TERKINI :

Sunday, December 28, 2014

QZ8501: Tiga kapal TLDM sertai SAR

KUALA LUMPUR - Tiga kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan belayar malam ini untuk menyertai operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang.
   
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tiga kapal tersebut ialah KD Pahang, KD Lekir dan KD Lekiu yang turut membawa helikopter Fennec.
   
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula akan menggunakan pesawat C130 untuk membantu Indonesia dalam operasi mencari dan menyelamat itu.
   
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga bersedia untuk memberi apa jua bantuan yang diperlukan Indonesia dalam misi tersebut.
   
Hishammuddin dalam kenyataan berkata beliau telah berhubung dengan Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu dan memaklumkan bahawa Malaysia bersedia untuk memberi bantuan jika diperlukan oleh kerajaan Indonesia, dalam semangat perpaduan Asean.

"Saya telah mengarahkan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Roslan Saad agar berhubung rapat dengan rakan sejawatan mereka di Indonesia untuk perkembangan lanjut.
   
"Malah, saya juga berhubung dengan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen mengenai perkara ini untuk mengukuhkan lagi komitmen kita dalam usaha mencari dan menyelamat. Ingatan dan doa kami bersama penumpang, anak kapal dan anggota keluarga di dalam pesawat QZ8501," kata Hishammuddin.

Mangsa banjir cecah 203,023 petang ini

Mangsa banjir di seluruh negara mencecah angka 203,023 pada jam 5 petang ini - meningkatkan kira-kira 34037 orang pagi tadi.
 
Berdasarkan angka yang disediakan oleh Bernama petang ini, Kelantan mencatatkan peningkat paling ketara seramai 31,559 kepada 124,966 berbanding 93,407 pagi tadi.
 
Terengganu juga mencatat penambahan 2,420 mangsa banjir sehingga jam 5 petang ini, berbanding 33,990 pagi tadi.
 
Perak juga mencatatkan peningkatan seramai 68 orang kepada 7,581 berbanding 7,513 orang pagi tadi.
 
Bagaimanapun, angka mangsa banjir di Pahang tidak berubah sebanyak 33,601.
 
Di Johor pula jumlah mangsa banjir kurang 10 orang berbanding 475 orang pagi tadi.
 

Pesawat AirAsia disyaki hilang di sekitar Pulau Belitung

# Cuaca buruk sukarkan operasi menyelamat

# Pesawat AirAsia membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal hilang pagi ini.

# Pesawat Airbus 320-200 daripada Surabaya, Indonesia pada 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysian) dan dijadual tiba ke Singapura dua jam selepas itu.

# Ia bagaimanapun hilang kawalan dengan pusat kawalan trafik udara.

# LAPORAN LANGSUNG

2.25pm: CCTV China di Twitter melaporkan bahawa bangkai sebuah pesawat ditemui di timur Pulau Belitung, Indonesia.

Tiada maklumat lanjut dinyatakan, mahu pun pengesahan AirAsia atau mana-mata pihak berkuasa berhubung perkara itu.

2.05pm: Ketua operasi mencari dan menyelamat di Belitong Joni Supriadi berkata, pihaknya sedang mempersiapkan sebuah kapal menyelamat ke Belitung.

Bagaimanapun, keadaan cuaca buruk mungkin menyukarkan operasi ke lokasi yang dikatakan jatuhnya pesawat Air Asia itu.

"Namun cuaca yang sangat buruk sehingga kapal Belitung Ekspress ke Pangkal Pinang tidak dapat meneruskan perjalanan hari ini," katanya dalam Kompas TV.

Lagi bukti untuk membakul sampahkan alasan darurat & Insurans Najib dalam situasi banjir

 
Siapalah agaknya punahsihat Najib ni?

Memandai je cakap insurans TAK cover waktu darurat.

General exclusions ini ada ditulis dengan jelas dalam polisi.

General Insurans/Takaful, tidak cover Act of God, tapi kalau ambil "special perils" untuk banjir, sykt insurans/takaful tetap bayar pampasan.

Untuk Insurans/Takaful Hayat pula, TIADA disebut sebarang general exclusions (pengecualian umum) melainkan peperangan, penaklukan, revolusi, rampasan kuasa, rusuhan, mogok atau kekacauan awam.

Persoalannya, kenapa masa jerebu kerajaan boleh istihar darurat di Muar? Ingat lagi tak?

p/s - Huru hara rakyat Malaysia dok bertanya kepada semua agent insurans/takaful masing2.

Apabila ada "GENG UMNO" mempolitikan situasi banjir, maka haramjadahlah jadinya..!!!

Ameno World
KLIK SINI
KLIK SINI
Macam biasa. Akhirnya geng2 BN yang menjalankan peranan mempolitikkan situasi banjir.

Di Johor. Pembangkang yang hantar bantuan ke pusat pemindahan banjir di halau. Atas alasan tiada jemputan rasmi ataupun tidak dijemput untuk memberikan bantuan. Kita hidup di negara apa neh sampai orang yang hantar bantuan pun perlu mempunyai surat jemputan.

Bila tak dibantu atau melakukan apa2 tindakan, kita juga yang kena kecam. Tapi bila kita datang membantu, kita dihalaunya atas alasan tidak mempunyai jemputan.

Di Kelantan. Pasukan sukarelawan kita telah dihalau atas sebab dia team hijau. Yang masak team hijau. Yang conquer pusat pemindahan team biru. Maka team biru taknak geng dengan team hijau dan mohon team hijau undur cara baik.

Haha. Memang gila. Team hijau dah lama bertapak disitu sejak dari hari pertama banjir. Datang team biru tiba2 nak rasa tergugat dengan kehadiran team hijau.

Pulau Pinang sumbang RM1.5 juta, kerjasama Firefly bantu mangsa banjir


http://www.worldstatesmen.org/my-p.gif
GEORGE TOWN, 27 DIS: Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM 1.5 juta bagi membantu mangsa banjir Pantai Timur, umum Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh.

Beliau memaklumkan sebahagian dari sumbangan akan digunakan bagi membeli keperluan asas seperti susu tepung, tuala wanita dan air minuman.

Menurut Phee, kerajaan negeri turut mendapat kerjasama syarikat penerbangan Firefly yang menawarkan bantuan untuk menghantar semua sumbangan yang dikumpulkan.

“Syarikat penerbangan Firefly memberikan kerjasama yang baik dengan menawarkan khidmat menghantar barangan dari Pulau Pinang ke Kota Bharu.

“Mereka antara syarikat terawal berusaha menyediakan khidmat menyelamat mangsa banjir dari Kota Bharu dan Kuala Terenggan,” kata Phee dalam satu kenyataan.

Kontinjen dari DAP Pulau Pinang bersiap sedia menuju Kelantan

 

Kontinjen dari DAP Pulau Pinang bersiap sedia menuju Kelantan Darul Naim. ‪#‎PantaiTimurKamiDatang‬
--
Ringankan tangan, hulurkan bantuan. Sumbangan boleh dimasukkan terus ke Tabung Bencana Banjir DAP Malaysia. Ambank: 8881002244649. Sumbangan barang-barang keperluan boleh dihantar ke pusat-pusat pengumpulan berikut bermula hari ini sehingga Selasa 30 Disember:

1. DAP Selangor HQ
Alamat: No. 24, Jln 20/9, Paramount Garden, 46300 Petaling Jaya.
Masa: 10.30am-4pm

2. Dewan Orang Ramai Kg Baru Balakong
Alamat: Jalan Kb 2/12a, Kampung Baru Balakong, 43200, Seri Kembangan
Masa: 8am-10pm

3. Pusat Khidmat Kinrara
Alamat: 5-2 Jalan Cenuk 2, Off Bt10 Jalan Puchong.
Masa: 10am-5pm

Najib pentingkan Insurance dari kesusahan rakyat menghadapi banjir..!!

Najib Pasti Menggelupur Dengan Jawapan Pengurus Insurans Ini..

Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans. Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat.

Ini pandangan saya:+ Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan.

+ Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir.

Azmin ziarah TG Nik Abdul Aziz di HUSM


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menziarahi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kota Bharu hari ini.

Selangor Kini melaporkan, Azmin meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang mendapat rawatan dan masih berehat di HUSM. (Foto atas oleh Selangor Kini)

Beliau kemudian meneruskan lawatan ke atas mangsa banjir menaiki helikopter di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini.

Lawatan itu turut disertai Naib Presiden PAS merangkap Adun Salor, Datuk Husam Musa.

Azmin berada di Kelantan bagi meninjau keadaan banjir di negeri itu, selain menyampaikan sumbangan RM1juta, sejak semalam dan pulang ke Selangor petang ini.

Lawatan Timbalan Presiden PAS ke kawasan banjir dan penempatan mangsa banjir di Kelantan



Mohon kongsikan info ini - Siapa tahu akan projek Empangan Jajar di sempadan Kelantan/Terengganu..??


Alhamdulillah, berkat prihatin seorang dermawan kami dapat membuat tinjauan menggunakan helikopter ke Gucil bersama YAB MB Selangor Azmin Ali dan Saudara Salehuddin Ayub.

Semasa di airport Kota Bharu kami terserempak dengan konvoi besar menunggu PM yang akan melawat Kelantan. Seakan pusat kritikal adalah PM lebih dari rakyat jelata yang sedang penuh kebimbangan, takut dan menjurus kepada panik kerana bekalan makanan masih belum sampai sejak beberapa hari

Sewaktu menemui mangsa banjir, masing-masing bercerita kecepatan air meluncur dan kedalaman air melebihi semua banjir besar sebelum ini. Mangsa banjir yang ditemui mengadu antara punca adalah Empangan Jajar di sempadan Teregganu-Kelantan yang dalam pembinaan.

Saya tiada jawapan kerana pertama kali saya dengar tentang Empangan Jajar. Sesiapa ada info boleh hubungi kami.

Sultan Kelantan: Jangan bersengketa dengan alam

Banjir
KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu seluruh rakyat supaya menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait daripada perbuatan manusia.

Titah baginda, rakyat perlu bermuhasabah dengan apa yang dilakukan selama ini dan perlu memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.

"Marilah kita menghulurkan tangan persahabatan dengan alam sekitar dan marilah kita sedar bahawa segala macam musibah bencana dan malapetaka yang terjadi semua itu akibat daripada olahan tangan-tangan kita.

"Semoga ALLAH mengampuni kita semua dan menjadikan musibah ini dengan kebaikan yang banyak," titah baginda dalam teks yang diedarkan kepada media di sini, hari ini.

Baginda juga mahu rakyat agar tidak menyebarkan berita yang boleh menambahkan kekeruhan terhadap musibah yang berlaku itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...