TERKINI :

Wednesday, December 31, 2014

Antara kisah POLIGAM & POLIGAMI dimusim banjir

DrAzman Ibrahim
14 hrs · Kampong Pulau Melaka ·

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2014/12/26/12/15/banjir%20kelantan%204.ashx?mw=940&mh=529&bc=FFFFFF
Kuat sungguh POLIGAM musim banjir ni. Poligam ini tak ada kena mengena dengan poligami. Kepada yang nampak sangat ghairah dengan poligam, suka saya memberikan beberapa tips.

1. Kaki seluar jangan sinsing dalam air. Rakyat nak muntah tengok pemimpin sinsing kaki seluar macam segan nak kena air.

2. Kalu air tu cetek, duduklah mencangkung supaya nampak air tu paras dada. Kalu boleh nampak paras leher lagi baik! Tapi jangan tenggelam terus sebab tak nampak muka.

3. Ambik gambar dlm air banjir janganlah senyum kemewek. Rakyat tengah kena musibah, kita pemimpin tersengih-sengih. Ilmu lakonan tu kena belajar sampai khatam.

QZ8501 : Pesawat terperangkap dalam pusaran angin


Terbang terlalu perlahan ketika hampiri kawasan cuaca buruk

a
JAKARTA 29 Dis. – Pakar penerbangan mendakwa pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura semalam mungkin terbang terlalu perlahan apabila menghampiri kawasan cuaca buruk.

Portal berita Herald Sun melaporkan Pengarang laman web penerbangan, airlineratings.com, Geoffrey Thomas, percaya pesawat QZ8501 menghadapi cuaca buruk namun terbang terlalu perlahan untuk mengelak keadaan itu.

“Juruterbang-juruterbang yang saya temui percaya anak kapal pesawat QZ8501 cuba mengelak ribut dengan meningkatkan altitud namun mendapati mereka terbang terlalu perlahan dan mengurangkan keadaan pegun aerodinamik, keadaan hampir sama dalam kejadian pesawat Air France AF447 yang terhempas pada 2009,” katanya.

Thomas berkata, pesawat Airbus A320 itu terbang terlalu perlahan pada kelajuan kurang kira-kira 100 knot iaitu kira-kira 160 kilometer sejam berbanding kelajuan sepatutnya pada altitud ketika kejadian itu, satu perkara yang sangat berbahaya.

Rakyat marhean menangis tetapi YB tetap bersenyum manis

Oleh Aiman Haziq Johari

Baru sekejap tadi saya melihat seorang ibu yang tiba-tiba menjadi sebak menceritakan kisah keperitan hidup anak perempuannya yang kelaparan kerana tiada bekalan makanan di Kuala Krai (antara tempat yang paling teruk dilanda banjir).

Dan di dalam perbualan group whatssup setiap minit ada sahaja cerita-cerita yang sangat menyayat hati.

Bagi yang tidak berada di situasi sebenar saya cadangkan tutup sahaja saluran berita kerana kalau tidak mengampu ia hanya pandai mereka-reka cerita.

Sentiman emosi dan ketidakpuasan hati menjadi topik hangat bagi rakyat marhean ketika mana menghadapi situasi banjir yang maha dashyat pada tahun ini.

Jika dulu Malaysia yang sangat bertuah kerana merupakan negara yang tidak berada dalam lingkaran gunung berapi ataupun terkecuali daripada gempa bumi berskala besar akan tetapi zon selesa itu rupanya sudah tidak relevan lagi apabila tercetusnya pelbagai kisah duka rakyat marhean.

Bala demi bala menimpa, macam ada yang tak kena

Oleh Shahbudin Husin

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2012/1229/Kosmo/Negara/ne_08.1.jpg
Belum pun reda musibah banjir di Pantai Timur yang terus menggila sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pulang tergesa-gesa dan mengarahkan menteri Kabinet yang sedang bercuti agar turut kembali segera, negara kini dikejutkan lagi dengan kehilangan sebuah pesawat Kumpulan Air Asia yang membawa 155 penumpang.

Laporan terkini menyebut pesawat Air Asia Indonesia yang sedang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura itu dipercayai terhempas di perairan Belitung Timur, berhampiran timur Sumatera kerana cuba mengelak ribut di angkasa.

Dengan kejadian terbaru ini, bertambah lagi duka rakyat negara kita. Jika dicampur dengan kehilangan pesawat MH370 yang masih belum dijumpai, MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, diikuti banjir dan terbaru kehilangan pesawat Air Asia, bala yang menimpa negara kita seolah-olah satu demi satu dan tiada hentinya.

Mungkin ramai yang turut menyimpan perasaan dalam hati, selepas ini entah apa lagi musibah bakal menimpa kita.

'Saya terpaksa makan biskut hanyut'


Nor Aini menceritakan saat-saat cemas yang ditempuhinya.  
Nor Aini menceritakan saat-saat cemas yang ditempuhinya.
KUALA KRAI- “Ya Allah jika ini ujian kami, kami terimanya dengan redha”

Demikian luahan guru penolong kanan Sekolah Kebangsaan Menengah  Kebangsaan Manek Urai, Nor Aini Mat Nor yang bertanggungjawab menjaga 150 orang mangsa banjir yang melanda sekitar kawasan tersebut Rabu lalu.

Lokasi kawasan sekolah ini dikatakan paling terjejas kerana ia berhadapan dengan sungai dan menjadi viral di laman sosial yang mendakwa ia runtuh akibat hentaman air sungai berhampiran.

Menceritakan detik ngeri kejadian, Nor Aini yang sudah berkhidmat 20 tahun di Kementerian Pendidikan berkata, ramai penduduk kampung tidak membuat persiapan memandangkan banjir besar tidak pernah berlaku sejak 1927.

Katanya pada pagi Selasa, keadaan masih aman, namun bertukar menjadi ganas pada pagi Rabu apabila peningkatan air secara mendadak mengakibatkan orang kampung panik.

PAS Kedah bantu mangsa banjir Kelantan

ALOR SETAR: PAS Kedah akan menghantar kira-kira 500 sukarelawan ke Kelantan mulai 1 hingga 10 Januari ini bagi membantu mangsa banjir, khususnya dalam kerja-kerja pembersihan premis yang terbabit dengan banjir.

Menurut Setiausaha PAS negeri, Ustaz Musoddak Ahmad, setiap PAS kawasan akan menyediakan tidak kurang daripada 33 orang petugas sepanjang tempoh tersebut.

Jelasnya, PAS Kedah akan bertumpu kepada dua kawasan Parlimen yang teruk dilanda banjir iaitu Gua Musang dan Kuala Krai. Manakala agihan sukarelawan dari Kedah yang akan membantu kawasan parlimen Gua Musang iaitu Sik, Pendang, Padang Terap, Jerai, Merbok, Jerlun, Kubang Pasu dan Kuala Kedah.

Sementara sukarelawan daripada kawasan Kulim-Bandar Baharu, Baling, Pokok Sena, Sg Petani, Alor Setar, Langkawi dan Padang Serai pula akan membantu di parlimen Kuala Krai.

MKN perlu ubah SOP bantu mangsa banjir

Wartawan Sinar Harian

Kelihatan staf Kumpulan Media Karangkraf sedang bertungkus-lumus menyusun barangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh HAIRUDIN HAMDAN
Kelihatan staf Kumpulan Media Karangkraf sedang bertungkus-lumus menyusun barangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh HAIRUDIN HAMDAN Kelihatan staf Kumpulan Media Karangkraf sedang bertungkus-lumus menyusun barangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh HAIRUDIN HAMDAN

KUALA LUMPUR – Pas menyarankan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengubah prosedur operasi standard (SOP) dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir kali ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, perkara itu penting kerana tidak semua mangsa banjir berada di pusat pemindahan yang disediakan seterusnya didaftarkan untuk layak menerima bantuan.

“Tetapi banjir kali ini, MKN tidak boleh gunakan SOP itu, kerana air naik terlalu cepat. Jika ada antara mereka yang tidak sempat mendaftar dan terperangkap dua tiga hari sama ada di atas bumbung di rumah mereka atau mereka terpaksa lari ke bukit, adakah perlu pakai SOP itu?

“Jadi untuk banjir kali ini, MKN perlu melihat kembali SOP itu. Tidak perlu kita beri bantuan ikut daftar atau tidak,” katanya kepada media.

Golf di Hawaii: Tak salah, hanya tak kena masa, kata penganalisis

‘Golf diplomacy’ antara pemimpin dunia bukan perkara baru sebagaimana  Datuk Seri Najib Razak bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii tetapi ia menimbulkan rasa kurang senang rakyat kerana negara ketika itu berhadapan bencana banjir luar biasa. – Gambar fail Reuters, 30 Disember, 2014.
‘Golf diplomacy’ antara pemimpin dunia bukan perkara baru sebagaimana Datuk Seri Najib Razak bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii tetapi ia menimbulkan rasa kurang senang rakyat kerana negara ketika itu berhadapan bencana banjir luar biasa. – Gambar fail Reuters, 30 Disember, 2014.

Minggu lalu, kritikan terhadap Datuk Seri Najib Razak berterusan di laman media sosial apabila akhbar The Washington Post memuat naik artikel berserta gambar beliau bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii sehari sebelum Krismas.

Sedangkan pada masa sama, situasi banjir di negeri pantai timur Semenanjung Malaysia semakin buruk dengan hampir 100,000 ditempatkan di pusat pemindahan mangsa banjir ketika itu.

Susulan artikel "In Hawaii, Obama golfs with Malaysian Prime Minister Najib Razak" (Di Hawaii, Obama bermain golf bersama Perdana Menteri Malaysia Najib Razak) bersama gambar perdana menteri bermain golf dikeluarkan akhbar berkenaan, pengguna laman media sosial mula mengkritik Najib dan mendakwa beliau tidak mengendahkan rakyat yang terpaksa berhadapan banjir besar terutamanya di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Najib kemudiannya pulang pada hari Isnin dan menjelaskan aktiviti golf bersama Obama itu demi hubungan diplomasi negara dan ia tidak bermakna beliau sengaja mengabaikan bencana banjir di negara ini.

QZ8501: Fokus utama keluarkan mangsa

QZ8501
SURABAYA - Presiden Indonesia Joko Widodo berkata, fokus utama pasukan mencari ketika ini adalah mengeluarkan mayat penumpang dan kru dari kawasan pencarian pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501.

Beliau berkata, usaha mencari secara besar-besaran melibat aset laut dan udara akan ditumpukan ke lokasi pencarian esok, kira-kira 110 batu nautika dari Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

"Saya telah berada di sana sejam tadi dan telah mengarahkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia melakukan operasi mencari bersama-sama agensi dan aset lain termasuk dari negara jiran seperti Singapura, Malaysia dan Australia.

Bom: Jiran reda kehilangan anak tunggal


Keadaan rumah Mohd Sharizal yang rosak dan masih berselerak. - Foto Bernama  
Keadaan rumah Mohd Sharizal yang rosak dan masih berselerak. - Foto Bernama

GURUN - Mohd Sharizal Abd Wahab, 30, bapa kepada kanak-kanak, Mohd Aqif Lokman, 5, yang maut akibat letupan bom pada 24 Disember lalu, melihat keadaan rumahnya yang rosak teruk ketika ditemui di Taman Ria Mesra II di sini, semalam.

Dalam kejadian itu isterinya, Zuraida Mat Rotebe, 30, turut parah dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Dia dan isteri yang masih bersedih dengan peristiwa itu reda dengan kehilangan anak tunggal mereka.

Misteri QZ8501 terungkai, lebih 40 mayat ditemukan di Laut Jawa

ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat mengangkat serpihan pesawat AirAsia yang ditemukan di Laut Ja
JAKARTA 30 Dis. - Misteri kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 sejak dua hari lalu, akhirnya terungkai ekoran penemuan lebih 40 mayat penumpang di zon pencarian di Laut Jawa, sekali gus mengesahkan bahawa pesawat yang membawa 162 orang itu terhempas ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, kelmarin.

Angka korban dijangka terus meningkat ketika pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan lebih banyak mayat yang ditemukan tidak jauh dari lokasi penemuan serpihan pesawat tersebut, kira-kira 160 kilometer dari barat daya Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Malah apa yang lebih menyayat hati, portal berita Detik News melaporkan, empat mayat penumpang ditemukan dalam keadaan berpegang tangan, seolah-olah menunjukkan mangsa masih hidup sejurus pesawat itu terhempas.

Bagaimanapun belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Indonesia tentang jumlah sebenar mayat yang ditemui di zon pencarian setakat ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...