Presma
SHAH ALAM - Usaha menurunkan harga barangan dan makanan sukar dilakukan susulan kenaikan harga diesel di negara ini.

Presiden Persatuan Restoran Muslim (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, secara logik penurunan harga barangan tidak mampu dilakukan mana-mana pihak industri akibat kenaikan harga diesel sebanyak 3 sen mulai Disember tahun ini.

“Pada Oktober lalu, kerajaan telah mengurangkan subsidi sebanyak 20 sen bagi petrol RON95 dan diesel tetapi kami sebagai pengusaha restoran tetap mengekalkan harga makanan supaya rakyat tidak terbeban.

“Dengan kenaikan 3 sen pada bulan ini saya rasa sukar bagi kami semua untuk mengurangkan harga makanan kerana kos operasi telah meningkat,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kenaikan harga diesel turut mengakibatkan kenaikan harga bahan mentah di pasaran.

“Kami turut terhimpit dengan situasi ini apabila pengeluar dan pembekal menaikkan harga bahan mentah,” katanya.