“Kami cuba mengejar kenderaan bapa dia, namun tidak berjaya,” kata Siti Masmerah Arifin, 38, penyelamat Muhammad Iskandar Zulqarnain, anak kepada PU Yeop yang secara tidak sengaja ditinggalkan bapanya itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi, Muhammad Iskandar Zulqarnain, 8, dilihat meraung memanggil bapanya yang sedang bergerak menaiki kenderaan dari stesen minyak hentian  R&R tersebut.