TERKINI :

Thursday, December 18, 2014

BN kutip RM274juta bila subsidi minyak dihapuskan, dimanakah wang itu?

BARISAN NASIONAL MENGUTIP RM274 JUTA CUKAI PETROL SEJAK 1 NOVEMBER 2014 HINGGA 15 DISEMBER 2014?

Harga pasaran bagi petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 1 Disember 2014 hingga 15 Disember 2014 disertakan di dalam Lampiran A (harga pasaran RON95) dan Lampiran B (harga pasaran diesel) yang disertakan bersama.

Lampiran A: 

Lampiran B:

Data harga telah diperolehi secara sah dari pasaran seperti berikut:

RON95 – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Mogas 95 Unleaded

Diesel – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Gasoil

Kadar tukaran matawang – ditentukan oleh kadar rasmi Bank Negara

Dari Lampiran A dan Lampiran B, jelas bahawa harga pasaran bagi RON95 (tidak termasuk jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak) telah menjunam dari paras RM1.73 seliter pada 1 Disember 2014 kepada RM1.58 seliter pada 15 Disember 2014.

Guan Eng tolak cadangan pusat hendak kenakan GST keatas 2 jambatan P.Pinang

PULAU PINANG,18 DIS: Kerajaan Pula Pinang menolak cadangan Pusat untuk menguatkuasakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap dua jambatan di negeri ini yang turut akan menyebabkan kenaikan kadar tol.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, berkata langkah dibuat kerajaan Pusat itu akan membebankan kira-kira 1.6 juta penduduk di negeri ini.

“Salinan asal (senarai cukai GST) menyebut bahawa jambatan bertol bersama dan lebuhraya dikecualikan dari GST.

“Tapi, dalam senarai baru tol jambatan sudah tidak disebut lagi dari pengecualian itu.” ujar Guan Eng.

November lalu, Jabatan Kastam dalam takilmatnya menyatakan jambatan bertol akan dikenakan GST mulai 1 April 2015.

Ibu Pejabat MIC di 'serang' oleh 500 ahlinya tengahari tadi..!!

Krisis yang melanda MIC semakin meruncing apabila kira-kira 500 ahlinya yang diketuai bekas Ketua Pemuda MIC Datuk T.Mohan mengadakan demonstrasi di pekarangan bangunan Ibu Pejabat MIC di Jalan Rahmat di sini.

Kesemua mereka yang berkumpul sejak pukul 12.30 tengah hari mendesak Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel untuk meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan semula kepemimpinan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dijalankan segera.

Berlaku kekecuhan apabila terjadi pergelutan, tolak menolak dan ejek mengejek antara penyokong T.Mohan dengan pendokong Presiden MIC, G.Palanivel.

Hudud: Pas perlu sokongan Pusat


Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod
SHAH ALAM - Mendapatkan sokongan daripada Kerajaan Pusat antara langkah yang boleh diambil Kerajaan Negeri Kelantan bagi memudahkan negeri itu melaksanakan hudud.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, banyak proses yang perlu dilalui Kerajaan Kelantan memandangkan undang-undang hudud yang ingin digunakan itu bercanggah dengan beberapa bidang kuasa sedia ada.

“Jalan yang paling mudah untuk Kelantan ketika ini, adalah mendapatkan sokongan Kerajaan Pusat untuk membenarkan negeri membuat undang-undang di bawah kuasa Parlimen di bawah Perkara 76A Perlembagaan Malaysia.

“Pertama, kerajaan negeri perlu sediakan rang undang-undang itu, dibawa kepada Peguam Negara untuk penelitian, kemudian rang undang-undang itu akan di bentang ke Kabinet. Sebaik Kabinet puas hati, barulah di bawa ke Parlimen melalui kuasa Parlimen di bawah Perkara 76A,” katanya, semalam.

TG Nik Aziz tanya, mengapa Mahathir serang Najib?

SUBKY LATIF | 17 Disember 2014.

http://bm.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/06/Nik-Aziz-grafik.jpg
SYUKUR, saya dapat menziarahi Tok Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am di pejabatnya enam bulan selepas tersebar berita palsu tentang kematiannya.

Beliau masih uzur, stabil sekalipun kurang selesa berkomunikasi.

Pemikiran politiknya masih cergas. TG hanya dua kali seminggu ke pejabat yakni pada hari Harakah diterbitkan untuk mengikuti berita Harakah dan menerima pengunjung.

Dalam keperihatinannya beliau bertanya saya, mengapa Dr. Mahathir menyerang sangat Najib? Dan mengapa Najib tidak menjawab?

Demikianlah Tok Guru mengikuti dan meneliti perkembangan politik semasa. Beliau tidak sekadar membaca berita yang tersiar bahkan cuba memahaminya.

Respon saya ialah demikianlah cara dan reaksi seorang pemimpin politik terhadap apa jua perkembangan yang tidak disenanginya. Bukan Dr. Mahathir saja begitu, bahkan Tunku Abdul Rahman Putra yang tidak celupar seperti Dr. Mahathir, tidak berdiam diri terhadap apa jua perkembangan yang tidak disenanginya.

2014 labuh tirai, PAS 63 tahun mamatangkan politik Islam

RAZMAN ZAKARIA

Tahun 2014 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, dan PAS sudah pun menjangkau umurnya 63 tahun. Iaitu peringkat umur yang sangat matang dan berpengalaman.

PAS lahir pada 1951 manakala perjuangannya sudah bersusur galur semenjak penubuhan Hizbul Muslimin 1948, kejatuhan Aceh 1521 dan kejatuhan Pattani 1641. Ikhwan Muslimin Mesir ditubuhkan pada 1928 kemudian mula terserlah pada 1933. Jama'at Islami pula ditubuhkan di Lahore Pakistan pada 1941. Hamas ditubuhkan pada 1989, Front Islamic Salvation Algeria ditubuhkan pada 1970-an dan sebagainya.

Di persada lautan pengalaman ini, beberapa untaian isi yang boleh dipahat di dada sejarah PAS, lahirlah beberapa buah dan hasil yang dapat dipetik setelah proses penanaman dan pembajaan yang cukup lama. Antaranya;

a) Masyarakat Islam di Malaysia mula faham kewajipan dan keperluan berpolitik dalam Islam ke arah membawa wadah dan menzahirkan syiarnya. Walaupun sebelumnya masyarakat masih menganggap politik hanya sekadar kuasa kosong yang tidak perlu diperjuangkan.

Nilai ringgit dan minyak jatuh: Apa Najib nak buat?

ASPAN ALIAS | 18 Disember 2014.

http://www.nizarazu.com/wp-content/uploads/2012/11/duit.jpg
HARGA minyak mentah dunia jatuh begitu ketara. Harga WTI telah jatuh kebawah USD55 dan Brent telah jatuh sehingga USD60 semalam. Setiap negara dan kerajaan telah mengambil tindakan yang pantas dan setiap negara telah mengumumkan cara dan kaedah tindakan mereka dalam menghadapi masalah yang terbesar yang dihadapi dunia dalam isu ini.

Australia telah membuat ‘adjustments’ terhadap angka-angka belanjawannya mengikut situasi sekarang ini. Begitu juga Britain dan banyak negara lain yang juga bertindak pantas menghadapi masalah ekonomi yang begitu mendesak bagi dunia hari ini. Pendeknya banyak negara mengambil initiatif yang agresif untuk mengekang masalah yang mungkin dihadapi oleh negara masing-masing.

Menteri Kewangan masing-masing bersama dengan Gabenor Bank Pusat mereka telah mengumumkan berbagai-bagai initiatif untuk menghadapi ‘consequence’ buruk yang mempengaruhi ekonomi negara mereka.

Malaysia tidak terlepas daripada menghadapi masalah ini dan yang jelas kita mempunyai masalah yang ‘compounding’ dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding dengan matawang negara asing termasuk dengan dollar Singapura dan Brunei. Beberapa hari yang lepas dalam pasaran wang antarabangsa harga ‘spot prices’ ringgit telah jatuh ke tahap melepasi 3.50 dollar bagi setiap ringgit kita.

Adakah sisatan dijalankan keatas 7 Perkara busuk dalam UMNO seperti dikatakan ini..!!??

 

Libat media punca Pemuda PAS batal pertemuan dengan Perkasa

Pertemuan Pemuda PAS dengan Perkasa terbatal petang semalam kerana Perkasa menjemput media ke majlis itu, kata Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Disember, 2014.
Pertemuan Pemuda PAS dengan Perkasa terbatal petang semalam kerana Perkasa menjemput media ke majlis itu, kata Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Disember, 2014.

Tindakan Perkasa melibatkan media dalam pertemuan mereka dengan Pemuda PAS menyebabkan pertemuan itu dibatalkan oleh PAS.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, mengikut janjinya tidak ada sebarang liputan media, tetapi Perkasa menjemput media.

"Perkasa panggil media. Jadi kita nampak ada khianatnya, kita pun batal pertemuan itu,” katanya.

Suhaizan berkata, Perkasa yang beriya-iya mahukan pertemuan itu, jadi apabila media dipanggil, Pemuda PAS sedar ada yang tidak kena.

Sayap pemuda Perkasa, Wira Perkasa dijangka mengadakan pertemuan dengan Pemuda PAS pada jam 4 petang semalam di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

PERKASA kecewa apabila PEMUDA PAS batalkan pertemuan 'last minute'

Perkasa kecewa pertemuan dibatalkan

 Irwan Fahmi Ideris
 
SHAH ALAM - Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris melahirkan kekecewaanya apabila pertemuan dengan Pemuda Pas Pusat yang dijadualkan semalam dibatalkan pada saat akhir.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan secara rasmi kepada pihaknya pada awal pagi, hari ini, sedangkan Pemuda Pas Pusat sebelum ini telah menghantar surat persetujuan mengenai pertemuan itu, kira-kira empat hari lalu.

"Saya agak terkejut dan sedikit kecewa, kerana sebelum ini kita menerima surat daripada Pemuda Pas Pusat menyatakan sepatutnya hari ini (perjumpaan).

"Tapi malangnya kami dapat surat pagi tadi secara rasmi pihak mereka membatalkan perjumpaan itu di atas alasan tidak dapat mengelak urusan penting.

"Sepatutnya kita dapat berjumpa untuk membincangkan perkara yang lebih penting selain kuasa politik iaitu agama Islam kita pada hari ini dicemari, dipertikai dan sebagainya," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Perkarangan Masjid Beijing Rantau panjang sudah dinaiki air...!!!

BERHATI-HATILAH SEMUA....
MUSIM BANJIR SUDAH TIBA

Suspek buli jalanan dikesan


Lelaki yang dikatakan menyerang kenderaan Jabatan Kesihatan Hulu Langat.  
Lelaki yang dikatakan menyerang kenderaan Jabatan Kesihatan Hulu Langat.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai menyerang kenderaan rasmi kerajaan milik Unit Vektor Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat, dalam satu kejadian di Jalan Reko menuju ke Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (SILK), Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, cermin kenderaan jenis Toyota Hilux pecah di bahagian pemandu akibat dipukul dengan pengunci stereng.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa 23 tahun, pemandu Jabatan Kesihatan Hulu Langat memberhentikan kenderaan di tepi jalan selepas dihalang oleh suspek yang menaiki kereta Perodua Myvi.

Katanya, suspek bertindak sedemikian dipercayai kerana kenderaan mangsa telah bergesel dengan kereta dipandunya.

Kedah mahu semua sekolah ada jalur lebar

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah akan mencari insiatif untuk melengkapkan kemudahan jalur lebar di semua sekolah bagi memastikan program 'ezLearn2u' dapat diakses semua pelajar.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata daripada 729 buah sekolah di seluruh Kedah, sebanyak 519 sekolah telah mempunyai kemudahan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 4 megabits.

"Dalam bajet (negeri) 2015, kerajaan memperuntukkan RM18 juta untuk bantu pelajar khusus dari tahun 4 hingga tingkatan 5 untuk mencapai prestasi pendidikan lebih tinggi, yang dapat menyumbang kepada usaha untuk menjadikan negeri ini lima teratas di kalangan negeri-negeri dalam bidang pendidikan.

"Ini bukan hanya satu retorik sahaja, sebaliknya kita ambil tindakan melalui perkhidmatan tuisyen untuk pelajar dan hari ini kita bincangkan mengenai persiapan untuk insiatif pendidikan negeri Kedah iaitu 'ezLearn2u' ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini hari ini.

Beliau berkata namun usaha itu menghadapi kekangan sekiranya masalah akses jalur lebar di sekolah yang masih belum mempunyai perkhidmatannya tidak dapat diatasi segara.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...