TERKINI :

Monday, December 8, 2014

Bedah Lutut Pun Doktor Asing Yang Buat, Apalah Nak Dihairankan Dengan CEO MAS!!

oleh Shahbudin Husin


Ramai benar yang tidak setuju dengan tindakan kerajaan melantik warga Jerman, Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS bermula 1 Januari tahun depan.

Walaupun rekodnya memulihkan syarikat penerbangan Ireland yang bermasalah, Aer Lingus dalam tempoh setahun dilihat sebagai pencapaian terbaiknya tetapi rekod itu bukanlah sandaran mutlak beliau juga mampu memulihkan MAS.

Pengerusi PAC yang juga Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed berkata, Mueller memerlukan magik untuk memulihkan MAS kerana kedudukannya sebagai syarikat milik negara adalah berbeza dengan di Eropah yang dimiliki oleh swasta.

Selain itu, katanya, MAS juga berdepan dengan banyak masalah berkaitan operasi perniagaan yang turut disulitkan lagi dengan kehilangan dua pesawat sebelum ini iaitu MH17 dan MH370.

M'sia Boleh jadi M'sia Bodoh, sindir PAS

Pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Berhad (MAS NewCo) terus mengundang kritikan pelbagai pihak.

Kali ini, PAS pula tampil mempersoalkan pelantikan warganegara asing itu kerana didakwa membuktikan kegagalan Malaysia melahirkan tokoh korporat tempatan.

"Ini menjadikan slogan Malaysia boleh adalah slogan palsu," kata ketua penerangan pasti itu Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataannya petang ini.

"Pemilihan warga asing untuk menerajui MAS menjadikan slogan Malaysia Boleh bertukar menjadi 'Malaysia bodoh', seperti kenyataan sinis Tun Mahathir (Mohamad bahawa) rakyat Malaysia bodoh dan tak layak untuk terajui MAS."

Menjawab soalan, Mahathir (kanan) hari ini terus sinis terhadap pelantikan warganegara asing dengan berkata ia menjadi "pengakuan kita ini bodoh".

Beliau juga khuatir rakyat Malaysia tiada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti mungkin mengambil 'orang putih' sebagai perdana menteri.

Sementara itu, Mahfuz juga menyindir sama ada jawatan menteri kewangan yang disandang Datuk Seri Najib Razak juga patut diserahkan pada warga asing bagi memulihkan ekonomi negara.

Bukan sekadar pemulihan MAS, beliau membangkitkan isu beban hutang negara dan kejatuhan nilai ringgit.

Isu PERMATA: Jumpa di mahkamah, kata ADUN

"Jumpa di mahkamah."

Begitu kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan Haniza Talha selepas memberi kenyataan di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya terhadap siasatan menghasut hari ini.

Beliau dipanggil untuk soal siasat selepas mengkritik peruntukan belanjawan kepada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak PERMATA hasil cetusan idea isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Ditemani peguam G Sivamalar, Haniza berkata, beliau tidak menjawab soalan yang diajukan kerana merasakannya suatu "perangkap".

"Saya beritahu dia (pegawai penyiasat) saya hanya akan jawab soalan atau beri maklumat lanjut di mahkamah," katanya kepada pemberita di luar IPD itu.

Haniza, timbalan ketua Wanita PKR, dipanggil polis setelah dua laporan dibuat terhadapnya ekoran artikel di laman web parti itu yang dikatakan berunsur hasutan.

Artikel dirujuk itu berbunyi "Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta" yang mana Haniza dilaporkan mempersoalkan peruntukan itu sedangkan kerajaan sudah mempunyai program prasekolah.

Betapa susahnya mencari kerja dibumi Malaysia bila perempuan pakai tudung!

Lihatlah luahan perasaan adik kita ini....betapa celaka undang undang yg pandai pandai dibuat sendiri...

Pandangan anak muda sudah tidak macam dulu lagi, dengarlah apa laungan mereka kini!


Pandangan anak muda kini jauh berbeza

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI December


Dr Mohammad Agus

SHAH ALAM - Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat, pemikiran serta sikap politik anak muda sekarang sudah jauh berubah jika dibandingkan dengan anak muda zamannya.

Agus berkata, pengalamannya ketika di London baru-baru ini bersama anak muda benar-benar mengejutkannya kerana pertanyaan mereka mengenai suasana politik tanah air begitu kritikal dan analitikal.

“Tadi , semasa saya sedang bersarapan di Malaysian Hall, sekumpulan anak Malaysia bertanyakan saya tentang suasana politik negara. Mereka tidak lagi bercakap tentang dasar-dasar kerajaan sepertimana yang saya dan kawan-kawan lakukan dulu, tetapi terus bertanyakan saya soalan-soalan yang mengejutkan: Apakah DSAI akan dipenjarakan?

Apakah faktor nilai ringgit jatuh? Bagaimana dengan 1MDB?.

“Tidak cukup dengan itu, mereka juga bertanyakan tentang kedudukan BN dan PR? Parti mana yang akan menang dalam PRU akan datang? Mengapa bukan Melayu tidak lagi menyokong kerajaan,” katanya dalam Facebook beliau.

Bekas CEO MAS kata membazir aja lantik orang luar

Membazir lantik orang luar terajui MAS
Wartawan Sinar Harian December 7, 2014


SHAH ALAM – Tindakan Khazanah Nasional Bhd melantik Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo) dilihat sebagai pembaziran kerana kerajaan perlu membayar gaji besar kepada beliau.

Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, sebagai negara yang telah lama menerajui dunia penerbangan, Malaysia sudah pasti memiliki calon tempatan yang lebih sesuai diberi tanggungjawab itu.

“Mereka mahu kurang perbelanjaan, tidak mahu bayar gaji begitu ramai tapi boleh ambil CEO dari luar negara,” sindirnya.

Menurutnya, Malaysia mempunyai pakar dalam bidang penerbangan kerana telah mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam industri itu.

“Kalau tanya saya, saya ada nama yang sesuai untuk dicadangkan, tetapi mereka tak tanya pun, ambil jalan mudah pilih orang luar,” katanya yang enggan mendedahkan nama itu.

Abdul Aziz adalah individu yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan menubuhkan MAS pada 1972.

Hukum Tak Solat Jumaat : Perlis baru cadangan, Kedah dah nak laksana dah pun tahun depan


Senarai nama diserah kepada Jaik

Wartawan Sinar Harian December 7, 2014


Ahmad Faisol

ALOR SETAR - Lelaki akil baligh yang sengaja ponteng solat Jumaat bakal berdepan hukuman denda dan penjara apabila Kedah bakal kuat kuasakan enakmen berkenaan, menjelang 2015.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, perkara itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013, yang diluluskan pada Sidang Dun lalu.

“Secara dasarnya, draf tahun 2013 diluluskan pada Sidang Dun lepas (2014) dan akan dikuatkuasakan sebaik menerima arahan bertulis daripada Penasihat Undang-Undang Negeri, yang dijangkakan tahun depan,” katanya.

Menurutnya, kesalahan itu jelas dinyatakan pada Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya (bahagian III); iaitu mana-mana orang lelaki yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab munasabah adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...