TERKINI :

Tuesday, December 23, 2014

Anwar - Allahyarham Tan Sri Ani Arope Dalam Kenangan

Oleh Anwar Ibrahim

Perkhabaran duka saya terima awal Subuh tadi dengan pemergian Allahyarham Tan Sri Ani Arope ke rahmatuLlah tatkala sedang dalam rawatan di hospital swasta di Subang Jaya.

Allahyarham dahulunya pegawai Kanan MARDI, Pengarah Institut Penyelidikan Getah (RRI), dan terakhir menyumbang khidmat bakti selaku Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB). Allahyarham dikenali sebagai seorang ketua yang tegas khususnya dalam kontroversi pengeluar tenaga bebas (IPP) yang menyaksikan perjanjian berat sebelah yang nyata sekali membebankan rakyat terbanyak. Asakan politik ketika itu membuatkan Allahyarham terpaksa membayar harga yang mahal: meletakkan jawatan selaku pengerusi TNB atas prinsip dan integriti.

Memoir beliau yang dilancarkan tahun lepas, meskipun ringkas tetapi padat dengan maklumat dan pendedahan yang sewajarnya membuka mata rakyat.

Kesihatan Allahyarham acapkali terganggu beberapa tahun kebelakangan berikutan kanser prostat yang beliau hidap sekian lama tetapi dikesan hanya pada tahun 2010. Azizah berkelapangan beberapa kali menziarahi Allahyarham mewakili kami sekeluarga.

Sekalung takziah buat Puan Sri Sakinah dan keluarga atas pemergian Allahyarham kembali menemui Sang Pencipta. Nyata sekali ia satu kehilangan besar buat negara khususnya atas batu tanda integriti Allahyarham yang telah dipasak dalam lembaran sejarah.

Anwar Ibrahim

Nasihat buat Khairy: kurangkan mendongak keatas, nanti terlanggar bendul

Oleh Aspan Alias

http://www.mole.my/sites/default/files/images/HUSS5080.storyimage.JPG
Isu Khairy membidas seorang ahli UMNO yang tidak mempunyai jawatan penting didalam parti itu kerana mengkritik Najib Razak sedang hangat diperkatakan ramai. Saya yang mempunyai perasaan ‘soft spot’ terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu terpaksa juga memberikan sedikit komen.

Blog ini pernah menulis dan memberikan pandangan terhadap UMNO dan sebab-sebab UMNO sudah begitu ‘detached’ dengan rakyat yang ramai. Itulah sebabnya kerajaan sekarang sudah tidak diambil endah oleh rakyat sekarang ini dan keadaan ini berterusan, dan tidak nampak ianya akan diperbaiki malahan bertambah buruk dari hari ke hari dan dari masa ke semasa.

Dulu UMNO itu kuat kerana UMNO itu adalah parti kampung, seperti yang pernah disebut oleh Tun Musa Hitam dalam Perhimpunan Agung UMNO 1987 dahulu. Urat dan tunjang UMNO itu adalah dikampung dan di situlah letaknya tewas kekuatan parti itu. ‘Kampung’ yang disebut oleh Musa itu ialah orang Melayu kerana semasa itu ramai orang-orang Melayu masih tinggal dikampung dan pedalaman.

Adalah menjadi amalan kerajaan yang dipayungi oleh ‘orang kampung’ ini sentiasa bertindak rapit dengan orang dibawah-bawahan dan dirasakan begitu hampir oleh rakyat biasa (ordinary people).

Istiqamah lawan BN...itu yang terbaik..!!!

Oleh Zulkifli Yahaya

http://kanciltakcerdik.files.wordpress.com/2012/02/bn.jpg
JIKA konfrontasi Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak berterusan maka ia akan menjadi sumbangan saham terbesar dalam menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 nanti.Ramai orang sudah dapat meramalkan situasi tersebut menjelang negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60 pada tahun PRU14 dijangka diadakan.

Hampir tiada negara di dunia ini, di mana parti yang memerintah mampu bertahan lebih separuh abad tanpa kalah walaupun untuk satu tempoh waktu tertentu.

Hanya BN yang masih bertahan hingga kini.

Meskipun dengan ‘make up’ tebal oleh semua media utama negara yang dikuasai sepenuhnya, maka BN kelihatan masih kuat untuk mentadbir negara, hakikatnya parti pemerintah tua itu telah menghadapi kerosakan dalaman yang sangat teruk. Macam rumah usang yang dimakan anai-anai, tengok di luar mungkin masih kukuh namun boleh roboh dengan mudah.

Di saat getir bagi BN itu, apa yang perlu dibuat oleh mediamedia tunggangan mereka ialah menggambarkan pihak lawan kononnya yang bermasalah. Pakatan Rakyat yang digambarkan berpecah kerana tiada kesefahaman.

PAS, parti politik berprinsip atau menjaga kepentingan?

ANALISIS OLEH THE MALAYSIAN INSIDER


Sumber dalam PAS berkata, mereka akan mendapat manfaat daripada kerusi tambahan di kawasan majoriti Melayu, terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis jika sekiranya persempadanan semula dijalankan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Disember, 2014.
Sumber dalam PAS berkata, mereka akan mendapat manfaat daripada kerusi tambahan di kawasan majoriti Melayu, terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis jika sekiranya persempadanan semula dijalankan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Disember, 2014.

PAS kini berada dalam keadaan serba salah: sama ada untuk menyokong persempadanan semula kawasan Pilihan Raya oleh Suruhanjaya pilihan raya (SPR), yang bakal mewujudkan lebih banyak kerusi majoriti Melayu-Islam.

Atau menentangnya bersama-sama dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), yang percaya hanya dengan cara itu sahaja Barisan Nasional (BN) akan meningkatkan kerusi dan seterusnya mendapatkan kuasa 2/3 majoriti semula di Parlimen selepas kehilangannya dalam kedua-dua pilihan raya umum yang lalu.

Sumber dalam parti Islam itu berkata, mereka akan mendapat manfaat daripada kerusi tambahan di kawasan majoriti Melayu, terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis jika sekiranya persempadanan semula itu dijalankan.

Cari jalan terbaik selamatkan Yusuf al-Qaradawi

http://images.says.com/uploads/story_source/source_image/307258/88c6.jpg
KUALA LUMPUR: Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA), PKR mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Interpol untuk menangkap Syaikh Yusuf al-Qaradawi semata-mata kerana mengikut arahan rejim diktator al-Sisi di Mesir.

Pengerusinya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata perbuatan sedemikian adalah bercanggah dengan prinsip demokrasi serta menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia.

"Syaikh Yusuf al-Qardawi sangat besar sumbangannya kepada dunia Islam. Interpol tidak sewajarnya menerima arahan al-Sisi kerana pemerintahannya adalah zalim," tegasnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, Syaikh Yusuf al-Qaradawi dalam sejarah hidupannya sebagai seorang ilmuan dan da’i ternama sangat iltizam dengan pemikiran wasatiyyah (sederhana) dan sentiasa memupuk hubungan baik antara penganut-penganut Islam dan bukan Islam.

Cari siapa perosak MAS


Abdul Aziz Abdul Rahman - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM  
Abdul Aziz Abdul Rahman - 
Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SEBAGAI individu yang dipertanggungjawabkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein untuk membuka syarikat penerbangan negara bernama Malaysia Airlines (MAS), tiada apa yang lebih mengecewakan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman apabila melihat syarikat yang dahulunya gah terbang di udara kini hampir menyembah bumi.

Bekas Pengarah Urusan MAS itu tidak sanggup melihat syarikat yang dijaganya selama 20 tahun kini kerugian hampir RM7 juta setiap hari, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan semasa beliau dan pasukannya membuka MAS pada 1972 sehinggalah beliau bersara daripada syarikat itu pada 1992.

Beliau menegaskan, terlalu banyak masalah dihadapi MAS selama ini dan pihak bertanggungjawab tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

Najib jumpa Dr M berhubung isu 1MDB, kata sumber

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kritikan mengenai 1MDB, kata sumber. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Disember, 2014.

Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbincang berhubung kritikan bekas perdana menteri itu mengenai pelabur strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MD), kata sumber.

Perdana menteri bertemu Dr Mahathir pada Sabtu tetapi butir lanjut perjumpaan itu belum didedahkan.

“Ia perjumpaan yang mesra. Perdana menteri berpuas hati dengan pertemuan itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Perjumpaan itu diadakan selepas bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu berulang kali membangkitkan persoalan mengenai hutang besar dan penggunaan dana di 1MDB menerusi tulisan di blognya dan merungut mengenai operasi 1MDB pada sidang medianya.

Jemaah PAS nak ikut siapa sebenarnya nie..???


Jemaah nak ikut siapa...?

Jika benar hudud adalah nyawa kepada Pas, mengapa isu ini tidak diberi keutamaan semasa Pas memerintah Terengganu, Kedah dan 23 tahun Kelantan era TGNA...???

Rakyat Bangkit

Kesal Kerajaan Kedah kaut untung anjur pertandingan ratu cantik


Ahmad Tarmizi Sulaiman 
Ahmad Tarmizi Sulaiman

ALOR SETAR - Dewan Pemuda Pas Kedah menyelar tindakan mengaut keuntungan ekonomi melalui penganjuran Miss Tourism International: Show Extravaganza, biarpun ia bukan anjuran bersama kerajaan negeri.

Ketua Penerangannya, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, pihaknya membantah penganjuran acara seumpama kerana disifatkan mencampur adukkan kegiatan maaruf dengan aktiviti munkar.

“Pertandingan ratu cantik antarabangsa tahunan ini dikendalikan D ‘Touch International Sdn Bhd Foundation, bermula 1994 di Kuching. Malaysia selaku tuan rumah kepada Ratu Pelancongan Antarabangsa setiap tahun, kecuali 2006 diadakan di luar negara, iaitu Guangzhou, China,” katanya.

Alor Setar - Peniaga dan penjaja kecil diminta bayar pinjaman sebelum disenarai hitam

Bayar sebelum disenarai hitam
JAMILAH HAMZAH

http://www.kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2013/04/owh2...jpgALOR SETAR - Peniaga dan penjaja kecil yang menggunakan kemudahan Skim Pinjaman Bazar Ramadan diminta membuat bayaran semula sebelum disenarai hitam oleh institusi kewangan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ia perlu untuk menampung keperluan mereka pada masa akan datang terutama peniaga baharu yang memerlukan modal.

"Ramai peniaga culas membuat bayaran semula dan ini beri kesan kepada mereka jika ingin mendapatkan pinjaman semula selepas ini.

“Kerajaan akan beri kemudahan lain untuk bantu peniaga kecil dengan syarat mereka mesti ada rekod bayaran balik yang bersih,” katanya selepas menyampaikan sumbangan pakaian sekolah anjuran Persatuan Peniaga dan Peniaga Kecil Melayu Cawangan Kota Setar, di sini, semalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...