TERKINI :

Sunday, December 14, 2014

Ku Nan Masih Berfikiran Kuno


http://www.kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2014/11/3_M.jpg
Tindakan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa Khairuddin Abu Hassan menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap 1MDB secara umumnya tidak dipersetujui oleh banyak pihak, sama ada daripada mereka yang menjadi ahli dan penyokong UMNO mahu pun rakyat biasa.

Ramai yang menyifatkan langkah yang diambil Ku Nan itu merupakan langkah ke belakang yang tidak sesuai lagi dengan keperluan zaman ketika ini.

Selari dengan dunia langit terbuka dan zaman internet yang kian mengganas dengan maklumat serba pantas, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan seharusnya lebih wajar bersikap terbuka dan membiarkan saja pihak polis menjalankan siasatannya.

Jika pun ingin memberi nasihat, Ku Nan lebih wajar menasihati Perdana Menteri, Najib Razak agar segera memberi respon menjelaskan kepada umum segala keraguan mengenai urusniaga, kewangan dan hutang 1MDB yang dipertikaikan itu.

Dengan menggesa Khairuddin yang juga Naib Ketua UMNO Batu Kawan menarik balik laporan polisnya, Ku Nan bukan saja mengesahkan UMNO tetap tidak mahu berubah, tetapi juga menunjukkan parti itu semakin tertutup sedangkan dunia dan pemikiran rakyat semakin terbuka.

Kes Bukit Kepong Mat Sabu jadi semakin kelakar dan lucu..!!!

Orang Umno buat laporan polis atas nama saya, kata saksi kes Mat Sabu 

 Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dituduh memfitnah anggota polis Bukit Kepong dan keluarga mereka berhubung ucapannya pada Ogos 2011 yang dikatakan mempertahankan pejuang komunis. – Gambar The Malaysian Insider, 14 Disember, 2014.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dituduh memfitnah anggota polis Bukit Kepong dan keluarga mereka berhubung ucapannya pada Ogos 2011 yang dikatakan mempertahankan pejuang komunis. – Gambar The Malaysian Insider, 14 Disember, 2014.

Perbicaraan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menyaksikan saksi pendakwa mengaku beliau tidak membuat laporan polis meskipun laporan polis kononnya atas nama beliau wujud dan dikemukakan di mahkamah.

Azlas Jaafar, 65, berkata demikian ketika beliau disoal balas oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, hari ini.

Azlas merupakan saksi ke-10 pihak pendakwa dalam kes pendakwaan ke atas Mat Sabu berkaitan isu Bukit Kepong.

Mat Sabu didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana dituduh menfitnah anggota anggota polis di Bukit Kepong dan keluarga mereka semasa menyampaikan ceramah di Kampung Jarak, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 21 Ogos, 2011.

Laporan Polis 1MDB : Saya bukan sebahagian plot anti-Najib, kata Khairuddin

Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berhubung 1Malaysia Development Bhd pada Jumaat di Balai Polis Dang Wang, Kuala Lumpur. Beliau kesal kerana Umno tidak dapat melihat secara positif tindakannya membuat laporan polis itu. – Gambar The Malaysian Insider, 14 Disember, 2014.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berhubung 1Malaysia Development Bhd pada Jumaat di Balai Polis Dang Wang, Kuala Lumpur. Beliau kesal kerana Umno tidak dapat melihat secara positif tindakannya membuat laporan polis itu. – Gambar The Malaysian Insider, 14 Disember, 2014.

Menafikan beliau sebahagian daripada plot dalaman Umno untuk melemahkan presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketua bahagian parti yang membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata beliau bertindak bersendirian.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, timbalan ketua Umno bahagian Batu Kawan berkata beliau tidak bertindak bagi pihak orang lain dalam membuat laporan terhadap dana yang dibebani hutang, di mana Najib adalah pengerusi.

Khairuddin menegaskan tiada siapa berada di belakangnya dalam apa yang beliau sifatkan sebagai "perjuangan peribadi untuk kebenaran".

"Saya nak nyatakan dengan jelas (sebelum ini). Saya bertindak sendirian berdasarkan prinsip saya sendiri ... saya berdiri sendiri dalam hal ini," katanya hari ini.

Hadi wakilkan Hatta bukan kerana krisis

NIZAM ZAIN December 14, 2014

Dr Mohd Hatta Mohd Ramli SUBANG JAYA - Ketidakhadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Konvensyen Nasional DAP 2014 terjawab apabila beliau sebenarnya sedang mempengerusikan mesyuarat AJK Pas Pusat, hari ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli yang mewakili parti itu bagaimanapun berkata tiada sebarang krisis atau salah faham pemimpin Pas itu dan kehadirannya itu mewakili sejuta ahli Pas.

"Hari ini dia (Hadi) mempengerusikan mesyuarat AJK Pas Pusat yang sedang di Pejabat Agung Pas Pusat. Saya mewakili Dewan Harian Pas Pusat datang ke mari, kepimpinan kita sedang bermesyuarat, ia adalah jadual mesyuarat tetap.

"Tiada (krisis), saya rasa kehadiran saya ini mewakili keseluruhan jawatankuasa Pas Pusat dan sejuta ahli Pas," katanya kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen Nasional DAP di One City, di sini, hari ini.

Ke Mana Menghilangnya Para Pengampu Dan Pembodek Najib?

Shahbudin Husin,

http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/2014/05/najib-dan-razif-mb-terengganu.jpg
Gambar Sekadar Hiasan Sema-Mata..
Bersekali dengan laporan polis yang dibuatnya mengenai 1MDB, Khairuddin Abu Hassan juga meminta pihak-pihak tertentu dalam UMNO agar berhenti menjadi pembodek kepada pemimpin.

Mereka, sebaliknya menurut Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu, seharusnya bersikap pro aktif serta mempersoalkan apa yang betul dan salah dan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Secara umumnya tindakan Khairuddin membuat laporan meminta siasatan menyeluruh terhadap urusniaga dan kewangan badan pelaburan yang menjadi "anak emas" Najib Razak itu sedikit-sebanyak telah menggoncang lagi kedudukan Perdana Menteri.

Berbanding jika hanya pembangkang saja yang membangkitkan mengenai 1MDB, keberanian pemimpin UMNO sendiri berbuat demikian sekaligus memberi mesej wujudnya penolakan yang makin ketara terhadap Najib.

Jika sebelum ini, kewujudan elemen seperti yang dilakukan Khairuddin ini pasti mendapat libasan dan kecaman daripada para pembodek dan pengampu kuasa yang siang-siang lagi mahu menunjukkan wajahnya membela 1MDB dan Perdana Menteri, keadaan kini nampak sebaliknya.

Mukriz bersungguh-sungguh ingin merialisasikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim bakal ubah Kedah, kata Mukhriz

MB Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kewujudan lapangan terbang antarabangsa di Kulim bakal mengubah ekonomi Kedah dari berasaskan pertanian kepada industri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2014.
MB Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kewujudan lapangan terbang antarabangsa di Kulim bakal mengubah ekonomi Kedah dari berasaskan pertanian kepada industri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2014.

Cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dilihat bakal mengubah landskap ekonomi negeri Kedah, daripada negeri yang berorientasikan pertanian kepada sebuah negeri industri.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri juga merancang membangunkan beberapa kawasan di negeri itu sebagai taman teknologi dan perindustrian.

"Antara kawasan yang dikenal pasti ialah Bandar Baharu untuk dibangunkan sebagai 'Kedah Medical City' bagi menempatkan pelbagai industri berkaitan perubatan di satu kawasan.

"Selain itu, kawasan berhampiran cadangan tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim pula akan dibangunkan dengan industri 'aerocity' bagi menghimpunkan semua industri berkaitan penerbangan," katanya.

IBRAHIM ALI pula ambil peranan MP Pembangkang bantai Najib..!

'Henti ke luar negara sebelum hilang jawatan'
Anne Muhammad | 11:54AM Dec 14, 2014

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi 'nasihat' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak kerap membuat lawatan keluar negara, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pentadbirannya.

"Kepada perdana menteri, saya mahu nasihatkan, sebelum kamu hilang jawatan dan kerajaan, tolong kurangkan sikit lawatan keluar negara.

"Saya merayu desak, nak melawat boleh melawat tetapi tumpu pada negara," katanya dalam ucapan dasar di Persidangan Agung Umno tahunan PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim (atas) turut berkata perdana menteri dari negara lain turut membuat lawatan keluar negara namun tidak sebanyak Najib.

Menjawab Dinsman: Kenapa dicalar imej ulama?

IZWAN ABDUL HALIM |

https://lh6.googleusercontent.com/-6ZIQ4OquhKQ/Uz0IsjQi91I/AAAAAAAADIk/J4i_MBVV8GQ/10155358_1425338611052540_1137210393_n.jpg
Gambar Hiasan Sahaja
RIBUAN tahun sebelum kelahiran Muhammad SAW, para pendeta, rahib dan umat kebanyakan telahpun mengetahui serta mengenali kenabian Rasulullah berpedomankan ilmu daripada Taurat, Zabur dan Injil serta keimanan terhadap perkara itu sebagai perkhabaran akhir zaman. Tetapi apabila Baginda telah berada dalam kalangan manusia menyampaikan agama Allah, bukan sahaja seruan dikesampingkan, bahkan batang tubuhnya yang mulia itu turut diingkari dan dipertikaikan sebahagian manusia. Hal sama turut berlaku kepada para Nabi dan Rasul sebelumnya oleh umat masing-masing, termasuk pemimpin yang dilantik Allah iaitu Thalut sebagaimana terangnya semua kisah itu di dalam al-Quran.

Namun, agama Allah tidak berakhir dengan kewafatan para Nabi dan Rasul. Sebagaimana umat terdahulu adanya para pendeta dan rahib yang menjadi penghubung dengan manusia umumnya, seperti itulah Islam mempunyai para ulama yang menyambung ganti tugas kenabian menegakkan agama Allah di atas muka bumi. Jika Rasulullah SAW tidak memimpin manusia hanya dalam perkara akidah, tetapi turut memimpin seluruh ad-din yakni cara hidup, seperti itulah para ulama memimpin manusia di pengakhiran zaman.

Proton : Siapa boleh tolong saya?

FAZELI HASHIM | 13 Disember 2014.

http://static.motorstop.asia/my/profile/proton/2013/proton-persona/proton-persona.jpg
Gambar Hiasan Sahaja
SAYA telah membeli sebuah kereta Proton Pesona pada tahun 2010. Sehari selepas keluar dari "bilik pameran" kereta saya mengalami masalah iaitu kereta kehilangan kuasa pecutan dan mati di tengah jalan. Sebagai pengguna kita faham akan sedikit kerosakan dan percaya pihak pengeluar akan membaikinya sebaik mungkin.

Sangkaan saya meleset kerana selepas kejadian pertama, berlaku lagi beberapa bulan kemudian dan terus berlaku sehingga kali yang ke empat. Memandangkan masalah yang berlaku mengancam nyawa saya dan keluarga, saya mula takut untuk menggunakan kereta tersebut. Bayangkan ketika memandu di lebuh raya kereta hilang kuasa dan mati secara tiba-tiba. Ada antara kejadian yg menyebabkan saya dan Isteri hampir-hampir dilanggar oleh pengguna jalanraya lain.

Seri Mentaloon : Mahfuz akan dedah kontraktor yang dilantik untuk projek lanskap 16 Dis

http://2.bp.blogspot.com/-Ja7X0mafYBA/U_VeupT-NYI/AAAAAAAAX_Y/2tBhgifHDyo/s1600/2014-08-20_080746.jpg

POKOK SENA: Samalam, genap seminggu Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mendedahkan kontraktor yang dilantik untuk projek lanskap di kediaman rasminya, di Seri Mentaloon.

Namun begitu sehingga semalam, pendedahan yang dinantikan itu masih belum dibuat oleh Mukhriz.

Justeru, menurut Mahfuz, beliau sendiri akan membuat pendedahan terbabit pada hari Selasa, 16 Disember ini.

"Berkaitan dengan isu ini, selepas seminggu, seperti yang saya janjikan tempoh hari untuk saya dedahkan nama syarikat kontraktor itu dan saya akan dedahkannya pada hari Selasa ini.

"Kita akan adakan sidang media bertempat di pasaraya Mydin Alor Mengkudu, Alor Setar sempena program 'Jom Shopping Bersama Anak-anak Yatim' pada jam 10 pagi," kataya kepada pemberita seusai majlis penyampaian Bantuan Persekolahan peringkat Dun Bukit Lada di Bandar Baru Pokok Sena di sini semalam.

Kata UMNO membela hak rakyat, bila orang sendiri report suruh siasat kes 1MDB depa pakat nafi pulak..!!

1MDB: Umno P. Pinang tiada kaitan laporan polis

Datuk Musa Sheikh Fadzir  
Datuk Musa Sheikh Fadzir
BUKIT MERTAJAM - Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menegaskan bahawa ia tidak mempunyai kaitan dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk  Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausahanya, Datuk Musa Sheikh Fadzir juga menegaskan bahawa Umno negeri itu tidak menyokong tindakan Khairuddin kerana beliau tidak berbincang dengan mereka mengenai perkara itu.

"Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta kami sendiri (Umno Pulau Pinang) tidak mengetahui laporan polis yang dibuat beliau sehingga diberitahu, semalam.

"Kami tidak menyokong tindakannya itu dan menganggap ia dilakukan atas kepentingan sendiri serta tiada kaitan dengan Umno negeri, sehingga hari ini beliau juga tidak menghubungi kami untuk memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pasar Malam Bandar Darul Aman : Aduhai PBT.. meniaga seminggu sekali aja pun..berbincang elok-elok laa..!!

Kecewa diarah berhenti berniaga

Hampir 30 peniaga menyatakan rasa tidak puas hati dengan arahan menutup gerai jualan.  
Hampir 30 peniaga menyatakan rasa tidak puas hati dengan arahan menutup gerai jualan.
JITRA - Kira-kira 30 daripada lebih 100 peniaga pasar malam di Bandar Darulaman, di sini, yang membuka gerai di bahagian tepi jalan mendakwa periuk nasi mereka terjejas berikutan dilarang berniaga di kawasan itu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak tiga minggu lalu.

Perniagaan yang dijalankan sejak enam tahun lalu itu diarah dihentikan serta-merta atas alasan mengganggu premis kedai berhampiran dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Peniaga, Mohd Zulkifli Shamsudin, 40, berkata, sebelum ini perniagaan yang dijalankan seminggu sekali itu lancar tanpa sebarang gangguan.

Katanya, dua minggu lalu pihak penguatkuasa Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) datang ke tapak pasar malam dan mengarahkan mereka supaya menutup gerai jualan masing-masing.

“Mulanya kami diarah supaya tidak berniaga tanpa sebarang notis, selepas seminggu kemudian baru kami terima notis.

Mahfuz ingatkan Ibubapa supaya mereka tidak perlu bayar Yuran Sekolah

Ingat, tiada yuran sekolah

Mahfuz (kiri) menyampaikan bantuan persekolahan.  
Mahfuz (kiri) menyampaikan bantuan persekolahan.
POKOK SENA – Kementerian Pelajaran perlu memastikan setiap sekolah tidak mengutip sebarang yuran pada sesi pembukaan sekolah nanti.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu penting kerana kerajaan telah memansuhkan yuran persekolahan pada 2011.

“Saya harap kementerian dapat mengeluarkan arahan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya tidak membebani ibu bapa dengan bayaran tidak sepatutnya.

“Walaupun kerajaan ada mengumumkan pemansuhan yuran persekolahan, tetapi kadang-kadang pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terus mengenakan bayaran tertentu,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada 74 pelajar di pekarangan sebuah pasar raya, di sini, semalam.

AFC ambil alih kes keganasan yang dilakukan oleh penyokong Malaysia

AFC ambil alih kes penyokong Malaysia

Piala AFF Suzuki 2014  
Piala AFF Suzuki 2014
KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) akan mengambil alih kes kegagalan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengawal penyokong pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam pada 7 Disember lalu.

Kes tersebut sebelum ini di bawah siasatan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang juga merupakan penganjur kejohanan dwitahunan tersebut.

Segelintir penyokong Malaysia bertindak liar mencederakan beberapa penyokong Vietnam selepas perlawanan yang berakhir dengan keputusan Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam.

Setiausaha AFF, Datuk Azzuddin Ahmad berkata beliau dimaklumkan oleh pihak AFC bahawa mereka akan mengambil alih kes tersebut dan FAM dikehendaki menghantar surat tunjuk sebab bagi menjelaskan perkara tersebut kepada AFC pada Isnin ini. 

Lakukanlah kerja mungkar dalam batu pejal sekali pun, akan terbongkar juga akhirnya

oleh Aspan Alias

http://3.bp.blogspot.com/-YrqrjaBBlNg/TfUD3uqu-DI/AAAAAAAAAP4/6QClY3vxmRA/s1600/tukang-batu2.jpg 

Isu dan keraguan ramai terhadap 1MDB ini sudah kita dengar bertahun dahulu, malahan ramai juga yang memberitahu saya yang kita tidak perlu susah-susah membongkar ketidak-jujuran kerajaan kita dalam isu ini. Mereka berpendapat ia akan terbongkar sendiri. Kata mereka, jika kita melakukan kemungkaran, walaupun dalam batu yang pejal sekali pun, batu itu akan akhirnya pecah dan akan menampakkan segala-galanya tanpa bersusah payah untuk memecahkan batu-batu pejal itu. Perbuatan mungkar tetap akan diketahui umum juga akhirnya.

Sekarang nyata nasihat rakan-rakan saya itu mula menampakkan kebenarannya kerana ia sekarang sudah mula terbongkar sedikit demi sedikit dan saya percaya ia akan terlambak tanpa dapat dihalang lagi. Malahan isu 1MDB ini merupakan isu yang menjadi ‘immediate cause’ untuk kejatuhan pimpinan yang tidak mempunyai moral lagi untuk memimpin kita. Setengah orang penyebab kematian mereka ialah kerana serangan jantung, setengahnya kerana serangan asma dan ramai kerana penyakit kencing manis yang serius.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...