozlyanna Basharuddin, berkata, jualan hari pertama mencecah 100 unit melebihi jangkaan sasaran hanya 50 aiskrim.

“Kelainan rasanya membuatkan pelanggan datang semula untuk mendapatkan aiskrim pasu bagi kali kedua dan seterusnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Wednesday, January 28, 2015

Pie la report salahlaku geng PasMa, barulah ambil tindakan.. nie main halau jaa...!

'Tindakan pada PasMa jika ada salah laku'

PAS akan bertindak terhadap anggota parti itu yang terlibat dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) jika terdapat aduan salah laku terhadap mereka.

"Kalau ada laporan barulah kita boleh bertindak.

"Kita harus meneliti bentuk kesalahan yang telah dibuat, barulah keputusan boleh dibuat. Kita mahu memelihara konsep keadilan kepada ahli," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Pengerusi jawatankuasa pengurusan krisis PAS itu bagaimanapun tidak pasti sama ada terdapat laporan dibuat setakat ini kerana ia dihantar langsung kepada pejabat agung PAS.

"Tanya setiausaha agung (Datuk Mustafa Ali)," katanya ketika ditanya diminta mengulas konflik berpanjangan PAS dan PasMa.

Terbaru, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik keras PasMa yang disifatkannya sebagai "menebuk kapal" sendiri.

Beliau juga meminta anggotanya yang menyertai PasMa keluar daripada PAS jika tidak setuju dengan dasarnya.

NGO yang digerakkan anggota PAS itu bagaimanapun membalasnya dengan membayangkan supaya Hadi berundur kerana didakwa mengetepikan keputusan muktamar untuk memperkukuh Pakatan.

'Tugas saya sudah selesai'

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Salahuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu kerana menganggap tugasnya telah selesai.

"Saya tidak boleh komen apa sebab tanggungjawab saya telah selesai, saya telah bertemu dengan mereka (PasMa).

"Keputusannya kekal dengan keputusan Majlis Syura yang menasihati ahli PAS supaya tidak terlibat dengan program yang dianjurkan PasMa.

"Saya dah bentang (laporan) dan tugas saya telah selesai. Itu keputusan yang parti telah buat," katanya.

Jangan Risau, Anwar Tak Mungkin Lari Ke Luar Negara!!

Shahbudin Husin,

http://www.slate.com/content/dam/slate/articles/news_and_politics/foreigners/2014/03/pilot_zaharie_ahmad_shah_supported_anwar_ibrahim_was_he_a_terrorist/171463506-malayisan-opposition-leader-anwar-ibrahim-arrives-at.jpg.CROP.promo-mediumlarge.jpg
Menjelang tarikh penghakiman kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim pada 10 Februari depan, sudah mulai kedengaran cakap-cakap mengenai kemungkinan beliau turut melarikan diri ke luar negara sebagaimana yang dilakukan oleh Sirul Azhar Umar, pesalah hukuman mati dalam kes pembunuhan Altantuya yang tiba-tiba menghilangkan diri ke Australia.

Mereka yang berandaian demikian yakin bahawa Anwar akan didapati bersalah pada 10 Februari nanti dan satu-satunya cara untuk mengelak daripada dipenjarakan ialah dengan melarikan diri ke luar negara.

Kata mereka yang arif lagi bijaksana itu, dalam usianya sekarang, Anwar tidak sanggup menghuni penjara sekali lagi dan melarikan diri ke luar negara adalah pilihan terbaik baginya.

Lagi pula, tambah mereka, banyak negara sedia menerima dan memberi perlindungan politik kepadanya.

Di luar negara nanti, kata mereka, Anwar secara perlahan-lahan akan memohon perlindungan politik serta terus melakukan serangan politiknya daripada jauh.

Saya tidak ambil serius kenyataan Hadi, kata presiden PaSMa

Presiden Pasma Datuk Phahrolrazi Zawawi tidak mengambil serius kenyataan presiden PAS yang meminta NGO itu keluar daripada parti itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Januari, 2015.
Presiden Pasma Datuk Phahrolrazi Zawawi tidak mengambil serius kenyataan presiden PAS yang meminta NGO itu keluar daripada parti itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Januari, 2015.

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PaSMa) berkata beliau tidak menganggap kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta PaSMa keluar daripada PAS sebagai sesuatu yang serius.

Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, kenyataan Presiden PAS itu tentang PaSMa semalam bukan sesuatu yang baru, tetapi kenyataan "ulangan" yang dibuatnya tidak lama dahulu.

"Saya sebenarnya tidak 'ambil pusing' dengan kenyataan itu (yang dibuat oleh Presiden PAS). Saya tidak anggap ia serius kerana ia adalah kenyataan ulangan, sama seperti sebelum ini," katanya di Alor Setar hari ini.

Di antara roti dan rotan

NORDEN MOHAMED

http://lh5.ggpht.com/-lh_EUjt-ICM/UxXNCnd1NhI/AAAAAAAALII/9UQaO8T2bHw/s640/PicsArt_1393937462733.jpg
DALAM tiga empat hari ini, kita berpolemik mengenai isu rotan apabila Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kementeriannya sedang menggubal akta baharu yang mengenakan hukuman kerana merotan anak.

Katanya, akta itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara. Kenyataan beliau menerima banyak tentangan kerana hampir kesemua pihak mengatakan bahawa merotan itu adalah pendekatan dalam mendidik anak di Malaysia.

Ia juga adalah pendekatan yang dibolehkan oleh agama Islam. Tentangan yang sebenarnya maklum balas ini akan diperhalusi agar ia benar-benar adil supaya ibu bapa mahupun para guru tidak sewenang-wenangnya boleh dipenjarakan kerana menghukum dengan merotan.

Begitulah respons TPM, yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula. Merotan adalah suatu bentuk hukuman yang lazim dikenakan oleh ibu bapa, guru dan juga guru besar di atas sesebuah kesalahan seseorang pelajar.

Kerajaan Kedah bakal bina rumah di Manek Urai


Mukhriz Tun Dr Mahathir  
Mukhriz Tun Dr Mahathir

ALOR SETAR - Cadangan pembinaan rumah panjang sementara di Kampung Karangan, Manek Urai oleh kerajaan negeri Kedah untuk 53 keluarga mangsa banjir akan digantikan dengan pembinaan rumah kekal individu bagi setiap keluarga.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pembinaan rumah berkenaan akan dibuat di atas tapak individu dengan persetujuan pemilik tanah.

"Sekarang ini kita dapati bahawa tapak-tapak tanah yang mana dulunya terletak rumah-rumah yang telah ranap kini sesuai untuk dibina rumah individu," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangi Memorandum Persefahaman antara Syarikat Perniagaan Peladang Mada (SPPM) Services Sdn Bhd dengan Diyou Future Biomass Sdn Bhd hari ini.

Katanya kos pembinaan rumah mangs abanjir itu adalah terkawal memandangkan beberapa syarikat swasta turut menyumbang bahan binaan.

Mukhriz berkata, bagaimanapun pihaknya turut mengambil kira keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan projek yang dijalankan tidak bertindih. - Bernama

Tuesday, January 27, 2015

Muak sandiwara PAKATAN RAKYAT

pakatan_breaks_400

JAYA: Episod kecam mengecam, tuduh menuduh, halau menghalau hingga tahap saman-menyaman tanpa kesudahan boleh diibaratkan sebagai satu drama sandiwara dalam pakatan pembangkang yang amat memualkan

Justeru tegas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Jamawi Jaafar tindak tanduk parti-parti pembangkang ini seharusnya menjadi cerminan kepada rakyat apakah pakatan ini boleh diletakkan harapan untuk menjadi pentadbir di Putrajaya.

“Nampaknya bukan hanya sekadar rakyat mereka mahu tipu malah sesama sendiri pun mahu bermain wayang. Jelas masing-masing ada agenda tersendiri.

Facebook & Instagram 'palau' siang tadi...!!

Gangguan bukan disebabkan aktiviti penggodaman - Facebook


Servis pengendali platform media sosial terkemuka dunia, Facebook dan Instagram berjaya dipulihkan selepas perkhidmatannya terganggu hari ini, menurut Facebook dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada AFP.

Masalah tersebut bagaimanapun adalah disebabkan oleh "perubahan yang memberikan kesan kepada sistem konfigurasi dan bukannya disebabkan oleh aktiviti penggodaman." tambah kenyataan tersebut. 

Terdahulu, The Lizard Squad, kumpulan penggodam yang mengaku bertanggungjawab menggodam laman web Malaysia Airlines, hari ini mengaku mengakibatkan gangguan meluas kepada platform media sosial terkemuka, Facebook dan Instagram.

Ahli politik tidak boleh dipercayai

Adam Abu Bakar | January 27, 2015

PAS tetap ingin terus bersama Pakatan Rakyat, situasi masa kini akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat

nik nazmi
PETALING JAYA: ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad optimis bahawa ketiga-tiga parti komponen di dalam Pakatan Rakyat akan terus kekal walaupun situasi semasa memperlihatkan ‘ketegangan’ di antara DAP dan PAS dalam isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan.

“Kadang-kala politik tempatan juga akan kucar-kacir,” katanya sewaktu forum di Petaling Jaya.

Beliau yang percaya bahawa PAS tetap ingin terus bersama Pakatan Rakyat bagaimanapun tidak menafikan situasi masa kini akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.

“Saya percaya PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat,” ujarnya lagi dalam forum tersebut.

Berhubung isu model politik yang diguna pakai oleh Barisan Nasional (BN), Nik Nazmi merasakan bahawa ia sudah hampir ke penghujungnya.

“Ini kerana di dalam BN, UMNO sahaja merupakan parti tunggal yang mengetuai 12 parti komponen yang lain. Manakala, parti di dalam Pakatan Rakyat mempunyai kekuatan yang hampir sama,” ujarnya.

Pakatan Rakyat berusia 6 tahun tiba di pengakhirannya?

Akibat pertelagahan tentang polisi masing-masing dan isu yang ingin ditimbulkan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat, ia mungkin penghujung jalan bagi parti yang berusia 6 tahun itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Januari, 2015.
Akibat pertelagahan tentang polisi masing-masing dan isu yang ingin ditimbulkan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat, ia mungkin penghujung jalan bagi parti yang berusia 6 tahun itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Januari, 2015.

Mereka tidak bersetuju untuk bertemu dan bertelagah secara terbuka berkenaan polisi masing-masing. Adakah ini pengakhiran bagi Pakatan Rakyat (PR)?

Terdapat kebimbangan PR akan terkubur seperti Barisan Alternatif, yang hanya mampu bertahan selama 2 tahun apabila DAP menarik diri daripada gabungan berkenaan pada 2001, susulan krisis bersama PAS yang mahu mewujudkan negara Islam.

"Pakatan tidak berfungsi ketika ini. Saya tidak tahu sama ada akan terkubur, ada kemungkinannya," kata seorang pemimpin kanan PR yang enggan dikenali kepada The Malaysian Insider, dan menambah, PAS berkemungkinan akan menggunakan isu pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) DAP untuk meninggalkan atau dikeluarkan daripada gabungan berusia 6 tahun itu.

Hadi ‘tidak jujur’, PAS dimaklum pilihan raya PBT, kata Guan Eng

Lim Guan Eng mendakwa DAP sudah mendapat persetujuan rakan mereka dari PAS sebelum berusaha mengembalikan pilihan raya PBT. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Januari, 2015.
Lim Guan Eng mendakwa DAP sudah mendapat persetujuan rakan mereka dari PAS sebelum berusaha mengembalikan pilihan raya PBT. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Januari, 2015.

Lim Guan Eng hari ini terkejut dengan “interpretasi fakta yang tidak jujur” Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mengkritik langkah DAP mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan berkata beliau sudah berunding dengan presiden PAS itu mengenainya.

Setiausaha agung DAP itu berkata, beliau menghubungi kedua-dua Hadi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum Pulau Pinang memulakan kempen “undi ketiga” dengan membawanya ke mahkamah.

“Saya terkejut kedua-dua pemimpin gagal menyatakan tentang ini dan saya fikir ia tidak jujur,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu hari ini.

DAP dan PAS, bersama-sama PKR bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR).

MP Temerloh : Sokong Pilihanraya K'jaan Tempatan tidak diadakan

Maaf, Saya Mohon Untuk Menyokong Tuan Guru Presiden PAS.


1. Islam menggariskan kriteria khusus untuk melantik pemimpin, namun tidak menetapkan secara tetap kaedah pelantikannya. Kita tidak perlukan pilihanraya kerajaan tempatan sebaliknya pihak berkuasa negeri boleh memainkan peranan bijak dan pintar untuk melantik individu-individu yang kompeten dan berintegriti bagi mengurus tadbir hal ehwal masyarakat setempat.

2. Kerajaan negeri boleh memanfaatkan peruntukan undang-undang semasa dan proses konsultansi bersama masyarakat untuk memilih pihak berkuasa tempatan. Paling utama ialah penyampaian khidmat kepada masyarakat dapat dilakukan dengan lebih efisyen dan efektif tanpa terlalu banyak berpolitik.

3. Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat selayaknya menunjukkan praktis terbaik pihak berkuasa tempatan. Dari aspek pemilihan, koordinasi, kerjasama dan tadbir urus yang baik antara kedua-dua pihak. Jika ini dapat dipenuhi, maka ruang memanipulasi sistem pilihanraya untuk kepentingan sempit pihak tertentu dapat dielakkan.

Apabila menteri Umno mula risau pertembungan NAJIB dengan MAHATHIR

Menteri: Berdamailah Dr Mahathir, Najib

KUALA LUMPUR - Bukan sesuatu yang baharu atau mengejutkan jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik cara pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun ini mungkin kali pertama beberapa pemimpin tertinggi Umno dilihat secara terbuka tidak menafikan wujud pergeseran antara kem kedua-dua pemimpin berpengaruh itu dalam Umno.

Apa yang penting, mesej mereka adalah sama, iaitu kedua-dua tokoh Umno itu perlu duduk semeja dan menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat yang timbul.

Kelmarin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebarang perbalahan perlu dibawa ke meja rundingan bagi mencari penyelesaian kerana kedua-dua pemimpin itu orang lama dalam politik.

“Semua pihak perlu ada had dan berpada-pada untuk menuding jari kerana ada banyak isu yang lebih besar, contohnya isu keselamatan Sabah,” katanya.

Isu rotan: Pandangan pelbagai pihak diambil kira


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highland, di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama  
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highland, di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk Wanita Umno selain orang ramai berhubung cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menetapkan tindakan merotan kanak-kanak sebagai kesalahan jenayah dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu. 
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, pelbagai polemik yang timbul daripada banyak pihak berhubung cadangan itu merupakan sesuatu yang sihat dan perlu diperhalusi sebaiknya.
 
"Ada yang kata ini baik, setuju nak pinda, ada yang kata ini tak sesuai. Ada yang kata daripada sudut Islam pun tidak ada halangan untuk kita merotan anak kita tapi dengan cara yang bijaksana, jangan sampai mendera hingga membawa kesan buruk.

Kedah nilai pembiayaan Lapangan Terbang Kulim

Wartawan Sinar Harian


GURUN - Kerajaan negeri Kedah sedang menilai pelbagai kaedah untuk membiayai pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), sekiranya cadangan untuk membina kemudahan tersebut mendapat 'lampu hijau' daripada kerajaan pusat.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sebenarnya permintaan Kedah kepada kerajaan pusat ialah kelulusan untuk membina lapangan terbang antarabangsa itu.

"Jika kerajaan pusat mempunyai peruntukan untuk membina lapangan terbang tersebut, kita sangat mengalu-alukan, walaupun begitu, kita tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan pusat.

"Pada masa ini, kita sedang menilai pelbagai pendekatan lain untuk membiayai projek tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembinaan kilang kedua Go Automotive Manufacturing Sdn Bhd (GoAuto) di sini hari ini.

Monday, January 26, 2015

Pilihanraya Kerajaan Tempatan : SAMM Cabar Hadi Awang Sepentas Berdiskusi

Kenyataan Umum
26 Januari 2015

http://www.suara.tv/wp-content/uploads/2014/11/Hadi_Awang.jpg?c33a9f
Pilihanraya Kerajaan Tempatan seharusnya menjadi idealisme setiap gerakan politik dalam negara bagi memastikan peranan Ahli Majlis sebagai penimbal balik keputusan dan dasar Pihak Berkuasa Tempatan serta mata dan telinga rakyat di dalam kawasan tersebut untuk membangunkan kawasan komuniti. Ia juga sebagai satu langkah yang dapat memulihkan kepincangan dan ketirisan dalam pentadbiran tier ketiga Sistem Pentadbiran Awam Di Malaysia.

Kali terakhir Pilihanraya Kerajaan Tempatan diadakan adalah pada tahun 1964, iaitu 5 tahun sebelum tragedi 13 Mei yang hanya berlaku pada tahun 1969. Jadi, dimanakah logika Datuk Seri Hadi Awang dalam melemparkan tanggapan Pilihanraya Kerajaan Tempatan Akan Mengulangi 13 Mei?

Persoalannya, adakah kerana Pilihanraya Kerajaan Tempatan menjadi punca 13 Mei ataupun 13 Mei berlaku kerana demokrasi telah dipadamkan dan keadilan dinafikan sehingga mewujudkan ruang manipulasi besar yang mengakibatkan jurang perbedaan antara kaum dalam negara ini?

Pandangan Tg Haji Hadi Agak Ketinggalan Zaman

Oleh Abu Hassan Adam

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/images/hadi%20nik(2).jpg 

Ekoran daripada timbulnya isu yang berkaitan dengan pilihanraya tempatan yang sedang hangat diperbincangkan kini, ternampak bahawa akhir-akhir ini sudah ramai kelihatan pemimpin di Malaysia yang dirasakan sudah tidak berapa sesuai ‘berada’ dan berperanan pada Kurun ke 21. Bukan sahaja Tuan Guru Haji Hadi Awang tetapi ramai lagi pemimpin-pemimpin dari kalangan pemimpin parti kerajaan yang sememangnya kelihatan sudah tidak berapa sesuai. Dan yang anihnya pula golongan ini semacam tidak sedar bahawa mereka sudah agak jumud dan tidak diperlukan dalam zaman yang mencabar ini.

Yang anihnya mereka adalah seperti kata peribahasa Melayu bahawa seperti ‘hidung tak mancung dan pipi tersorong-sorong’. Mereka harus sedar bahawa budaya Melayu dan Malaysia sememangnya tidak sampai hati untuk menyatakan sesuatu secara terang-terangan, apatah lagi terhadap orang tua yang dikira pernah berjasa. Tidak sampai hati mereka untuk menyuarakan hasrat hati yang terpendam untuk menjelaskan sesuatu. Namun sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab seharusnya merasa sedar bahawa kehadiran mereka sudah semacam merupakan batu penghalang kepada kemajuan bangsa dan negara.

Antara ANWAR dan NAJIB yang mana akan 'tersungkur' dahulu?

"Que Sera Sera" - Untuk Anwar Atau Najib?
Shahbudin Husin, 

http://kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2012/09/najib-anwar.jpeg
Mahkamah Persekutuan akhirnya menetapkan 10 Februari ini sebagai tarikh mengumumkan keputusan kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah Tinggi sebelum ini membebaskannya atas tuduhan itu tetapi Mahkamah Rayuan kemudian menyabitkannya bersalah dan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara. Keputusan Mahkamah Persekutuan ini adalah proses yang terakhir dalam undang-undang dan akan menentukan sama ada Anwar akan menjadi manusia bebas atau bakal menjadi penghuni penjara sekali lagi.

Lebih dari itu, keputusan pada 10 Februari juga amat ditunggu-tunggu kerana ia turut menentukan hidup mati Anwar dalam politik dan sama ada cita-citanya menjadi Perdana Menteri dapat dicapai atau sebaliknya.

Jika dibebaskan, peluangnya bersama PR dalam PRU 14 menjadi terbuka semula, tetapi jika dipenjarakan, dalam usianya yang sudah menjangkau 64 tahun ketika ini, ramai yang mengandaikan semuanya sudah berakhir bagi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar sendiri menyedari hakikat itu. Lantaran itu reaksinya mengenai tarikh 10 Februari ini ringkas saja iaitu "que sera sera" atau "apa nak jadi, jadilah".

Selain sudah berusaha dan berdoa, apa yang mampu dilakukan oleh Anwar hanyalah berserah atau bertawakal saja. "Que sera sera" yang diucapkannya adalah petanda beliau sudah bersedia segala-galanya, sama ada dibebaskan atau dihumban ke penjara sekali lagi.

Apa nak jadi, jadilah. Tepat sekali ungkapan itu.

Hentikan "serangan" sesama sendiri, ayuh kita selesaikan dalam mesyuarat pakatan..!!

Hentikan serangan, selesaikan isu pilihan raya PBT dalam Pakatan, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menggesa semua parti dalam Pakatan Rakyat duduk semeja dan memutuskan perkara berkaitan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara konsensus. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 26 Januari, 2015.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menggesa semua parti dalam Pakatan Rakyat duduk semeja dan memutuskan perkara berkaitan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara konsensus. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 26 Januari, 2015.

Perbezaan pandangan antara pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mengenai isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu dibincangkan secara dalaman melalui mesyuarat, bukannya dengan menyerang sesama sendiri, kata Mohamed Azmin Ali.

Timbalan presiden PKR itu berkata, ketiga-tiga parti sepatutnya duduk semeja dan memutuskan perkara itu secara konsensus.

"Di peringkat negeri, kita sudah adakan perbincangan mengenai ini, dan saya pasti ia akan diteruskan dan ketiga-tiga parti harus duduk semeja.

"Kita akan selesaikan di dalam PR dan saya pasti akan dibincangkan dalam Majlis Presiden.

"Kekuatan PR ialah kita bekerja berdasarkan konsensus dan bukannya secara individu," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Presiden PAS : Tak suka bahtera PAS sila pergilah ke bahtera lain yang kamu suka

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yg sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham. Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini. PasMa ni ibarat mereka yg menebok kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putra Jaya pergilah ke bahtera UMNO.

Dalam bahtera PAS, ia menggabungkan pelbagai kepakaran, ada yang bahagian kejuruteraannya, ada bahagian enjinnya, ada bahagian kemudinya dan sebagainya. Inilah PAS yang tidak membezakan kepelbagaian penggerak penggeraknya. Justeru tidak timbul pertembungan antara ulamak dan professional kerana PAS terbuka menerima sesiapa sahaja, asalkan memperjuangkan Islam.

PAS meraikan kepelbagaian pandangan yang dibatasi dengan syarak. Di dalam perlembagaan PAS, meletakkan al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai undang undang tertinggi dalam menentukan sesuatu pendirian. Para ulamak yang pakar dan berkebolehan dalam merujuk kitab kitab ulamak terdahulu, serta kepakaran mereka dalam bidang syariat, dihimpunkan di dalam Majlis Syura Ulamak bagi memandu PAS agar tidak terbabas daripada sempadan syarak.

Bekas menteri Belanda syor pindah Yahudi ke Amerika

Kewujudan Zionis-Israel di tanah Palestin merupakan suatu kesalahan sejarah yang fatal. Itu diungkap oleh mantan Menteri Ekonomi Belanda, Herman Heinsbroek, 64.

Dia mencadangkan agar seluruh Zionis-Yahudi yang sekarang berada di Tanah Palestin akan dikeluarkan dan dipindahkan ke Amerika Syarikat, dipetik Eramuslim.com.

"Satu kesilapan besar dalam sejarah ialah memberikan peluang kepada orang-orang Yahudi mendirikan negara di kawasan majoriti Muslim. Anda lihat sendiri, sejak saat itu (penubuhan Israel), perang kian menjadi dan sikap anti-Yahudi pun kian meningkat," demikian kenyataan Herman Heinsbroek dalam wawancara dengan Quote seperti dikutip JTA (22/1).

"Nah, inilah idea saya: hapus Israel dari Timur Tengah, berikan orang-orang Yahudi itu negara mereka sendiri di suatu kawasan di Amerika Syarikat dan masa selama 25 tahun bagi mereka untuk berpindah ke sana," tambah Herman Heinsbroek.

Ketepikan perbezaan, sepakatlah dalam kesatuan

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN | 26 Januari 2015.

http://mk-cdn.mkini.net/364/3819b2416698e1c774cb5f951148329b.gif
SETIAP parti mempunyai dasar dan agenda masing-masing. Atas prinsip perjuangan posisi dan dasar inilah yang menjadi nadi untuk setiap parti untuk terus berjalan dan terus maju.

Apabila wujudnya gabungan politik antara parti, maka harus wujudlah pula sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara setiap parti.

Apabila jurang perbezaan yang diperbesarkan, maka akan mengecillah ruang persamaan. Jika ini berterusan, muafakat itu akan pasti hancur.

Sebaliknya, apabila kita membesarkan ruang persamaan, maka akan kecillah jurang perbezaan. Dengan itu, muafakat itu akan kekal dan subur.

Ketika Umno berperang, Pakatan Rakyat ‘karam’

Oleh Amin Iskandar

http://2.bp.blogspot.com/_NYqYx2qGl4o/TU92ao22i1I/AAAAAAAAI8M/ySRDJ3IuVNQ/s400/kapal%2Bkaram%2Bpkr.jpg
Suka atau tidak, Pakatan Rakyat (PR) yang ditubuhkan selepas tsunami politik 2008 oleh PKR, DAP dan PAS boleh dikatakan sudah berakhir.PR yang menjadi ancaman besar kepada Barisan Nasional (BN) dan mendapat sokongan 51% undi popular semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu mungkin tidak bersama lagi pada pilihan raya umum akan datang.

Ketika itu, gabungan politik yang ada dalam negara ini juga mungkin sudah berbeza.

Hari ini pemimpin PAS dan DAP berbalah secara terbuka hampir setiap hari dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini menjadi “pengikat” kepada dua-dua parti itu sudah tidak memainkan peranannya lagi.

Mungkin Anwar sudah putus asa dan bosan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas kemelut menteri besar Selangor tahun lalu.

Sekutu Anwar di dalam PAS tidak boleh melakukan apa-apa dan kerjasama di antara kelompok Hadi dan kumpulan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak dapat dihentikan lagi.

Apabila pada Jumaat lepas Hadi memberi amaran pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mencetuskan tragedi 13 Mei, jelaslah presiden PAS itu sudah mengambil peranan Perkasa dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), dan DAP sudah pasti tidak akan memaafkannya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...