Keadaan semasa Istana Sepachendera. 
Keadaan semasa Istana Sepachendera.
ALOR SETAR - Desas-desus rancangan pembangunan semula Istana Sepachendera, Jalan Kampung Baru, di sini, dianggap sebagai berita gembira bagi kerabat diraja Kedah.

Yang Dipertua Majlis Kerabat Diraja Kedah, Syed Idrus Syed Baharom berkata, perkara itu sudah disahkan kepadanya melalui mesyuarat bulan lepas.

“Malah, kami bersetuju pihak berkaitan membaik pulih istana berkenaan dalam usaha mengembalikan keindahan reka bentuknya.

“Difahamkan, projek pembangunan semula istana lama ini akan bermula bila-bila masa bersesuaian. Cuma, kami harap ia dilaksanakan segera bagi memelihara nilai warisan itu,” katanya.

Istana Sepachendera, di sini, dicadang untuk dibangunkan sebagai Muzium Sultan Abdul Hamid Halim Shah melalui Mesyuarat Pemulihan Istana Sepachendera, pada September lepas.