Kamaruddin (kiri) dan Siti Fatimah memohon bantuan supaya anak mereka dapat meneruskan persekolahan.  
Kamaruddin (kiri) dan Siti Fatimah memohon bantuan supaya anak 
mereka dapat meneruskan persekolahan.
PADANG TERAP - Kesusahan hidup yang dihadapi keluarganya memaksa seorang pelajar dari Kampung Tanjung Piring, Mukim Tekai Kiri, dekat sini meminum air paip pada waktu rehat di sekolah bagi mengalas perut.

Mohd Mokhtar Kamaruddin, 17, berkata, dia jarang membawa wang saku ke sekolah berikutan faham dengan masalah kewangan yang dihadapi keluarganya.

"Saya hanya bawa duit belanja tambang kereta sewa sahaja kerana di sini tak ada bas untuk ke sekolah.

"Di sekolah, setiap kali waktu rehat jika tak bawa wang saku, saya hanya duduk dalam kelas atau perpustakaan dan jika lapar pun hanya meneguk air paip sahaja,"