TERKINI :

Monday, December 15, 2014

Umno Pulau Pinang kuat mengampu

Mohd Sayuti Omar,

http://2.bp.blogspot.com/__t3_XOcHzbI/THD7U65I5fI/AAAAAAAAV6g/S7jaloRQvHQ/s320/3c64a49a6917882c0a8ee795b5a6f9a8.gif.jpg
Mungkin orang berfikir secara profesional dan standard berasa pelih dan anih dengan sikap Umno Pulau Pinang berhubung laporan polis dibuat oleh seorang pimpinan Umno bahagian negeri itu terhadap 1MDB.

Umno Pulau Pinang marah-marah dengan laporan polis itu dan menyifatkan ia dibuat tanpa persetujuan Umno negeri berkenaan. Sepatutnya Umno Pulau Pinang kalau tidak tergamak dan kecut perut untuk membuat laporan polis, tetapi menyokong laporan polis oleh pemimpin bahagian berkenaan.
Laporan terhadap 1MDB bukan apa-apa hanya meminta polis menyiasat kedudukan syarikat pelabor luar negara itu yang berdepan dengan masalah pulang itu seperti mana yang didedah dan didakwa oleh pihak Pakatan Rakyat hari ini. Perkembangan dan masalah dalam 1MDB perlu diketahui oleh rakyat sebab pelaboran dibuat ia melibatkan setiap sen wang rakyat.

Tuu dia nak mancing pun kena ambik lesen dah lepas nie...!

Selepas Nie
  
 Kritikal dah nie nampaknya.... Sampai org mancing pun nak suruh ambik lesen...

Najib Kian Keseorangan...

oleh Shahbudin Husin,

Mana semua kawan-kawan ni...
Tidak seperti selalunya, Mesyuarat Agung Perkasa tahun ini lebih menjadikan UMNO, Najib Razak dan beberapa pemimpinnya sebagai sasaran berbanding mereka daripada pembangkang.

Pemimpin UMNO tidak saja dilabel tidak tegas dan kurang teguh pendirian dalam memperjuangan kepentingan Melayu dan Islam, tetapi iuga dianggap mudah menangis apabila menghadapi tekanan.

Di tahap tertentu, ada juga pemimpin UMNO yang turut dikategorikan sebagai "bangsat" oleh Perkasa dalam mesyuaratnya semalam.

Sementara pemimpin Pas, PKR dan DAP boleh tersenyum kali ini kerana tidak dihentam oleh Perkasa, Najib Razak pula menjadi sasaran utama kali ini. Selain "dinasihati" agar mengurangkan aktiviti terbang ke luar negara, Najib juga diminta berhenti menipu rakyat dengan memberitahu apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam negara ketika ini.

Dengan tujuan lebih memperlekeh kedudukan Najib, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali juga mendabik dada mendakwa, beliaulah pejuang Melayu ketika ini.

MP BN: Lawatan ke Taiwan untuk elak lompat parti

http://antarapos.com/en/images/news_images_upload/content/Ronald%20Kiandee.jpg
Setelah bertahun-tahun dinafikan pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang ahli Parlimen (MP) BN akhirnya mengaku bahawa 40 MP telah dihantar melawat Taiwan sebelum 16 September 2008 untuk menghalang mereka daripada melompat ke Pakatan Rakyat.

Semasa pemeriksaan balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Timbalan Speaker Parlimen, Datuk Ronald Kiandee berkata lawatan itu bertujuan untuk menghentikan dalang 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendatangi mereka.

Peguam Ranjit Singh bertanya sama ada lawatan itu dibuat bagi mengelak Anwar.

"Ya," balas Kiandee, yang turut menyertai lawatan itu bersama sembilan rakannya dari Sabah.

"Adakah lawatan itu dibuat untuk mengelak 16 September daripada berlaku?" tanya peguam itu lagi.

"Ya," kata Kiandee lagi sambil menambah lawatan itu dianjurkan oleh kelab penyokong kerajaan BN.

Ranjit mewakili Anwar dalam saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang itu terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Pil Kuda : Saman ditolak disebabkan plaintif gagal membuktikan fitnah itu ditujukan kepadanya

Saman RM2j calon PKR terhadap Hadi ditolak

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2013/09/Abdul-Hadi.jpg
Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu hari ini menolak saman fitnah RM2 juta difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang itu.

Peguam yang mewakili Abdul Hadi, Asmuni Awi berkata kepada pemberita, mahkamah menolak saman itu kerana Abdul Hadi selaku defendan diberikan perlindungan bersyarat oleh undang-undang dalam memberikan ucapan ataupun kenyataan atas kepentingan umum.

"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

"Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa kata-kata itu tidak merujuk kepada pihak plaintif ... pihak plaintif gagal membuktikan bahawa apa yang disebutkan itu memang sebenarnya merujuk kepada plaintif," katanya.

Jika majority nak hudud melalui suara demokrasi di Parlimen, DAP kena terima - Mahfuz

DAP kena terima hudud ikut saluran demokrasi

KUALA LUMPUR - DAP perlu menghormati semangat demokrasi termasuk menerima keputusan suara majoriti jika usul Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 dibawa ke Dewan Rakyat, selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata DAP tidak boleh menghalang usaha Pas membawa usul itu untuk diluluskan di Parlimen kerana ia adalah hak demokrasi yang perlu dihormati oleh semua pihak.

"Saya (Pas) tidak boleh minta PR gugurkan prinsip demokrasi dan saya tidak boleh minta gugurkan konsep demokrasi.

"Semua itu kerana kembali kepada proses demokrasi termasuk di Kelantan (laksana hudud)," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang memberi amaran kepada pimpinan PR supaya bertegas untuk tidak melaksanakan hukum hudud di negara ini jika menang pada PRU14.

Guan Eng juga menegaskan kepimpinan PR perlu menyatakan pendirian yang jelas dan tegas dalam hal tersebut bagi memenuhi aspirasi pengundi khususnya dari Sabah dan Sarawak.

Adakah abang K akan tumbangkan Najib macam dia tumbangkan Anwar dahulu?

Langkah 'Abang K' bakal tumbangkan Najib pula?
Ahmad Fadli KC | 12:00PM Dec 15, 2014


Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencuri perhatian ramai apabila menjadi pemimpin Umno pertama yang secara terbuka menggesa pengurusan kewangan 1MDB disiasat perjalanannya.

Laporan polis yang dibuatnya terhadap 1MDB - satu projek cetusan ilham Datuk Seri Najib Razak - mengundang persoalan dari mereka yang mengamati perkembangan politik tanah air.

Namun buat penggemar gosip hiburan tanah air, Khairuddin bukan satu nama asing.

Beliau yang lebih dikenali sebagai 'Abang K' pada satu ketika menjadi buruan wartawan apabila diumumkan bertunang dengan dramatis Umie Aida.

Tidak cukup setakat itu, Khairuddin dan Umie Aida (yang kini memakai gelaran Datin) akhirnya melangsungkan pernikahan di hadapan Kaabah di kota suci Mekah.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, Khairuddin berulang kali menegaskan yang beliau membuat laporan itu sebagai seorang “anggota kerdil" Umno semata-mata.

Namun, ini bukan kemunculan pertama Khairuddin dalam politik nasional negara.

Hudud: Sidang khas Dun Kelantan 29 Dis

KOTA BHARU: Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan akan diadakan pada 29 Disember ini bagi memperkemaskan lagi Kanun Jenayah Syariah II yang dilulus pada 1993.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah Kerajaan Kelantan (Pindaan) 2014 akan dibincang pada persidangan tersebut.

Katanya, persidangan itu diadakan bagi mengkemaskini enakmen sedia ada sebelum dibawa untuk mendapat kelulusan di persidangan parlimen.

“Pindaan itu untuk melayakkan Kelantan membawa usul persendirian ke Parlimen bagi membolehkan ia dijalankan di negeri ini.

“Private bill itu akan di bawah di Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan bagi mendapat kebenaran Parlimen untuk melaksanakan undang-undang tersebut di Kelantan.

Anak muda perlu tetap teguh bersama PAS

MOHD FADHIL ZULKIFLI


SETELAH membaca kenyataan Presiden PKR, DS Wan Azizah yang menuduh bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) sudah enam bulan tidak bertemu dengan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR), seolah-olah menggambarkan TGHH tidak memberikan kerjasama dalam pakatan tersebut. Saya mewakili jiwa mahasiswa dan jiwa anak muda merasakan kenyataan yang ditimbulkan seolah-olah sengaja ditimbulkan bagi mengeruhkan lagi keadaan yang dilihatkan sudah pun tercalar akibat kegelojohan mengadakan "Kajang Move" yang berlawanan dengan semangat kerjasama dalam sebuah pakatan.

Saya tertanya-tanya apakah keuntungan kenyataan ini? Apakah ia akan menguatkan kerjasama antara rakan PR setelah selesai konflik penukaran Menteri Besar Selangor tempoh hari. Kenyataan ini seolah-olah seperti kanak-kanak merajuk kerana segala kemahuannya tidak ditunaikan kemudian menyalahkan orang lain atas kegagalan mendapatkan apa yang diinginkan itu. Tambahan pula, saya musykil kenapa ketidakpuasan hati itu ditujukan pula kepada TGHH?

Cakap benarlah mengenai keadaan ekonomi kita sekerang ini..!!!

KADIR JASIN


DALAM siri isu kepemimpinan kali ini, marilah kita berbincang sedikit mengenai ekonomi semasa. Tajuk ini mungkin berat tetapi sangat afdal kepada kelangsungan (survival) negara kita.

Saya tidak menyalahkan pemerintah dan media massa kawalannya kerana menghebahkan berita baik dan menguar-uarkan prestasi ekonomi yang dikatakan baik sehingga mendapat pujian pemimpin dunia.

Saya akui bahawa angka kasar menunjukkan ekonomi kita sihat. Pertumbuhannya jika diukur daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK/GDP) adalah memuaskan.

Tetapi angka kasar boleh memesongkan. Misalnya, banyak rumah, kedai dan ruang pejabat didirikan. Pembinaan rumah, kedai dan pejabat yang banyak itu menyumbang kepada pertumbuhan KDNK.

Tauke simen, pasir dan keluli buat duit. Perunding dalam dan luar negara buat duit. Pekerja binaan Indonesia, Bangladesh, India dan Myanmar buat duit. Penjaja nasi lemak Melayu di bahu jalan pun buat duit.

Tetapi kita juga tahu dan lihat banyak rumah, kedai dan pejabat tidak dijual atau disewakan, tidak didiami dan digunakan. Ada yang ditenggelami lalang, ditumbuhi pokok jejawi atau roboh terus. Iklan untuk dijual dan disewa menyakitkan mata.

Apabila ADUN BN kata demo desak naik Harga Getah adalah kerja sia-sia..!!

Henti demo desak naik harga getah

Saarani Mohamad  

IPOH - Harga getah tidak boleh dinaikkan dengan cara berdemonstrasi seperti yang dianjurkan Pas Perak sebelum ini di beberapa lokasi di Selama dan Lenggong, jelas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Saarani Mohamad.

Pada sesi penggulungan perbahasan Bajet 2015 Dewan Undangan Negeri, kelmarin, beliau turut meminta Pas menghentikan perhimpunan yang sia-sia itu.
Menurutnya, dalam hal berkaitan harga getah, Lembaga Getah Malaysia (LGM) berperanan melalui jawatankuasa kajian harga untuk mengkaji penetapan harga atas kapal (free on board-FOB) yang menetapkan harga termasuk cukai dan kos proses kilang serta pengangkutan.

“Saya mohon kepada rakan saya dari Changkat Jering (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin), Selinsing (Hussin Din) dan Gunung Semanggol (Mohd Zawawi Abu Hassan) beri nasihat agar menghentikan kerja sia-sia.

Jauh Sungguh Pej. Zakat Penang pie bagi sumbangan, sampai ke Kemboja sana aihh..!!!??!?!?!


Anak Sungai Derhaka


Gambar yang menimbulkan banyak persoalan kebelakangan ini..

Dikhabarkan seramai 27 orang telah turut serta dalam misi memberi zakat kepada ummat Islam di Kemboja ini..

Persoalannya ialah:

1 - Kenapa perlu sebegitu ramai yang turut serta untuk memberikan sumbangan?.. adakah setiap mereka perlu dibawa untuk menanggung beras dan mengheret lembu untuk sumbangan?

2 - Berapakah jumlah dana dari PUZ dihabiskan untuk menanggung tiket penerbangan, penginapan dan makan minum mereka-mereka ini?.. tidakkah lebih afdal jika wang perbelanjaan bagi menanggung mereka itu diserahkan kepada fakir miskin yang benar-benar memerlukan?

3 - Adakah sudah tiada fakir miskin dinegeri Pulau Pinang hinggakan pihak PUZ terpaksa menyediakan dana untuk menghantar mereka-mereka ini ke Kemboja bagi menyerahkan sumbangan Zakat?.. jika masih ada tidakkah mereka boleh diibaratkan "Menyusukan kera dihutan, membiarkan anak sendiri mati kelaparan?"

Sepatutnya kita yang mengaku Islam buat perangai macam orang Korea nie..!!

Isu kacang: Anak presiden Korean Air minta maaf

Heather menundukkan kepala selepas meminta maaf kepada umum berhubung insiden 'kacang', Jumaat lalu. - Foto BBC  
Heather menundukkan kepala selepas meminta maaf kepada umum berhubung 
insiden 'kacang', Jumaat lalu. - Foto BBC
KOREA SELATAN - Bekas eksekutif Korean Air, Heather Cho yang juga merupakan anak kepada Presiden syarikat penerbangan itu meminta maaf secara terbuka gara-gara menimbulkan kekecohan dalam penerbangan hanya kerana ‘kacang’, lapor BBC.
 
Heather dilaporkan berada dalam pesawat Korea Airnlines yang menuju ke Incheon, Korea Selatan dari New York minggu lalu dan mengarahkan seorang anak kapal dikeluarkan kerana telah menghidangkan kepadanya kacang di dalam plastik bukan di atas pinggan.
 
Kejadian itu mengakibatkan penerbangan itu tertunda selama 20 minit.
 
Menurut laporan itu, mangsa dikatakan telah dipaksa untuk berlutut dan meminta maaf oleh Heather sebelum diarahkan turun dari pesawat tersebut.
 
Jumaat lalu, Heather meminta maaf di hadapan para wartawan di luar bangunan kerajaan di mana beliau akan bertemu dengan pegawai kementerian pengangkutan.

Isu Van Thailand : Cuba pakat tengok balik, ada benda tak kena kot..!!

Pendapatan terjejas teruk

Orang ramai kurang berminat dengan perkhidmatan kereta sewa.  
Orang ramai kurang berminat dengan perkhidmatan kereta sewa.
BUKIT KAYU HITAM - Kewujudan perkhidmatan van Thailand yang lebih digemari sebahagian pelancong telah menyebabkan pendapatan pemandu kereta sewa di kawasan sempadan Malaysia -Thailand terjejas teruk.

Masalah itu menyebabkan lebih 70 pemandu kereta sewa di kawasan Bukit Kayu Hitam mengalami kerugian lebih RM200 sehari.

Pemandu kereta sewa, Azhar (bukan nama sebenar), 40, berkata, masalah tersebut sudah berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia telah menyebabkan pendapatan kami terjejas.

“Dulu mampu dapat lebih RM500 sehari atau empat trip perjalanan, tetapi sekarang nak dapat dua trip pun susah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, caj dikenakan terhadap penumpang juga adalah berpatutan kerana ia bergantung kepada jarak perjalanan.

Al-Fatihah : AdikQysstina yang mengidap leukemia meninggal dunia petang semalam

Laporan Sinar Harian, kelmarin.  
Laporan Sinar Harian, kelmarin.
KUALA KETIL - Adik Qysstina Syafieka Erman Syah, 7, yang menghidap leukemia meninggal dunia petang semalam, sehari selepas berita penderitaan anak pasangan Erman Shah Yahya, 32 dan Norhashimah Abu Hasan, 28 itu disiarkan Sinar Harian.

Allahyarham yang menghidap leukemia sejak 2012 menghembuskan nafas terakhir pada 4.05 petang, di sisi keluarga, di rumahnya.

Jenazah allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Kuala Ketil malam semalam selepas Isyak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...