Mahfuz Omar    
 
POKOK SENA - Pas Kedah menegaskan bahawa parti itu tidak berperang atau bermusuh dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pimpinan Pas Pusat juga sudah mengadakan pertemuan bersama pimpinan Pasma mengenai perkara itu.

“Parti kita (Pas) masih berjalan seperti biasa. Apa yang penting adalah pimpinan Pas perlu lihat ke hadapan untuk memacu Pas dan PR supaya lebih menyerlah dalam menghadapi PRU14.

“Saya tidak tahu dia (Pasma) berpusat di mana, saya tidak ambil kisah mengenai dia dan siapa ahli dia,” katanya kepada media, semalam.

Menurutnya, sebarang masalah mahupun rungutan mengenai Pas dan Pasma akan dikendalikan oleh pimpinan Pas Pusat.

“Pas Pusat sudah buat pertemuan dengan pimpinan Pasma. Kita tunggu mesyuarat pimpinan Pas Pusat nanti untuk ketahui hasil rumusan pertemuan itu,” katanya.