Bekalan pakaian sekolah yang diuruskan syarikat bukan Islam.  
Bekalan pakaian sekolah yang diuruskan syarikat bukan Islam.

GEORGETOWN - Bantuan zakat persekolahan yang diuruskan Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang menimbulkan keraguan.

Ia berikutan dakwaan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Pulau Pinang yang memaklumkan PUZ melakukan urus niaga bersama syarikat bukan Islam.

Setiausahanya, Malik Feisal Abdul Rahim berkata, ia perkara yang tidak sepatutnya berlaku memandangkan PUZ mengendalikan wang kutipan zakat dari orang Islam.

Menurutnya, dia difahamkan mana-mana penerima baucar zakat persekolahan perlu mengambil barangan mereka di sebuah pusat pakaian milik bukan Islam.

“Hampir setiap tahun kami melihat perkara yang sama berlaku apabila PUZ menyerahkan pengagihan pakaian kepada mereka.