TERKINI :

Saturday, December 20, 2014

Najib teruskan BR1M kerana percaya ‘Duit itu Raja’, kata Dr Mahathir

OLEH MUZLIZA MUSTAFA

 http://merdeka-online.com/home/wp-content/uploads/2014/01/tun-m.jpg
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan di Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 Disember, 2014. 

Kerajaan melakukan kesalahan besar dengan memberikan bantuan wang tunai secara "one-off" kepada penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk membantu mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup mereka, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, beliau pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan program berkenaan dengan mengatakan ia adalah langkah yang silap, namun Najib masih berdegil dan meneruskan pemberian wang tunai itu.

"Daripada kita memberikan wang tunai, lebih baik kita berikan latihan dan kemahiran. Saya sudah kata kepada Najib tetapi beliau percaya 'duit itu raja' dan boleh mendapatkan sokongan," kata Dr Mahathir, ketika menjawab pertanyaan daripada peserta dalam Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas Pengerusi SPR tahu ‘benda’ yang Zahid sebut?

HARAKAHDAILY | 19 Disember 2014.

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman harus membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai maklumat dalaman mengenai rasuah peringkat tertinggi Umno.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata Abdul Rashid pasti mempunyai maklumat tersebut, berikutan reaksi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepadanya bahawa ‘ada benda bekas Pengerusi SPR tidak dapat’, lapor Roketkini.

Abdul Rashid sebelum ini menggesa Datuk Seri Najib Razak berhenti berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara dan berlaku jujur kepada pemimpin Melayu.

Dalam kenyataannya minggu lalu Abdul Rashid menolak kepimpinan Najib yang disifatkannya sebagai ‘rasuah’ dan menegaskan bahawa Umno BN berada di ‘ambang kematian’.

Malah dia turut mencadangkan Perkasa untuk ‘mengukuhkan usaha untuk menjadi sebuah badan politik yang akan memerintah negara ini’.

Pas tidak pernah paksa negeri PR laksana hudud

KOTA BHARU - Kerajaan negeri yakin Kelantan mampu merealisasikan pelaksanaan hudud tahun hadapan mengikut kesesuaian secara realiti di sini, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Menurutnya, Kerajaan Pas Kelantan tidak menganggap Putrajaya sebagai 'lokasi' terakhir kepada perjuangannya, namun ia adalah sebagai alat untuk melaksanakan kehendak-kehendak agama Islam.

"Kita tidak boleh berhenti dengan kuasa sahaja, kalau kita dapat kuasa, tapi tidak buat agama, itu sudah salah dalam perjuangan kita, kita menang di Kelantan dan melaksanakan ajaran Islam setakat mana yang kita boleh.

"Di sini kita boleh bersikap realistik dan praktikalnya kerana 97 peratus adalah orang Melayu dan Islam, sebab itu kita buat undang-undang ini (hudud) di Kelantan, bukan pada negeri-negeri lain," katanya  selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini, semalam.

Menurutnya, Pas Kelantan juga tidak pernah memaksa negeri di bawah pentadbiran rakan komponen PR seperti Selangor dan Pulau Pinang untuk melaksanakan hudud kerana mengakui situasi dan realitinya sangat berbeza.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Kelantan memberitahu, jika ia berjaya dilaksanakan di Kelantan nanti, pihaknya juga mengalu-alukan jika ia mahu diguna pakai untuk seluruh Malaysia.

Mohd Amar yang juga AJK Pas Pusat turut menegaskan, mana-mana pihak yang enggan menerima hudud tidak boleh memaksa orang Islam untuk menolak undang-undang Islam itu.

"Kita ini sebuah negara demokrasi, sebab itu kita tidak boleh paksa kehendak kita kepada orang lain, mana-mana yang tidak setuju itu adalah hak dia. Pas terbuka, dia tak nak sokong, itu hak dia, tapi jangan paksa orang lain terutama orang Islam untuk tidak sokong undang-
undang Islam.

"Selama ini mereka kata benda ini bercanggah dengan perlembagaan, sekarang kita nak ikut saluran perlembagaan lah," katanya.

Rakyat bayar harga lebih untuk RON95

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata pengguna terpaksa menanggung harga tinggi untuk petrol RON95, sedangkan harga purata bagi 15 hari pertama Disember 2014 jatuh ke paras kurang dari RM2 seliter.

Menurutnya, formula yang diumumkan oleh kerajaan BN sebelum ini menunjukkan harga RON95 kini telah jatuh ke paras RM1.98 liter tanpa subsidi.

Malah, jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan, maka harga RON95 bagi dua minggu pertama bulan ini secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter, katanya.

"Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin BN pun yang berani menafikan kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat telah terlebih bayar harga minyak yang lebih tinggi yang dianggarkan RM274 juta dalam tempoh 45 hari sejak 1 November 2014.

"Mengikut amalan biasa, jumlah ini dikembalikan oleh syarikat-syarikat minyak kepada kerajaan sebagai cukai tersembunyi," katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan pengiraan itu, beliau mendesak kerajaan BN agar tidak berdolak dalih dan menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta.

Rafizi berkata, jika harga RON95 yang akan diumumkan pada 31 Disember ini lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ia bermakna BN terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.

"Selagi BN tidak menafikan perkara ini dan menjelaskan mekanisme sebenar, siapa yang menyimpan jumlah RM274 juta yang dibayar lebih oleh rakyat ini, selagi itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa mereka dicukai secara tersembunyi melalui harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam laporan Bernama semalam menyebut, harga runcit RON95 dan diesel dijangka diturunkan di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Jan ini, sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.

"Sekiranya harga minyak dunia terus mengalami penurunan selama tempoh 10 hari akan datang ini, saya yakin harga runcit RON95 dan diesel boleh ditetapkan pada harga di bawah RM2 seliter," katanya.

Harga runcit semasa bagi RON95 dan diesel pada ketika ini masing-masing RM2.26 dan RM2.23 seliter.

Kompom : Withdraw duit akan dicharge 6% sebab GST


BAYANG SEHARI ADA BERAPA JUTA TRANKSAKSI KELUAR WANG DILAKUKAN OLEH RAKYAT DI ATM BANK LAIN YG MANA KENA CHARGE RM1..... DAN DARI SITU RAKYAT KENA BAYAR LAGI 6SEN.....ANDA DARAB SENDIRI JIKA ADA SEJUTA KALU URUSAN TERSEBUT DILAKUKAN.....

> 1,000,000 x 0.06sen = RM10,000 sehari
cuba darab sebulan dan setahun...banyak mana duit rakyat dikumpul...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...