TERKINI :

Wednesday, December 17, 2014

'Jangan mendabik dada kata kuat'

IPOH - "Semua parti dalam PR tidak boleh dabik dada dan menganggap parti merekalah yang terkuat serta penentu kemenangan pada PRU14 nanti," demikian kata, Ketua Penerangan Pas Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki.

Menurutnya, rekod pada PRU13 telah membuktikan bahawa hanya melalui kerjasama politik, PR berjaya menawan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Beliau berkata, melalui pendekatan sama PR turut memecahkan majoriti dua per tiga kerusi Dewan Rakyat yang dimiliki oleh BN.

"Pengalaman politik negara tidak memungkinkan BN dapat ditumbangkan dengan mudah tanpa kerjasama politik parti pembangkang," katanya.

Mengulas tentangan DAP terhadap hukum hudud, Misbahul berkata,  parti itu seharusnya menghormati prinsip dan matlamat asal perjuangan Pas.

"Rakan parti lain tidak ada hak memaksa Pas meninggalkan perjuangannya kerana prinsip tersebut telah wujud sebelum tertubuhnya PR," katanya.

Misbahul berkata, kemelut itu juga akan kekal berpanjangan sekiranya setiap parti dalam PR saling berbalah dan tidak menghormati pendirian masing-masing.

"Hormatilah pendirian rakan dalam PR, kita bersatu dengan matlamat untuk tumbangkan BN dan mahu rakyat bebas daripada sebarang masalah kehidupan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya berharap pimpinan DAP dan PR tidak menggunakan media sebagai platform untuk menyelesaikan sebarang permasalahan.

"Apatah lagi isu-isu yang sensitif, kita sepatutnya gunakan saluran media untuk menolak BN bukan bercakaran sesama sendiri," katanya.      

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta ahli gabungan dalam PR menyatakan pendirian bahawa Hudud tidak akan dilaksanakan jika mahu menang PRU14.

Geng Ustaz kesal dipantau PAS seperti PasMa

Presiden Geng Ustaz (GU) Norazli Musa berkata, beliau terkejut apabila pertubuhan yang diketuainya itu dikaitkan dengan 'perseteruan' dengan NGO kontroversi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Beliau merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS, Ahad lalu yang turut mengarahkan jawatankuasa khas diketuai Naib Presiden Salahudin Ayub, mengadakan pertemuan dengan mereka.

Keputusan itu turut dimaklumkan kepada setiausaha PAS negeri-negeri, melalui satu pekeliling yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kelmarin, yang turut memantau GU.

Ingatlah semua, golongan sederhana mempunyai suara majoriti dalam negara ini..!!

Golongan sederhana suara majoriti
ABD SHUKUR HARUN | 17 Disember 2014.

http://bm.therakyatpost.com/wp-content/uploads/sites/4/2014/08/24_L.jpg
PADA suatu pagi yang segar, saya melalui sebuah restoran mamak di belakang rumah saya di Subang Jaya, untuk membeli sesuatu.

Kenalan biasa saya – dua Cina dan satu India – mempelawa saya menikmati teh tarik dan roti canai. Seperti biasa, saya menerima pelawaan itu dan saya melihat ada sesuatu yang hendak mereka sampaikankerana mereka tahu saya seorang penulis. Maka saya bersedia mendengarnya.

Ketiga-tiganya mengadu, menyatakan kebimbangan yang amat sangat mengenai isu perkauman dan pelampau agama yang kini sedang hangat dibincangkan.

“Tengok kita duduk minum di sini dengan tenang sekali,” kata Mr. Lim, pesara CEO di sebuah syarikat swasta, bercakap dalam bahasa Inggeris dan Melayu dan menyambung, “Mengapa ada pihak hendak memembawa kebimbangan perkauman, kita semua rakyat Malaysia yang setia.”

Suaranya membayangkan kebimbangan dan kebimbangan itu disertai oleh dua sahabat yang lain itu, sambil kami menikmati capati, roti canai dan teh tarik.

Cerita Datin Tapau di Putrajaya

http://shahbudindotcom.blogspot.com/ | 16 Disember 2014.

http://3.bp.blogspot.com/-QgRpMA1-qFU/UWfrPpr_qDI/AAAAAAAAAK8/HplqvWdWuqk/s1600/7+larian_satu_murid_satu_sukan_2011_tapau_guru+(64).jpg
gambar hiasan sahaja
Sesekali berkunjung ke kementerian atau jabatan kerajaan di Putrajaya memang membuatkan telinga sarat dengan cerita-cerita menarik yang kadangkala menjadikan kita geleng kepala dan tersenyum sendirian.
Ada pelbagai cerita gembira, sedih dan lucu yang melibatkan perangai atau kelakuan manusia yang boleh kita dengar jika rajin berbual dan berceloteh dengan mereka. Kadang-kadang pula, dengan rajin memasang telinga juga membolehkan kita mendengar bermacam-macam cerita.

Walaupun Putrajaya adalah sebuah bandar pentadbiran yang indah, moden, mengkagumkan dan bertaraf kelas pertama tetapi tanpa di sangka masih ada kakitangannya yang berminda lekeh umpama kelas ketiga, terutama berkaitan dengan makanan.

Jika selalu kita dengar yang membungkus makanan atau "tapau" selepas jamuan adalah kalangan kakitangan rendah seperti kerani dan setaraf dengannya, itupun untuk mengelakkan makanan itu terbuang begitu saja, rupa-rupanya fenomena "tapau" ini juga menjadi habit di kalangan bos-bos, orang atasan dan yang bergelar Datin sekali pun.

Semoga dengan terlaksananya HUDUD ianya akan menarik sokongan MELAYU kepada PAS

facebook KedahLanie





Dalam PRU13 daripada sebanyak 222 kerusi Parlimen secara umumnya terdapat 119 kerusi majoriti Melayu, 29 kerusi majoriti Cina, 36 kerusi campuran dan 38 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak.


PR sangat kuat menyapu bersih 29 kerusi Cina dan 23 kerusi campuran namun lemah dengan hanya mendapat 36 kerusi Melayu dan 1 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak menjadikan semuanya 89 kerusi.

Ertinya cabaran besar PR yang perlu ditanggung oleh PAS khususnya ialah memenangi 83 kerusi Melayu. Manakala cabaran bagi DAP dan PKR ialah memenangi 37 kerusi Sabah dan Sarawak. Adapun di Semenanjung mereka hanya perlu bekerja keras merebut 13 lagi kerusi campuran.

Mampukah PAS menggalas cabaran ini..sedangkan masih ramai melayu memberikan taat setia kepada UMNO.....

Sokongan Melayu: Cabaran PAS atau kecundang PRU14

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | 17 Disember 2014.

Pendahuluan

1. Analisis sokongan pengundi berdasarkan etnik tidak dapat dielakkan dalam konteks pilihanraya di Malaysia kerana pembentukan parti yang bertanding juga lebih berasaskan kepada etnik.

2. Data-data PRU ke-13 melibatkan tahap sokongan Melayu terhadap BN dan PR perlu dilihat dengan penuh prihatin khususnya oleh ahli-ahli PAS. Hal ini kerana dalam konteks agihan kerusi di kalangan PR, rata-rata PAS bertanding di kerusi Melayu berhadapan dengan UMNO khususnya di peringkat Parlimen. Justeru, undi teras bagi PAS ialah pengundi Melayu.

2. Apabila DAP dan PKR yang secara umumnya bertanding di kerusi pengundi cina atau pengundi campuran berjaya mendapatkan maksima kemenangan di kerusi tersebut sedang PAS gagal memenangi kerusi Melayu maka kuasa tawar menawar politik pasca PRU ke-14 tidak berada di tangan PAS.

3. Malah tidak pelik jika di saat itu rundingan pembentukan kerajaan hanyalah antara UMNO mewakili kerusi Melayu dan DAP serta PKR mewakili kuasa politik Cina dan campuran. Dalam politik semuanya serba mungkin.

Akhirnya bekas pengerusi SPR mengaku sebagai penyokong kuat BN

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata kerajaan kini tidak popular dengan rakyat tetapi boleh diperbaiki, kerana beliau juga penyokong kuat Barisan Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Disember, 2014.
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata kerajaan kini tidak popular dengan rakyat tetapi boleh diperbaiki, kerana beliau juga penyokong kuat Barisan Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Disember, 2014. 

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar jangan salah anggap dengan kenyataannya semalam menggesa Putrajaya tidak berbohong kepada rakyat.

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata apa yang dikatakanya dalam mesyuarat agung Perkasa semalam adalah kerana mahu Barisan Nasional (BN) terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

“Jangan serang saya kerana cuba bangkitkan sesuatu yang boleh menjatuhkan kerajaan.

“Saya penyokong kuat BN. Saya tidak mahu kerajaan ini jatuh kerana tiada kerajaan lain boleh memberikan pentadbiran lebih baik dari kerajaan ini,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Najib perlu berundur demi nafas baru parti, desak pemimpin Umno


Ketua Penerangan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka Syed Rosli Jamalullail tulis surat terbuka minta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Disember, 2014.
 Ketua Penerangan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka Syed Rosli Jamalullail tulis surat terbuka minta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Disember, 2014.

Selepas pemimpin Umno bahagian membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dipengerusi Datuk Seri Najib Razak, kini seorang pemimpin Umno cawangan pula menulis surat terbuka agar perdana menteri meletakkan jawatan.

Surat terbuka Ketua Penerangan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor Syed Rosli Jamalullail menuntut Najib berhenti kerana perkhidmatan beliau tidak lagi diperlukan.

"Sesungguhnya kami ahli Umno merasakan perkhidmatan Datuk Seri tidak lagi diperlukan," katanya dalam surat itu.

"Bukan kami hendak menghina Datuk Seri tetapi kami rasakan lebih baik Datuk Seri berundur secara hormat sebelum PRU14 nanti demi memberi nafas baru kepada Umno," katanya.

Negeri di Pantai Timur berada rangking pertama melayari web pornografi

 The Star melaporkan Kuala Terengganu dan Kelantan mencatatkan jumlah klik tertinggi pada laman pornografi setiap minit. – Gambar Reuters, 16 Disember, 2014.
The Star melaporkan Kuala Terengganu dan Kelantan mencatatkan jumlah klik tertinggi pada laman pornografi setiap minit. – Gambar Reuters, 16 Disember, 2014.

Pornografi dilaporkan amat popular di negeri pantai timur Terengganu dan Kelantan, berdasarkan jumlah masa dihabiskan melayari bahan itu di satu laman web di mana pengguna di Kuala Terengganu mencatatkan jumlah klik tertinggi setiap minit.

Menurut laporan The Star hari ini, memetik statistik daripada syarikat video dewasa online 'Pornhub', pengguna di bandar itu meluangkan purata 12 minit dan 58 saat menonton atau mencari bahan pornografi visual.

Manakala pengguna di Kuala Lumpur merupakan kedua tertinggi pada 12 minit 29 saat, diikuti Kota Baru dan Miri masing-masing 12 minit 27 saat.

Purata masa yang dihabiskan melayari pornografi di empat bandar ini lebih tinggi daripada purata masa bagi Malaysia sendiri iaitu 12 minit 5 saat, lapor akhbar itu.

PAS cadang GST ditangguh ketika ekonomi kini tidak menentu

PAS cadang kerajaan tangguh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan berikutan suasana ekonomi tidak menentu, kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Disember, 2014.
PAS cadang kerajaan tangguh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan berikutan suasana ekonomi tidak menentu, kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Disember, 2014.

PAS mencadangkan kerajaan menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berikutan suasana ekonomi yang tidak menentu dengan kejatuhan mendadak nilai ringgit, harga minyak, bursa saham, harga getah dan sawit.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula dicadangkan memanggil sidang tergempar Dewan Rakyat dan memberi peluang kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk hadir sama dan memberikan pandangan.

"Pengalaman beliau menangani krisis kewangan pada 1999 boleh dijadikan panduan sebelum terlambat," kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Hudud : Kerajaan Kelantan Jangan Berundur

http://3.bp.blogspot.com/-3-a2nJDmxz0/UI3CYrcF0CI/AAAAAAAAHEk/ow0R7EVQSFg/s400/Kerajaan-PAS-Kelantan.jpg 

Saya ingin melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelmarin yang mendesak agar Pakatan Rakyat membuat satu pendirian menolak hudud jika ingin merampas Putrajaya di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Kenyataan beliau tersebut disiarkan oleh akhbar Sinar Harian di muka hadapan hari ini 15 Disember 2014. 

Saya suka ingin mengulangi pendirian Pemuda PAS Kelantan bahawa hudud merupakan di antara agenda teras perjuangan Parti Islam Semalaysia (PAS) khususnya di Kelantan. DI negeri Kelantan, undang-undang hudud ini telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri semenjak tahun 1993 lagi iaitu 15 tahun sebelum wujudnya Pakatan Rakyat pada tahun 2008. Justeru, DAP sendiri tentunya menyedari pendirian PAS di dalam isu hudud sebelum bersetuju untuk bersama-sama di dalam gabungan parti-parti pembangkang di dalam Pakatan Rakyat.

Modal Berbayar 1MDB US$1 Juta Tanggung Hutang RM41.9 Bilion? Skandal Terbesar Dana Malaysia?


Khairuddin Abu Hassan

Sudah tiba masanya satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan untuk membuka simpulan itu yang sudah lama diikat rapi oleh kalangan yang berkepentingan.

Terkini, ahli bawahan UMNO (Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan) sudah buat laporan, mengapa melenting yang di atas sana termasuk Tengku Adnan Tengku Mansor?
  • Kenapa mesti menggelabah sehingga mengeluarkan kenyataan yang berbaur ancaman kepada ahli sendiri?
  • Bukankah Khairuddin Abu Hassan juga kalangan rakyat Malaysia yang mahukan cintakan ketelusan dan kebenaran? Salahkah?
  • Apa yang perlu ditakutkan & melatah? Apa yang perlu disorokkan?
Ini pelaburan yang telah melibatkan negara dan kerajaan malaysia, jadi rakyat mesti dan berhak untuk tahu.
  • Apa salah Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan buat laporan polis?
    Beliau adalah rakyat Malaysia yang berhak buat laporan polis
  • Kenapa cuba untuk “ikat tangan”, dan “tutup mulut” Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan?
  • 1MDB ini bukan dana UMNO, 1MDB bukan dana Pakatan Rakyat, 1MDB adalah dana negara
  • Tanggung hutang 1MDB bukan RM100 juta, bukan RM1 bilion tetapi RM42 bilion. Mahu rakyat diam lagi?
  • Salahkah untuk disiasat hujung pangkalnya?
  • Tengku Adnan masih lagi mendakwa ia hanyalah persepsi, persepsi dan persepsi sahaja skandal 1MDB ini

Apakah kerja buat PAS sekarang ini lagi mendekatkan atau menjauhkan orang kepada mereka?

KLIK LINK
"Saya kesian dengan orang PAS macam awak, berjuang tapi macam tak mahu menang. Cukup menang di akhirat saja."

Berjuang tapi tak nak menang? Aik! macam pelik je bunyinya. Saya lebih kesian lagi kepada penghantar mesej ni sebab dia tak tahu apa-apa.

Saudaraku...

Nak menang bukanlah dengan pergi duduk tepi jalan lepas tu laung kuat-kuat

"Aku nak menaaanngg!!! Aku nak menaaaannnggg!!!"

Siang malam kita buat kerja untuk tarik orang supaya sokong perjuangan Islam. Untuk apa itu semua? Kerana nak supaya Islam menanglah!

Kita bagi kuliah, bagi ceramah, buat program kebajikan, ziarah orang susah dan orang sakit, tolong orang yang ditimpa musibah, bantu anak-anak yatim, daftar pemilih baru, buat program untuk anak-anak muda, tulis berita dalam surat khabar, dalam fb, dalam laman web, hadir prgm forum dan diskusi, tulis buku, mesyuarat siang malam, berunding sana-sini, buat macam-macam NGO dan banyak lagi kalau saya nak senaraikan.

Untuk apa semua ini? Jawabnya kerana nak tarik masyarakat kepada Islam dan supaya menyokong perjuangan Islam. Sokong perjuangan Islam sebab nak suruh Islam menanglah!

Apa kamu ingat nak menang tu cukup dengan duduk berkhayal sambil kritik orang tanpa buat apa-apa kerja?
PERSOALAN DIA APAKAH KERJA BUAT NAK TARIK ORANG TU PAS LAKUKAN SEKARANG...YG DILIHAT DOK HALAU SANA HALAU SINI HAMBAT SANA HAMBAT SINI TAK SUKA PAS KELUAQ TAK MAU ULAMAK KELUAQ...SEPATUTNYA PAS DEKATI DAN DAKWAH MEREKA BUAT SEPERTI APA YG DIKATAKAN..

ANGGAPLAH UJIAN BILA ADA TENTANGAN...SAMPAIKAN WALAUPUN SEPOTONG AYAT.... JIKA BENAR PAS DAH BUAT KENAPA HUDUD PUN ORANG RAMAI DAN TERBANYAK MASIH KELABU....BUKAN KATA DAP...YG UMNO BERAGAMA ISLAM TU PUN MASIH DOK TOLAK HUDUD DISITULAH...

JIKA SEMUA ITU DILAKUKAN SEBAIK2NYA PAKAI TUTUP KEDAI UMNO, PKR & DAP SEBAB MEREKA DAH FAHAM APA ITU ISLAM... TAPI KENAPA SAMPAI SEKARANG MASIH BANYAK YANG TAK DEKATI PAS YANG BERWADAHKAN ISLAM...

JADI APA KERJA YG PAS BUAT SEBENARNYA?

Abang Joe
Penyokong PAS Jitra

Lesen Memancing : Akhirnya idea bangang ini dibatalkan serta merta selepas mendapat bantahan

Cadangan lesen pemancing dibatal serta merta

Ismail Sabri
PUTRAJAYA - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini membatalkan serta merta cadangan Jabatan Perikanan untuk mengenakan lesen terhadap pemancing mulai tahun depan.

Beliau berkata walaupun peraturan itu adalah selaras dengan garis panduan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan diguna pakai di banyak negara, namun ia didapati belum masanya peraturan itu dikuatkuasakan di negara ini.

Katanya peraturan melesenkan pemancing telah diluluskan drafnya oleh Jabatan Peguam Negara pada 2012.

"Namun buat masa ini Jabatan Perikanan sedang mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan sebelum cadangan tersebut di bawa ke peringkat kementerian untuk tindakan  lanjut," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai terdapat laporan bahawa Jabatan Perikanan bercadang mengenakan peraturan itu untuk mengawal populasi ikan serta mengelak aktiviti mencari ikan dengan cara yang salah seperti aktiviti bot tunda di perairan cetek.   

Rumpai miang Mexico: Salah sangka pokok tomato

Wartawan Sinar Harian December 15, 2014


Pegawai Jabatan Pertanian Daerah Pokok Sena, Abd Rahman Ibrahim (kanan) memantau keadaan rumput di Taman Bandar Baru 2, Pokok Sena.

POKOK SENA - Seorang peniaga di Kampung Kiew, dekat sini, tidak menyangka daun yang disangkanya pokok tomato menyebabkan tangannya gatal selepas cuba membersihkan rumpai miang Mexico di halaman rumahnya.

Fatimah Saad, 56, berkata, pada mulanya dia memohon pemaju perumahan berdekatan membuang tanah serta batu bagi menambak halaman rumahnya tahun lalu.

Katanya, beberapa bulan kemudian, halaman rumahnya ditumbuhi seperti pokok tomato hingga menyebabkan dia cuba membersihkannya serta menyimpan beberapa pokok kerana daun serta bunganya yang cantik.

"Bagaimanapun selepas beberapa hari, tangan saya mula gatal. Pada mulanya saya ingat tangan dicemari kuman kerana asyik mencabut serta menanam pokok itu.

"Selepas itu, saya cuba membersihkannya dengan sabun tetapi miang itu semakin serius sehingga kulit menjadi kemerahan serta berbiji-biji," katanya kepada Sinar Harian.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...