TERKINI :

Tuesday, December 30, 2014

Pesakit bersabung nyawa, helikopter untuk VVIP

Seorang pegawai kesihatan kecewa kerana perkhidmatan helikopter yang terhad terpaksa digunakan untuk membawa orang kenamaan yang meninjau banjir dan bukannya bagi membawa pesakit kritikal ke hospital.

Dr Afiq Rahim yang bertugas di klinik kesihatan Badang di Kota Bharu berkata, seorang pesakit yang mengalami pendarahan teruk akibat barah rahim tidak dapat diterbangkan dengan sebuah helikopter.

Dalam tulisannya di Facebook sejak banjir mula melanda, kejadian itu berlaku pada hari Ahad lalu.

Beliau sendiri pucat lesi kerana terpaksa merawat pesakit tersebut tanpa bius dan alat yang mencukupi.

Afiq berkata, mujurlah seorang rakan sekerjanya, seorang pakar ginekologi tiba tepat waktu dan membantu untuk menjahit luka tersebut tanpa bius.

Beliau seterusnya bergegas mendapatkan helikopter untuk membawa pesakit tersebut ke HUSM di Kubang Kerian.

Katanya, pesakit tersebut sudahpun sedia diletakkan di atas troli untuk dibawa ke Kolej Jamiah Islamiah Putra, kira-kira 10 km dari situ untuk dibawa dengan helikopter.

Dalam suasana cemas tersebut, Afiq berkata beliau kemudiannya diberitahu supaya menunggu kerana helikopter berkenaan perlu membawa orang kenamaan yang ingin meninjau banjir.

"Akhirnya sebuah helikopter agensi kerajaan dikhabarkan dalam perjalanan ke sini. Tidak lama selepas itu, saya menerima berita menyayat hati," tulisnya di Facebook.

Katanya, individu yang dihubunginya itu memberitahu bahawa helikopter tersebut terpaksa ditahan untuk kegunaan seorang orang kenamaan.

"Bagai disambar halilintar saya mendengarnya...," katanya yang sangat kecewa dan menjerit ke gagang telefon bahawa pesakitnya dalam keadaan genting.

"Saya kecewa kerana pihak berkuasa gagal meletakkan keutamaan antara nyawa dan individu VIP tersebut," katanya.

Gurun : Letupan bom - Jiran terdengar bunyi mesin memotong sesuatu


Seorang penduduk Taman Ria Mesra 11 di Gurun, Mohd Shahrizan Abd Wahab berkata beliau terdengar bunyi mesin memotong sesuatu sehari sebelum kejadian dari rumah jirannya dan menyangka jirannya itu sedang melakukan aktiviti biasa.

"Namun saya tidak sangka bunyi itu datang dari aktiviti yang mendatangkan bencana besar," katanya yang kematian seorang anak sementara isterinya cedera parah dalam kejadian letupan peluru pelancar roket anti kereta kebal pada 24 Disember lalu.

Anaknya Muhammad Akif Luqman, 5, terkorban sementara isterinya Zuraida Mat Rotobe, 30, dimasukkan ke hospital dan dibenarkan pulang.

"Isteri saya masih terbayang kejadian tersebut. Dia melihat anak kami yang sedang berada di ruang tamu tercampak akibat letupan kuat itu dan dia yang berlumuran darah kerana turut tercedera sempat memangku anak kami yang sudah tidak bergerak lagi," katanya dan menambah isterinya kemudiannya meminta pertolongan jiran-jiran.

Duka menjelang tahun baharu 2015

TOK PERAK



*TIDAK syak lagi duka menyelimuti wajah dan perasaan sebahagian besar rakyat Malaysia menjelang beberapa hari kedatangan tahun baharu 2015. Banjir besar melanda negeri-negeri pantai timur...

Ketika rencana ini ditulis – Jumaat – lebih 100,000 orang telah dipindahkan di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Jabatan Meteorologi meramalkan hujan akan terus turun, banjir mungkin merebak ke negeri-negeri lain, termasuk Johor.

Perhubungan darat di kawasan terlibat terputus, ada jalan mendap, ada tanah runtuh. Banyak kawasan bergelap akibat bekalan elektrik terpaksa dihentikan untuk keselamatan.

Memang di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir menerima pelbagai bantuan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tetapi sentiasa ada kebimbangan – dan kecemasan – di jiwa mereka mengenangkan nasib rumah dan harta-benda yang ditinggalkan.

Pimpinan Pas tidak lagi dijemput menyertai program dianjurkan PasMa

Pasma tak jemput Pas

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/pasma_logo.jpg 
 
ALOR SETAR - Pimpinan Pas tidak lagi dijemput menyertai program dianjurkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sebaliknya hanya melibatkan pimpinan dari PKR serta DAP sahaja.

Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, mereka menghormati arahan Pas Pusat supaya pimpinan Pas di semua peringkat tidak melibatkan diri dengan aktiviti mereka bagi memelihara keutuhan parti seperti termaktub dalam surat pekeliling bertarikh 15 Disember lalu.

“Kita kesal kerana maklumat mengenai surat pekeliling itu hanya diketahui melalui pihak ketiga bukan dari Pas Pusat sendiri. Sepatutnya selepas mereka mencapai kata putus tentang isu ini, satu surat pemberitahuan secara rasmi perlu dihantar kepada kami.

Jadikan Kuala Krai dan Gua Musang jajahan istimewa

SUSUPAN MALAM


Esok Perdana Menteri Mohd Najib Razak akan mengadakan lawatan kedua ke Kelantan untuk meninjau masalah banjir. Beliau akan ke Jajahan Gua Musang dan Kuala Krai yang mana dua jajahan ini tidak sempat dikunjungi semasa beliau melawat banjir di Kelantan dua hari lepas.

Najib akan membuat tinjauan sendiri. Keinginan itu selepas melihat gambar-gambar kemusnahan harta benda mangsa banjir di jajahan berkenaan.

Molek benarlah kalau Najib mengunjungi ke jajahan berkenaan. Kedua jajahan itu adalah dua jajahan yang teruk dilanda banjir dan menjadi jajahan yang terawal dilanda banjir selepas Rantau Panjang. Sampai ke hari ini jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan dari dua jajahan itu yang terbanyak.

Elok kalau semasa lawatan besok Najib mengumumkan sesuatu yang signifiken untuk Kuala Krai dan Gua Musang. Pengumuman sesuatu yang boleh memulihkan semangat dan jiwa mangsa banjir diperlukan untuk memberi kekuatan mangsa terus membina kehidupan mereka.

Pesawat QZ8501 mungkin di dasar laut

a
JAKARTA 29 Dis. - Pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dalam penerba­ngan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura awal pagi semalam berkemungkinan berada di dasar laut selepas dikhuatiri terhempas di perairan Indonesia ketika beberapa negara sekitar Asia menghantar kapal dan pesawat untuk membantu operasi pencarian.

Pesawat Airbus A320-200 yang membawa seramai 162 orang itu dilaporkan hilang selepas juruterbang gagal mendapat kebenaran daripada pusat kawalan trafik udara Lapangan Terbang Antarabangsa Sukarno-Hatta untuk menukar laluan bagi mengelakkan cuaca buruk.

Pesawat QZ8501 itu juga dimaklumkan tidak mengeluarkan isyarat kecemasan dan hilang di perairan Laut Jawa lima minit selepas gagal mendapat kebenaran pertukaran laluan berikutan kesesakan trafik udara.

Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Soelistyo berkata, berdasarkan koordinasi mereka, pesawat itu dijangka berada di dasar laut.

Ayuh kita bantu kakak ini..!!!

Sinar Harian prihatin lawat pesakit barah otak

Keadaan Norzilawati terlantar sakit. Gambar kecil: Norzilawati sebelum menghidap barah otak.  
Keadaan Norzilawati terlantar sakit. Gambar kecil: Norzilawati sebelum menghidap barah otak.

ALOR SETAR - Kakitangan Sinar Harian dan Sahabat-Sahabat Seiring Bersama menyampaikan keperluan tilam angin dan susu kepada pesakit barah otak tahap empat, Norzilawati Abdullah, 32 di Baling, semalam.

Pengurus Kanan Operasi Sinar Harian Utara, Rusmin Fadzil berkata, sumbangan itu bagi memberi keselesaan kepada Norzilawati yang menderita penyakit itu sejak dua tahun lalu.

"Norzilawati telah melakukan pembedahan membuang ketumbuhan sebanyak dua kali hanya mampu terbaring dan menahan kesakitan kerana mata kirinya semakin membengkak.

“Walaupun dia ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, tetapi bantuan itu belum mampu meringankan beban Norzilawati,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh bebuat demikian dengan memberi sumbangan melalui akaun Maybank Abdullah Hussin (1582 5701 5348) atau menghubungi di talian 019 4333 904.

Banjir di Kedah bukan berpunca dari empangan


JAMILAH HAMZAH

Laporan Banjir 

ALOR SETAR - Tiga empangan utama Ahning, Pedu dan Muda bukan penyebab berlakunya banjir di beberapa kawasan di Kedah sebaliknya, berpunca daripada lembangan sungai yang melimpah akibat air hujan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Othman Aziz berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan membuka pintu air secara berkala bagi mengelakkan lembangan sungai melimpah sehingga menyebabkan banjir di kawasan lembangan sungai.

Menurutnya, kapasiti air di tiga empangan Pedu (93.87meter), Ahning (119.48 meter) masih berada dalam keadaan terkawal bagaimanapun Muda mengalami sedikit limpahan apabila air mencatat ke paras 101.19 meter daripada kemampuan sebenar 100.58 meter sekali gus menyebabkan lembangan sungai di bawah melimpah dan berlakunya banjir di beberapa kawasan di Padang Terap.

TNB - Usaha pulihkan bekalan elektrik, air


http://solar.ecosensa.com/images/tnblogo.jpgKUALA LUMPUR - Bekalan elektrik di Kelantan beransur pulih dengan jumlah pencawang elektrik (PE) yang sudah dipulihkan meningkat kepada 547 setakat 4 petang, berbanding 464 pada sebelah pagi.

Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Abdul Aziz Abdul Majid berkata 1,413 daripada 1,960 PE yang terpaksa dihentikan operasi ketika keadaan banjir memuncak di negeri itu, masih belum dipulihkan.

"Bekalan tenaga yang hilang juga menurun kepada 72.5 MW (megawatt) berbanding 146 MW ketika banjir memuncak di negeri itu.

"Setakat 4 petang ini, 21 set janakuasa bergerak dengan kapasiti kVA (kilo Volt Ampere) hingga 1,000 kVA juga telah dioperasi di Kelantan. TNB juga akan memasang beberapa lagi set janakuasa di lokasi yang memerlukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

QZ8501 : Operasi mencari pesawat tetap diteruskan

Operasi mencari pesawat QZ8501 tetap diteruskan

QZ8501

SINGAPURA - Operasi Mencari dan Mengesan (SAL) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang akan diteruskan Selasa setelah operasi itu pada Isnin dihentikan menjelang malam.

Sekalipun terdapat laporan yang pesawat itu berkemungkinan berada di dasar laut, operasi SAL yang diketuai Indonesia, bersama Singapura dan Malaysia, masih belum dapat mempastikan lokasi sebenar pesawat.

Penerbangan QZ8501, sebuah Airbus A320-200 yang membawa 162 orang, berlepas pada 5.20 pagi Ahad dari Surabaya, Indonesia, dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 8.30 pagi yang sama.

Ia akhir sekali mengadakan kontak dengan Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Awal hari ini, Indonesia menerima tawaran Singapura untuk menghantar dua pasukan pakar dan dua set pengesan 'underwater locator beacon' dari Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Kementerian Pengangkutan Singapura untuk membantu mengesan perakam data penerbangan pesawat hilang itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...